Red Velvet ni saya buat sempena kedatangan mertua saya......Nilah dessert yang paling simple dan cepat untuk dibuat.
Guna loyang yang bersaiz 4 segi sama...rasanya 8"....tak ingat pulak...
Kebetulan ada balance buttermilk dan cream cheese...setiap hari makan a piece of it terutama lepas lunch....thats how I finish the cake....nak makan one shot tak boleh lah....muak....
Saya suka buat begini sebab senang....dah lah skill coating kek saya not so good....so I always like it bare without cream coat...
Saya suka letak strawberries kat atas tu...buat penyeri...
Terlebih pewarna merah tu yang jadi merah sangatlah mak ngah...he.he...dah nama red velvet mestilah merahkan.
I think I love red velvet......sedap rasa dia and easy to do...always follow resepi joy of baking...
2 1/2 cawan (250 grams) tepung gandum
1/2 teaspoon garam
2 tablespoons (15 grams) koko
1/2 cup (113 grams) butter pada suhu bilik
1 1/2 cups (300 grams) gula pasir
2 biji telor yang besar (Gred A)
1 teaspoon vanilla
1 cup (240 ml) buttermilk - see # 1
2 tablespoons pewarna merah
1 teaspoon cuka
1 teaspoon baking soda
1 tespoon baking powder
Caranya :
1. Sediakan buttermilk dulu jika tidak ada yang ready made. 1 cawan susu segar + 1 sudu beasar perahan lemon. Biarkan sampai pekat selama 15 minit.
2. Satukan tepung gandum, koko, garam + baking powder.
3. Pukul butter sehingga ringan. Masukkan gula dan pukul lagi. Letakkan telor satu persatu dan pukul lagi. Akhir sekali letakkan vanilla.
4. Masukkan pewarna merah ke dalam bancuhan buttermilk tadi.
5. Curah ke dalam adunan butter tadi berselang seli dengan tepung.
6. Kaup balik hingga sebati.
7. Dalam bekas letak bikarbonat soda dan tuangkan cuka. Kacau rata dan terus masukkan ke dalam adunan tepung dan butter tadi. Kaup balik.
8. Masukkan ke dalam 2 loyang pembakar bersaiz 8".
9. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah. Ikutlah kepanasan oven masing-masing. Oven mesti dipanaskan terlebih dulu ya selama 10 minit.
Topping250g cream cheese
30g butter
100g icing sugar
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
Cara
Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang. Sesudah itu sapu cream pada kek yang telah disejukkan.