Last week balik kampung di Melaka, on the way singgah ke Muar. Hajat di hati nak makan masak asam. So singgah kat Dataran Emas.
Ni asam pedas dekat gerai nombor 8. Not bad asam pedas dia...terasa jugak asamnya. Bagi saya asam pedas mestilah masam cukup perahan asam....barulah asam pedas namanya...kali ni saya ambil kepala ikan sembilang. Hajat di hati nak makan asam pedas telor ikan tapi tak de rezeki ....dah habis...
Satu set lauk ni harganya RM8.00. Cuma sambal belacan tu fail sikit....kurang sedap...Saya tapau lauk asam pedas ekor ikan sembilang dengan harga RM5.00 sahaja.
Kali ni rasa mee bandung Mak Pon....boleh tahan rasa dia. Rupanya ada dijuail pes mee banding Mak Pon ni ...
Rojak ni pun sedap kat gerai nombor 11.
Mee bandung Mak Pon ada kat gerai nombor 11 ni.
Yang ni mee bandung Abu Haniffa.....kuah dia sangat pekat dan manis. Ada rasa herbs sikit. So this is not my pilihan.
Terpandang cendawan ni kat pokok.....cantik. Perjalanan diteruskan ke Melaka setelah perut kenyang...he...he...
No comments:
Post a Comment