Thursday, December 25, 2014

My Cik CP rose yang kecil molek je....

Cik CP roses saya ni memang menjadi idaman setiap peminat roses......nasib baik saya dapat lepas lama que.
 
 
Saat yang paling saya suka lihat ialah ketika ini. Bila buds baru nak bukak.
 
 
 

Another part of CP yang makes me really happy.

 
 
Yes ...its opening soon...love to see this...nampak macam banyal lapis tapi...


bila kembang tak berapa cantik lah pulak...
 
 
 


Warna very the creamy...
 
 

Bau pun mild je tak kuat sangat.
 
 

Petals not so much but still beautifull.

Thursday, December 18, 2014

Copper ....mencegah lebih baik...


Musim musim hujan ni memang sangat menakutkan......semua pokok roses akan senang diserang BS atau Blackspot. Daun daun akan cepat menjadi kuning. Kalau tak dibuang daun daun kuning tu boleh merebak dengan cepat antara satu sama lain.
 
 

Copper ni saya beli dari Kak Rohani Bee di FB. Copper ni fungsinya untuk mencegah daun roses dari terkena BS/ Blackspot. Selain dari copper , boleh gunakan Darconil. Boleh klik SINI untuk lihat darconil.
 
 

 Daun daun kuning ni yg dinamakan blackspot.Memang sangat sakit hati. Kena cepat cepat petik dan buang jauh jauh. Sebelum ke office setiap pagi saya akan spent 10 minit untuk buang daun daun kuning dan selepas balik kerja saya akan petik lagi daun daun kuning jika ada yang baru muncul. Memantau lebih baik dari daun daun tu berjangkit.


Campurkan 2 sudu (seperti di atas ya ) dengan 1 liter air dan spray kepada daun daun pokok roses 2 atau 3 hari sekali. Kita kena rajin perhatikan daun daun roses kita. Jika tiada masalah sangat tak perlu spray kerap sangat.
 
 


Copper ni serbuknya warna biru.

 
Bila dicampur dengan air ...bertukar menjadi warna biru...baik baik jangan terminum ya...bahaya.
 
 

Memang geram kalau begini...rasa nak buang semua daun. Saya selalu elak membeli roses yang berdaun kecil kerana jika terkena BS seperti di atas memang sangat menyusahkan....biasanya goyang satu pokok dan daun kuning akan berguguran.
 
 

Tanpa serangan blackspot daun cantik menghijau. Pucuk muda pun banyak. Seronok tengok daun hijau cam ni.

D Bangkok Village, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang

 
First time makan kat D Bangkok Village ni restoran tomyam...biasalah kan. Food kat sini boleh tahan sedap juga.
 
Ni my favourite, som tam....dibuat dari betik memang sedap...rasa masam masam pedas sikit...tak terkata.
 
 

Kangkung goreng belacan.
 
 
 


Tomyam campur .....boleh tahan sedap gak.
 
 

Green kari ni tawar sikit + sotong goreng tepung favourite the kids.

 
Wah banyak betul saya order lauk ni.....sampai penuh perut kekenyangan.
 


Dessert yang best...pulut santan with mangga.....memang sedap lah.
 
 

Di dalam kedai.
 
 

 Restoran ni letaknya di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Monday, December 15, 2014

My sweet pink roses....fair lady

Mula mula nampak roses ni kat blog my rosarian friend.....memang sangat cantik sebab rosesnya cuppy cuppy gitu. So saya pun decide to have one of it. Tapi lom jadi cuppy lagi di tangan saya. Harus berusaha untuk menjadikannya bercuppy cuppy....
 
 

When I got this, the roses tak lah cuppy sangat......must give more vitamins baru dia boleh jadi cuppy.
 
 
 

Comel comel je bunganya.
 
 

Lapis pun tak banyak......sepatutnya banyak layer.
 
 
 

Love this shoot memang cantik.
 
 
 

Very light warna dia.....ni tandanya dah nak pudar lah...towards the end.
 
 

Daun memang cantik...very the green.
 
 

Dari dekat.
 
 



Whatever it is....dia ni memang sweet...my fair lady roses..





My sweet Fair Lady colage. Boleh klik SINI untuk lihat masa 1st bloom/kembang.

Sunday, December 14, 2014

Carrot Cake....my favourite...

Lama sungguh saya tak update blog ni....disebabkan sibuk sesangat....banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni.....Alhamdullilah I am back....hope I can sustain....... Yang kat bawah ni semua dah berkurun duk dalam draft baru ni nak keluarkan....
 
Saya memang suka makan carrot cake.....tapi nak buat tu ada sikit malas...he...he....Kalau teringin baru saya rajin nak buat....as usual lah kan....
 
 
This time round I like my deco.....selalu I buat the cream cheese frosting akan jadi cair but this one so good....
 
 

8 inch cake with simple deco......2 layers...
 

 
This time round I put pineapple cubes and kelapa kering......resepi kali ni saya cuba Azlita masam manis punya...melihatkan kek yang dibuat oleh beliau sangat cantik menyebabkan saya nak mencuba......ni first time buat carrot cake letak kelapa kering dalam tin.



 Cream cheese frosting ni memang sesuai sangat dengan carrot cake ni. Cuba letak choc ganache memang tak kena.
 
 


The inside of the cake......moist juga.
 

Love the cream...
 
 


The pineapple cube tu nak terkeluar pulak....




A piece of carrot cake memang tak menjemukan... 




With the purple flower its so outstanding....he,,,he....


A piece for me at office.....shoot using LUMIX.....thats why the color looks different a bit.

 
 
CARROT CAKE
Source : Azlita masam manis
 
Bahan
200g tepung gandum/tepung kek }
1/2 sudu besar soda bikarbonat    } Kesemua ni disatukan dan diayak.
1/2 sudu teh serbuk kayu manis   }
 
250g lobak merah diparut halus dan diperah air - Timbang selepas air diperah untuk dapatkan 250g.
150g nanas dalam tin (pineapple cube) - Air jangan buang. Nanas dipotong kecil, perah air untuk
                                                                 dapatkan 150g berat.
100g almond nibs  - panggang selama 5 minit dalam oven (saya tak guna ni )
40g kelapa kering dalam tin
80ml jus nanas dalam tin
240g gula halus
180g minyak jagung
 2 biji telor saiz A

Cara
Pukul telor dan gula sehingga kembang.
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana.
Masukkan campuran tepung yang telah diayak dan dikaup balik.
Di dalam bekas lain , satukan lobak merah, nanas, almond dan kelapa kering. Gaul sebati.
Lepas tu masukkan campuran lobak merah + nanas + almond dan kelapa keing tadi dan dikaup balik sebati. Tambahkan jus nanas dan kaup balik lagi.
Sediakan loyang 8 " yang telah dilapik dengan kertas pembakar dan disapu sedikit butter pada loyang. Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam oven pada suhu 170C , oven mesti dipanaskan terlebih dulu selama 15 minit.(Untuk oven saya suhu 150C, panaskan selama 10 minit dulu - lain oven lain kepanasannya ya)
Bakar kek selama 1 1/2 jam. 
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian diterbalikkan atas redai.

Cream Cheese
150g cream cheese(philadelphia / tatura)
30 g mentega tanpa garam
60g gula ising
1 sd teh esen vanilla
1 sd teh lemon paste - saya tak letak
Cheddar cheese untuk hiasan - diparut halus - saya tak letak

Cara
Pukul cream cheese dan gula ising sehingga kembang.
Letak mentega + vanilla + pes lemon.
Pukul adunan sebati
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...