Thursday, July 23, 2015

Lemon Poppy Seeds Cookies

Masih ada ke lagi mood raya. Dah 8 syawal hari ni . Sekejap je kan. Tahun ni memang tak banyak buat biskut raya tapi dalam tak banyak tu adalah juga 6 jenis. 
 
 
Ni biskut Lemon Poppy Seed namanya. Thanks to Kak Rima dari blog bisousatoi yang sudi share resepi.
 
 

Biskut ni menggunakan perahan jus lemon dan juga parutan kulit lemon. So aroma lemon tu memang sangat sedap baunya.
 
 

Tak perlu menggunakan acuan, ambil doh dan bulat bulatkan terus dileperkan dengan tangan je. Senang sesangat.
 
 

Poppy seed tu sebenarnya tak de rasa.......cuma nampak cantik je berbintik bintik bila dicampur pada adunan tepung.
 
 
 

Minum petang bersama a cup of coffee memang sedap....ditambah demgan aroma lemon dari biskut ni memang sangat sedap...
 
 
 

As a trial saya buat satu adunan je......tak berapa muai sangat so next year kena buat 2 adunan and you must use pure butter baru sedap aromanya.
 

 
LEMON POPPY SEEDS COOKIES
Source : Bisousatoi
Main    : Janessweet
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cream of tartar
1/8 sudu kecil garam
1/2 cawan butter - unsalted and softened                 } saya guna 250 g butter - salted
1/2 cawan vegetable shortening - saya guna butter. }
1 cawan gula kastor
1 biji telor size A
1 sudu kecil vanilla
1 sudu teh lemon extract - tak letak
2 sudu besar fresh lemon juice
1  1/2 sudu teh parutan kulit lemon yang fresh
2  1/2 sudu besar poppy seeds

Cara
-Masukkan tepung gandum, baking soda, cream of tartar dan garam jika menggunakan unsalted butter ke dalam mangkuk. Ketepikan.
-Dalam mixing bowl yang lain, masukkan butter , shortening dan gula , pukul pada kadar sederhana dalam 2 minit.
-Masukkan vanilla dan lemon extracts, lemon juice dan parutan kulit lemon, satukan semuanya dalam adunan butter tadi.
-Pada kadar speed yang slow, masukkan 1/3 bahan kering yang telah diasingkan tadi kecuali poppy seeds.
-Selepas satukan baru masukkan poppy seeds dan boleh masukkan baki adunan tepung tadi. Jangan terlebih mix.
-Balut adunan dengan plastic wrap dan masukkan ke dalam fridge selama 20 minit.
-Keluarkan , bentuk bulat bulat dan leperkan dengan tangan. Jangan besar sangat sebab biskut ni akan kembang sedikit.
-Bakar sehingga masak ikut oven masing masing. Kalau nak garing boleh lebihkan masa untuk membakarnya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, July 22, 2015

Casa Lagenda, Chinese Muslim Restoran di Melaka....

Kami sekeluarga memang gemar mencuba masakan chinese muslim. Dimana aje kami nampak restoran sebegini kami akan cuba.....Kali ni cuba masakan di Casa Lagenda, Melaka. Restoran ni berdekatan dengan Restoran Celop Celop. 
 
 
Mee hailam ni nampak sedap. Mee yang digunakan jenis besar. Rasanya ok lah.  
 
 
Lupa pulak .....rasanya ni mee hong kong kot.
 
 

Mee sup. Saya suka ni.....jenis yang berkuah memang saya suka...
 
 

Looks good but rasa biasa biasa je......
 

The drinks.
 
 
Hiasan dalaman.
 
 
Luar kedai....restorannya besar.......



Tuesday, July 14, 2015

Biskut Chocolate Chips Famous Amos

Diam tak diam kita dah sampai ke penghujung ramadan ....Tinggal sehari saja lagi kita nak berpuasa. Hari Raya tahun ni jatuh pada 17/7/15 bersamaan dengan hari Jumaat. Masa ni ramai yang dah pulang ke kampung. Harap harap esok tak sesak kat jalanan. Tahun mood raya ada kurang sikit....tak tau kenapa.....buat biskut pun ala kadar tapi dalam tak de mood tu siap jugak 6 jenis biskut....he...he...
 
 

 Biskut Chocolate Chips Famous Amous memang resepi wajib setiap tahun mesti buat sebab hasilnya agak muai...dapat lah bagi mak and mertua sorang sebalang. Zaman sekarang nak beli biskut yang dah siap memanglah sangat mahal. Ada yang mencecah RM30.00 sebalang.
 
 
Kali ni saya gunakan chocolate Hersheys.....mahal betul chocolate chips ni tapi rasa memanglah sedap dan chipsnya besar. Sepaket dalam RM16.00 offer price...kat kedai Bakewell dijual RM18.00 for 2 cups of choc chips.
 

