Monday, March 9, 2015

Ayam Percik Segera

Lama dah nak buat ayam percik ni tapi tak buat buat juga. So ternampak perencah segera Pak Brahim so beli lah sepaket. Sebenarnya nak buat ayam percik tak susah mana pun tapi dik kerana kemalsan melanda landa tu yang guna perencah segera ni.
 

 
Agak kering sikit.
 


Senang sesangat ...masuk je kuah percik ni dalam kuali dan panaskan.
 
 

Sebelum tu ayam tu di goreng dengan sedikit minyak dalam non stick pan. Lepas tu boleh di tuang sedikit demi sedikit kuah percik sambil di balik balik atas kuali sehingga ayam betul betul masak.
 
 
 

Emm....nampak sedap...
 
 

Nilah hasilnya......tapi agak kering sedikit ayam ni. Rasa ok lah.
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...