Kalau bab kerabu memang my favourite. Rasa masam masam manis tu yang sedap.
Saya letakkan ikan bilis goreng di atas tu ...so bila makan ada rasa masam manis dan masin...
Kebetulan dapat mangga dari my officemate tu yang terus buat....kalau tak buat alamatnya mangga tu akan jadi masak kekuningan...
Campuran mangga , bawang besar, cili padi , ikan bilis...Boleh klik SINI untuk resepi kerabu kacang botol.
I think I have to do this again. Its so yumm.....
KERABU MANGGA BILIS
Source : Sweetiesaqi Kitchen
Bahan
2 biji mangga muda
1 biji bawang besar
cili hidup dan cili padi
ikan bilis goreng
3 sudu besar perahan limau - kalau nak masam lebihkan
2 sudu besar nampla (sos ikan) - mesti letak ni...tak letak tak sedap
sedikit gula
Cara
Satukan semua bahan kecuali ikan bilis goreng.
Selepas dah gaul rata, hidang atas pinggan dan baru taburkan ikan bilis goreng tadi