Wednesday, September 30, 2015

Pandan kek dengan swiss meringue butter cream....

Sekarang ni memang tengah trend Pandan kek ni.....saya pun nak cuba buat jugak. Seingat saya kek ni saya buat masa umur 17 tahun dulu.....dah berpuluh tahun tak buat.....Bila melihat IG famous baker rasa nak buat tu membuak buak ....he...he...he...

Ta da ....so this is my first pandan kek selepas berpuluh tahun tak buat..
 
 

Pandan kek ni menggunakan swis meringue buttercream....dengan drizzle of caramel sos..
 
 

Its 2 layer
 
 
 

Pandan kek ni menggunakan pure santan atau santan kotak pun boleh.
 

Ha..ha....masa ni tengah rajinlah konon nak menumbuk daun pandan....penat gak menumbuknya nak dapat kan air pandan tu......senang guna pewarna hijau dan pandan paste.
 
 

Mesti guna gula Melaka yang berkualiti baru rasanya sedap.
 
 

Sebiji kek bersize 8 inci je...
 
 
PANDAN KEK DENGAN SWISS MERINGUE BUTTER CREAM
Source : Fuzzymazing.blogspot.com
 
Bahan
200 g tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
125 g butter unsalted
1/2 sudu garam
1/2 sudu kecil vanilla paste /esen
200 g gula kastor
2 biji telor size A pada suhu bilik
75g santan ( dalam kotak ) + 25 g air }
2 sudu besar jus pandan                      } satukan
pewarna hijau                                      }
 
Cara
-Panaskan oven sehingga 180 darjah. Ikut oven masing masing. Saya punya 150 darjah sahaja.
-Letak baking paper dan griskan loyang dengan butter.
-Satukan tepung dan baking powder. Ayak dan letak tepi.
-Masukkan butter, vanilla dan garam, pukul sehingga smooth.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang selama 3 minit.
-Letakkan telor sebiji demi sebiji.
-Masukkan bahan bahan kering dalam 3 bahagian dengan diselang selikan dengan santan tadi.
 Jangan overbeat , kaup balik sahaja.
-Setelah itu boleh lah masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Saya guna 2 loyang.
-Masak selama 25 ke 30 mini ikut oven masing masing.
-Setelah masak sejukkan kek atas redai.

 
Gula Melaka Caramel
50g gula Melaka
2 daun pandan, dikoyakkan dan diikat
1/8 cawan air

Cara menyediakan gula Melaka caramel
-Masukkan air, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk pada api sederhana. Kacau sehingga gula cair. Lepas tu panaskan lagi sehingga sirap tu berkurangan sedikit dalam 3 - 4minit. Caramel ini akan pekat bila sejuk. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air sebelum digunakan.


Gula Mealaka Swiss Meringue buttercream
3 biji putih telor gred A
110g gula kastor
150g unsalted butter - saya guna salted
1 sude kecil esen vanilla
sedikit garam , kalau guna unsalted butter

Cara menyediakan swiss meringue buttercream
-Masukkan semua putih telor, gula dan garam dalam periuk secara double boiling. Kacau  selalu sehingga mencapai 70 darjah. Boleh tengok bila tidak ada ketulan gula bila kita rasa dengan tangan maknanya dah ok. (Gula tu dah cair).
-Masukkan ke dalam bowl mixer dan pukul selama 5 minit pada tahap medium ke high sehingga stiff peak terbentuk dan adunan berada pada suhu bilik.
- Turunkan speed ke medium dan masukkan butter yamg telah dipotong bersegi empat kecil. Pastikan ia bersatu sebelum ditambah lagi butter yang lain. Pukul lagi sehingga adunan bersatu dan proses ini mengambil masa 5 minit.
-Biar mixer tu berpusing sambil dimasukkan karamel gula Melaka, satu sudu kecil pada suatu masa sehingga semua bersatu. Boleh masukkan 5 sudu kecil atau lebih.
 
 



 
.


 


Sunday, September 20, 2015

Catheleya orchids.....so speechless...

 
Catheleya orchids ni diberi oleh mak saya. Dah besar jugaklah pokoknya. Saya tinggal maintain je.
 
 
Warna orkid ni sangat cantik dan berbau harum tapi tak lah semerbak sangat....
 

Kali ni  ...so happy sebab orkid ni berbunga banyak.
 
 

Hu..hu....tengok tu....ada 3 tangkai yang berbunga ....setiap dahan 2 bunga.....


Catheleya orkid ni bunganya tahan dalam 2 minggu rasanya...
 
 

So happy to see all blooms serentak...
 
 
 

Dari pandangan sisi...
 

Ada setangkai yang masih menunggu untuk kembang...orchids buds...



Untuk orchid ni saya tidak meletakkan sebarang baja hanya dispray dengan mikrob dan ros care sahaja and the outcome is marvellous. 

Thursday, September 10, 2015

Basal break idaman setiap rosarian.....

Pokok ros ni saya beli dari Rinson Lim di Perak. Saya tak lah pergi ke sana...jauh tu. Office mate saya yang tolong belikan masa dia balik ke Perak.
 
 
Pokok ni ditanam dari batang so diklasifikasikan sebagai own root. Rinson Lim cucuk pada span bunga yang dibasahkan dan dicucuk ke dalam tanah. Basal break memang menjadi idaman setiap rosarian. Why ?....
 
 

Sebab bila basal break ini membesar ia akan menjadi batang yang sangat kuat dan gemuk. Bunga yang keluar dari basal break ni biasanya banyak dan cantik. Petua nak dapatkan basal break ni senang je. Rajin rajinlah spray ros care kat pangkal pokok dan batang pokok ros. Boleh klik SINI untuk entri ros care. 

