Tuesday, March 31, 2015

My lovely cut roses.......cantik

Kalau dah banyak roses kat garden tak tau nak buat apa ........tu yang buat jambangan. Lagi pun kalau dibiar kat pokok lama lama akan layu juga. Ada roses yang tak tahan panas...kembang pagi tengahari dah lencun....tu yang sakit hati. Sebelum layu kita kerat dulu.
 
Seronok tengok banyak roses yang mekar dan terus saya kerat batangnya.
 

Dapatlah sepasu kecil. Saya guna gelas kecil je yang saya dapat free di majlis orang kahwin.
 
 

Dalam jambangan ni ada berbagai jenis spesis roses. Kalau time banyak bunga yang keluar ....dapat lah letak sepasu di office dan kat rumah...
 
 

Bau roses ni memang harum......memang terapi minda betul...looking at them makes me very happy...
 
 

Yang ni jambangan di office. Cut roses ni boleh tahan lama juga.....dalam 3 ke 4 hari lah.
 
 

Lepas roses ni dah tak cantik saya akan petik kelopaknya dan keringkan ia untuk dibuat dried roses.......bau dried roses ni sangat wangi sebab its from the fresh roses....tak perlu letak perfume pun...

Monday, March 30, 2015

Ikan Merah Masak Tempoyak..rebus je...

Memang lama dah mengidam nak makan tempoyak ni. Kebetulan ada ikan merah so apa lagi terus ke dapur memasak untuk lunch. Masak tempoyak ni saya tak tumis pun masak cara rebus je. Sihat sikit ....kurang minyak.


Kebetulan ada belimbing yang kecil ni....letak sekali.....ai dah kecur air liur.......sedang menaip ni pun boleh kecur air liur...he....he...alamatnya kena masak lagi lah...



Ikan merah ni memang one of my favourite fish. Masak apa pun sedap.


Boleh nampak kan serpihan tempoyak tu. Kuah ni dihirup pun sedap. Tempoyak ni rasa dia masam masam sikit......susah nak digambarkan tapi memang best.
 
 
IKAN MERAH MASAK TEMPOYAK
Source : Sweetiesaqi

Bahan

3 ketul ikan merah
1 biji bawang besar dikisar
1 senduk cili kisar
1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
2 mangkuk air
2 senduk tempoyak - jika suka lebih kan
belimbing buluh
daun kesum
garam secukup rasa, nak sedap tambah sikit gula

Cara
-Masukkan bawng kisar + cili kisar atau blend + kunyit hidup air ke dalam periuk.
-Didihkan  kuah. Masukkan tempoyak dan garam. Kacau rata.
-Masukkan ikan merah . Last sekali masuk belimbing buluh dan daun kesum.
-Didihkan dan sedia untuk dihidang.



 

Tuesday, March 24, 2015

My favourite roses.......salmon fish colour

This is one of my favourite roses......spesis ni memang susah nak dapat. After booking and que memanjang barulah dapat....Kali ni nak cerita pasal bunga ros ni yang datangnya dari pokok yang sama tapi boleh mengeluarkan berbagai jenis roses. Semua ni disebabkan oleh faktor baja.
 
Kalu baja tak cukup.....keluarnya beberapa kelopak saja. Namun tetap cantik.
 

Ni terlebih baja sedikit....tu yang kelihatan berlapis sedikit dan buds nya banyak....hijau gitu. Cik thrips tak sempat kacau. 
 
 


Yang ini paling perfecto.......dah macam roses kat luar negara. The curl is so beautifull. Bersarang gitu. Masa ni baja nya cukup tu yang mengeluarkan roses yang sangat cantik. Jangan ditanya macam mana kejadiannya.....dalam banyak banyak kali berbunga pokok ni.....inilah kali pertama saya mendapat kejadian yang sangat sangat cantik ini.
 
 

Satu pokok tapi berlainan kembang bunganya.......walau apa kejadiannya saya tetap bersyukur mereka kembang dengan sihat. Wish could get the last curl again. So far belum repeat lagi...he...he...
 


Thursday, March 12, 2015

Jeruk mangga yang simple...easy to do

Jeruk mangga is one of my favourite. Rasa masam masam manis tu yang best. Saya tak suka yang beli  di kedai sebab dah diperam agak lama. Ni first time buat jeruk mangga .... memang awesome sesangat.
 