 Saya buat 2 adunan sekali....senang.
 
 
 
 Ada banyak bahan dalam biskut ni seperti oats, badam cincang, Hersheys choc chips.....kali ni saya gunakan pure butter Anchor.
 
 
Saya suka buat jenis drop cookies yang cam ni sebab senang.....cekup dan letak aje atas dulang pembakar.......
 
-  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  & MAAF ZAHIR BATIN -
 
 
 
 
BISKUT CHOCOLATE CHIPS FAMOUS AMOS


 
Bahan
250g butter
2 biji telor
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang(brown sugar)
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan quaker oat yang dikisar halus
1 cawan chocolate chips
1 bar chocolate cadbury disagat

Caranya:
 
1) Pukul butter , gula castor & gula perang.
2) Masukkan telor dan esen vanilla.
3) Satukan tepung gandum, quaker oat , baking soda, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam adunan butter tadi. Gaul sebati.
4) Masukkan chocolate cadbury dan chocolate chips. Gaul rata.
5) Ambil secubit dan letak atas dulang pembakar.
6) Bakar pada suhu 170C selama 15 minit. Ikutlah tahap kepanasan oven anda ya.



Wednesday, July 8, 2015

Si cantik JG.....pink color

First time beli roses ni dari Mr Rinson Lim di Perak. Wah jauhkan.....Al-kisahnya thanks to Cik Hasmahwati yang telah membelikan pokok ni untuk saya semasa beliau balik kampung.

Jauh berjalan roses saya ni.
 
 
Roses ni jenis shrub dan tidak banyal lapis. Sekali pandang macam sakura pun ada.
 
 
 

Tak berapa wangi.
 

Mr Rinson telah menanam roses ni dari keratan batang yang dicucuk pada span basah dan dimasukkan ke dalam poli bag hitam berisi tanah. Kalau beri pokok ni harganya tidak lah semahal pokok besar yang kita beli.
 
 

Looking at them buat hati saya sangat tenang....
 
 

Ini bila beramai ramai mekar bersama....so lovely.....take care of your daun roses ......the roses will be nicer dan sihat.....


Tuesday, July 7, 2015

Ketam bankgang sweet & sour.....


Entri ni dah terperap dekat setahun lebih baru sekarang nak keluar....lama betul.....My favourite & the kids ni....ketam bangkang sweet & sour. Ketam bangkang ni beli kat pasar tani dalam RM40.00 sekilo. Isi dia memang tebal. Kalau kat restoran dah siap masak harganya mencecah ke RM90.00 sekilo wah....double gitu. Selalunya kalau teringin makan ketam saya akan beli dan masak saja lebih menjimatkan.
 
 
So drooling to see the crab color.....orangy gitu....sorry ya bulan puasa ni....tengok photo je ya....
 
 
 

Lepas dah masak tu pecahkan telor sebiji...
 

Nowadays memang susah nak dapat ketam bangkang ni.....tak de stok memanjang.....so asyik makan ketam bung je lah...
 

Kat penyepit tu lagi tebal isinya.....tak boleh gigit dengan gigi so kena pakai cutter khas , saya guna lesung batu......ketukkan dahulu penyepit tu sebelum di masak nanti senang nak bukak.
 
 
KETAM BANGKANG SWEET & SOUR
Source : Sweetiesaqi kitchen
 
Ketam 3 ekor - saya guna ketam bangkang yang warna coklat hitam tu
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji telor
air
gula dan garam secukup rasa

Cara
1-Tumis bawang besar yang dah dikisar, masukkan cili kisar. Goreng sampai garing.
2-Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram. Kacau sebati. Masukkan air sedikit.
3-Letakkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan ketam.
4-Kaup balik ketam. Akhir sekali pecahkan telor yang telah dipukul dan tuangkan ke atas ketam tadi. Biar seketika kemudian baru dikacau.
5-Sedia untuk dihidang


Sunday, July 5, 2015

Congo bars & fudgy brownies....

Congo bars and fudgy brownies ni order from Diana dari Sri Alam. Tq dear.
 

 
Congo bars with lots of chocolate chips.


Dibuat menggunakan brown sugar.



Fudgy brownies yang sekarang ni menjadi trend. Juga dipanggil kedut brownies but mine not so kedutlah.


Pack and ready to go....

Wednesday, July 1, 2015

Catheleya orkid.....purple color...

Ni lah satu satunya orkid yang rajin berbunga....My mom yang bagi orkid ni. Saya tinggal maintain je.

Orkid ni tak berapa tahan seperti orkid butterfly.
 
 

Ada banyak spesis catheleya ni...
 
 

Kali ni berbunga 2 kuntum je. Selalunya beginilah tak lebih.
 
 
 

Kelopak orkid ni memang sangat tebal sebab tu tahan lama tapi tak setahan butterfly orkid lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...