Wednesday, September 9, 2015

Sambal belacan tempoyak

One of my favourite ....sambal belacan tempoyak. Sodap eh....dah ngencis ( meleleh air liur ) ni..... 
 
 
 Kali ni buat yang pedas sekali.......tambah cili padi yang merah menyala tu yang pedasnya tahap 7 petala bumi....he...he...
 
 
 Semua bahan saya goreng dengan minyak dulu supaya tahan lama...Biasanya saya akan buat dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti sejuk. Tahan lama jugak lah.
 
 
SAMBAL BELACAN TEMPOYAK
Source : Sweetiesaqi

Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
3 cm belacan
tempoyak secukupnya
sedikit gula

Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali tempoyak dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak tempoyak ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik.
Sedia untuk dihidangkan







Monday, September 7, 2015

My cut roses....sukanya

Kalau dah banyak roses di laman, boleh lah di petik untuk dimasukkan dalam pasu. Sesuai menjadi penghias meja.
 
 

 
Biasanya saya biarkan roses ni beberapa hari di dahan....lepas tu  barulah saya potong dahan tersebut.
 
 


The red roses tu memang bau wangi.....bau herbs.
 
 


Letak dalam pasu kecil je. Bunga sampingan tu saya selitkan petunia kecil berwarna kuning. Duduk di meja kerja sambil menghidu bau wangi dari roses......memang sangat harum mewangi......fresh from my garden.

Sunday, September 6, 2015

Lantana Camara.....warna warni

 
Kenapa saya suka lantana camara ni......sebab utama ialah rajin berbunga dan bunganya berwarna warni.....harga pun tak mahal...
 
Love to see the multi color flower.....sangat terang warnanya.
 

Bunga ni baunya tak sedap....he...he...nice to see je..


Bunganya tahan lama juga.

 
Bila semua kembang sertentak memang cantik.


Kali ni lantana berbunga banyak.Meriah sungguh...
 

Love to see them.
 
 

Pokoknya tak besar.....tapi kalau pokok ni cukup baja boleh jadi besar jugak.


Thursday, September 3, 2015

Coffee Chocolate Chips Cookies.....sangat sedap...

Saya memang sangat sukakan biskut ni sebab aroma dari coffe oil. Sejenis drop cookie juga. Cekup cekup dan letak dalam dulang ......memang sangat senang.
 


 Boleh letak berbagai jenis kekacang ......saya letak pistachio.
 
 
 Aroma cookies ni memang sangat sedap.
 
 

Resepi ni saya dapat dari Azlita masam manis....thank you for sharimg.
 
 
 
COFFEE CHOCOLATE CHIPS  COOKIES
Source : Azlita Masam Manis
Main    : Rima

Bahan

200g margerine  - }
50g butter           - } saya guna 250g butter
75g castor sugar
90g brown sugar
3 biji kuning telor
1 sudu kecil coffee oil - mesti ada
120g chocolate chips
100g of cashews,  bakar dan cincang - saya guna pistachio
350g tepung gandum
15g koko atau 1 sudu kecil - jangan banyak sangat
1/2 sudu kecil baking powder

Cara
-Panaskan oven
-Sapu butter pada loyang atau dulang pembakar.
-Pukur butter , gula dan brown sugar sehingga lembut/smooth.
-Masukkan telor sebiji demi sebiji, pukul sebati. Letak vanilla essence dan coffee oil dan pukul sehingga sebati lagi.
-Masukkan tepung gandum, koko dan baking powder dan kacau lagi.
-Masukkan chocolate chips dan kekacang pilihan anda. Kacau rata.
-Ambil cekup cekup dan drop atas loyang.
-Masak dalam 15 minit ikut temperature oven sendiri ya.
-Bila sudah masak , sejukkan atas redai dan boleh simpan dalam balang.





 


 







Wednesday, September 2, 2015

My sweet CB...

Loving my sweet CB ni.....baunya sangat harum. Lately pokok ros ni tak berapa sihat tapi walau tak sihat tetap nak mengeluarkan bunga.

 
 
Warna memang cantik.


Setiap kali berputik sayalah orang yang paling gembira sekali.
 
 


Enjoy the journey...
 
 

Memang pening kepala nak pilih photo.....akhirnya semua dimasukkan.
 
 

Love the curls tu.



Bunganya tak besar ....sedang elok je.
 
 

Walau baunya harum....tahan lama di dahan juga. Biasanya kalau roses yang bau harum tak tahan lama ...paling lama pun 3 hari je kat dahan....kalau yang tak wangi dan kelopak keras boleh tahan sehingga seminggu.

Tuesday, September 1, 2015

Masak Lemak Ketam Bunga....

Kali ni masak lemak ketam.....dah lama betul tak masak. Hari hari asyik makan ikan pun bosan juga kan...... 
 


Biasa saya masak ketam tak banyak ...kali ni beli 4 ekor je ketam bunga....cukuplah makan anak beranak...
 
 
Kebetulan ketam ni ada banyak telor....memang best.....yang warna oren oren tu lah telornya...
 
 
Kebetulan ada ikan air tawar pemberian mak mertua so saya pun goreng sekali sebagai lauk sampingan. Saya memang sukakan ikan air tawar ni. 


MASAK LEMAK KETAM BUNGA
Source : Sweetiesaqi
Bahan
4 ekor ketam bunga
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 keping asam keping
1 mangkuk kecil santan pekat
1/2 mangkuk kecil santan cair
gula dan garam secukupnya
 
Cara
-Tumbuk cilipadi, kunyit hidup hingga lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi besama serai yang telah dititik dan asam keping ke dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat. Kalau pekat sangat boleh tambahkan air lagi.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan ketam , garam dan gula secukup rasa.
-Masak sehingga mendidih dan lepas tu boleh ditutup apinya.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...