 
Type ni pun dah rasa terliur.......mangga ni sangat crunchy.
 
 
 

Asalnya dapat 2 biji mangga ni tapi tak tau nak buat apa. So apa lagi try lah buat jeruk.
 

Mula mula buang kulit dan hiris ikut suka.



Ada yang saya tinggalkan sedikit kulit tapi kalua banyak sangat nanti pahit.
 
 

Mula mula rendam hirisan mangga tadi dalam air panas sekejap saja dalam 5 minit pun dah cukup.
Tujuan buat begini supaya mangga ni menjdi curnchy rangup gitu.
 
 
 

Lepas tu toskan  supaya betul betul kering. Masuk dalam botol , letakkan 4 sudu besar gula - depends pada kuantiti mangga ya. Kalau nak manis boleh letak lebih. Letakkan sedikit saja garam. Gaul atau tutup botol dan kocak kocak kan. Boleh terus makan ataup peram 2 hari dalam peti ais. Memang heaven makan ni....yang best tu crunchy and masam masam manis.
 
 
 


Monday, March 9, 2015

Ayam Percik Segera

Lama dah nak buat ayam percik ni tapi tak buat buat juga. So ternampak perencah segera Pak Brahim so beli lah sepaket. Sebenarnya nak buat ayam percik tak susah mana pun tapi dik kerana kemalsan melanda landa tu yang guna perencah segera ni.
 

 
Agak kering sikit.
 


Senang sesangat ...masuk je kuah percik ni dalam kuali dan panaskan.
 
 

Sebelum tu ayam tu di goreng dengan sedikit minyak dalam non stick pan. Lepas tu boleh di tuang sedikit demi sedikit kuah percik sambil di balik balik atas kuali sehingga ayam betul betul masak.
 
 
 

Emm....nampak sedap...
 
 

Nilah hasilnya......tapi agak kering sedikit ayam ni. Rasa ok lah.
 


Monday, March 2, 2015

Makan makan di Senibong, Johor

Pada 14/2/15 yang lalu, kawan saya datang berjalan ke Johor sambil melawat kawan lama kami yang sedang sakit di KPJ hospital. Semoga cepat sembuh Linda kami doakan. Selepas tu kami makan kacang pool Hj Md Pool sebelum bertolak ke JPO.....shopping time but saya tak shopping sesangat cuci mata je.....Malam dinner time we all makan di Senibong......Ramai betul pelanggan malam tu  and its very good business to the owner lah....Price kat sini memang expensive tapi nasib baik rasanya sedap.
 
 

Ketam bangkang.....ni RM120 sekilo ya ada satu lagi yang RM90.00 sekilo. Ambil 2 ekor saja....pun dah berat. Ketam ni ada yang ditangkap sendiri dan ada yang diimport dari Sarawak...


 
Ikan ikan yang segar.....kerapu sekilo RM120.00 waduh mahalnya......kami pilih jenahak
 
 

Ni lobster yang sekilo RM130.00...adoi...doi..doi...tak ambil...
 
 
 

Nilah steam limau ikan jenahak.......memang sedap...
 
 
 

Selalu makan kat sini, order ketam black pepper atau cilli crab ....rupanya ada masakan ketam telor asin .......first time makan .....sedap........not salty at all...
 
 
 

Another dish yang mesti cuba ialah butter prawn ni.....memang sedap......sekilo udang berharga RM160.00....memang dahsyat pricenya....
 
 

Sotong goreng tepung ambil 2 ekor je for the kids.
 
 

Kailan ikan masin........

Kali ni pelik sikit food yang datang semuanya sejuk kecuali ikan steam limau tu sebab ada api kan kat bawah tu....so ada potong steam sikit nak makan....sebab semua tak panas.....
Malam tu kami order = ketam bangkang telor asin 2 ekor + ikan jenahak steam limau + kailan ikan masin + butter prawn + sotong goreng tepung + kupang bercili + air
Makan untuk 4 dewasa + 1 kid total damage RM365.00.
 
 Hu...hu...semput...Thanks to Kak Oyah yang belanja malam tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...