Thursday, November 3, 2016

My beautifull roses collage....

Looking at my draft storage....the below were draft in 2016...phew and now its 2020....

As my hobby is suka tanam bunga, theres a lot of roses tree in my garden. Been planting roses for  years now. As time goes by dah tak banyak yang tinggal.......from 50 pots now become 20 pots je...and latest in 2020 , I have 5 pots left with me....faktor kemalasan yang melanda plus kurang sihat sikit lately ni....

Antara roses yang pernah mekar in my garden....waktu semi bloom ni sangat cantik...


The creamy roses....


The pink ones....


Banyak jenis roses yang saya telah tanam....kat Malaysia pun kita boleh tanam roses yang hidup di overseas.....Roses ni sangat manja.....ia memerlukan perhatian yang sangat tinggi......spraying & spraying everyday but I love doing it.....Can klik SINI to see baja yang saya gunakan untuk roses.


When looking at all these roses they really melts my heart. So I guess have to start planting them again......

My beautifull roses collage....

As my hobby is suka tanam bunga, theres a lot of roses tree in my garden. Been planting roses for 4 years now. As time goes by dah tak banyak yang tinggal.......from 50 pots now become 20 pots je...factor kemalasan yang melanda plus kurang sihat sikit lately ni....

Antara roses yang pernah mekat in my garden....waktu semi bloom ni sangat cantik...


The creamy roses....


The pink ones....


Banyak jenis roses yang saya telah tanam....kat Malaysia pun kita boleh tanam roses yang hidaup di overseas.....Roses ni sangat manja.....ia memerlukan perhatian yang sangat tinggi......spraying & spraying everyday but I love doing it.....


When looking at all these roses they really melts my heart. So I guess have to start planting them again......

Lunch at AGR Showroom Cafe......semuanya sedap...





Baru baru ni gi lunch kat AGR Showroom Café, Taman Mutiara Rini, Skudai. Jauh tempat ni dari rumah saya tapi sebab nak rasa masakan cafe ni so kenalah pergikan. Berbaloi rasanya ke cafe ni sebab semua masakan sedap sedap belaka kira kena dengan tekak saya dan family lah kan....


Susah nak cari orang jual mee kolok kat Johor ni ......so kat cafe ni ada jual. Sedap mee kolok ni..semangkuk RM7.00...simple dish tapi makan semangkuk tak kenyang tu yang order nasi dagang pulak...


Nasi kerabu ni berlaukkan daging goring garing...sambal dia sedap....bila kaup balik ngan sudu wap panas masih ada lagi...


Laksam ni pun awesome...sedap kuah dia....sambal belacan tu pun sedap....


Laksa Sarawak ni rasa dia mild tapi sedap...



Nasi dagang pun ok juga. Sepinggan RM6.00.


Nasi beriani ...taste dia biasa je but still ok to me.


Kat cafe ni tak banyak menu cuma 6 jenis je.....


Inside the cafe....simple je...tapi kerusi meja tak banyak....


Banner di luar restoran.
Restoran ni tutup pada hari Jumaat. Dibuka dari 10 pagi sehingga 10 malam.
Alamat : No 39, Jalan Utama 34, Taman Mutiari Rini, Skudai
Boleh lawati FB mereka ...just search for AGR Showroom Cafe

Wednesday, November 2, 2016

Restoran Sedap Corner...my favourite place...

Kalau di Johor ni my favaourite place to eat is at Restoran Sedap Corner. Ada a few branch kat Johor ni. You can find one at AOEN Permas, Plaza Angsana and also one branch behind Hotel Thistle.


Mee hoon ratna ni sedap gak rasanya..


My favourite is kueh teow beef....I will always order this....price pun reasonable around RM12.00 .


Yee mee for my kids.....pun sedap..




Simple dish kat sini ...yang penting sedap..


Spaghetti ...






These is our dinner for the day....

Tuesday, November 1, 2016

Adeniums one layer....

Addenium one layer ni memang ramai orang tanam......saya pun ada sepokok. Dari kecil sampai sekarang dah besar tinggi.

Kali ni addenium ni rajin berbunga.....banyak betul bunganya..


Bunganya boleh tahan lama juga...



Sekali berbunga semua sekali tu yang best..


Tinggi dah pokok ni ....saya tanam dalam pasu je....Addenium ni senang dijaga tak banyak karenah....

Sunday, October 30, 2016

Dinner at Billionaire Cafe , Melaka

Dah berkurun lamanya entri ni.....makan di Billionaire Cafe , Melaka pada awal bulan Februari'16 tahun ni....masa tu dinner with my mom and my younger sister...


Nampak sedap burger ni kan...he..he...



Spaghetti..



Coffe and apa nama ni ....bruschetta.....susahnya nak sebut...



Ni fish and chips..



Salad ..



Spaghetti carbonara...










Steak for mr hub....does not suite his taste..



Kek kat sini sedap juga...and I tried that nuttella cheese tart too...


The menu booklet...


Looks so tempting kan.....makan 6 orang and total damage is RM200.00 ...hmm....hmm....the food taste here biasa biasa saja tapi memang ramai orang makan kat café ni......







Puding batik...nyum...nyum...

Saya sangat jarang membuat puding....tak tahu kenapa.....mungkin prosesnya leceh sedikit. Puding ni dibuat atas permintan Mr Hub....Digagahkan juga membuat pudding ni....

Actually buat pudding ni taklah sesusah mana pun....sekejap je dah siap.


Puding saya ni tak berapa nak berupa batik sebab adunan koko saya tu cair sikit....kurang koko rasanya...actually saya tambah milo+nescaffee + koko + coklat emulco ....banyak tu tapi masih tak gelap gelap warnanya...


Masukkan pudding ni dalam fridge memang nyaman sedap dimakan....sejuk je rasanya...




Saya boleh makan banyak puding ni....sedap betul...ngap...ngap tak perasan dah tinggal separuh...




PUDING BATIK
Source : Azie Kitchen

Bahan

20 - 25 g agar agar
4 mug air = 1 sukatan 1 mug = 350 ml
1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telor
1/4 cawan sebuk koko

Cara
Masak agar agar dengan air sehingga hancur. Setelah betul hancur baru dimasukkan gula. Masak sehingga gula hancur.
Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko.
Masukkan semua bahan yang telah diblend ke dalam periuk agar agar tadi. Sila kacau sebentar bagi sebati dan  pekat.
Bahagikan adunan kepada 2, satu bahagian dicampurkan koko. Kacau rata.
Ambil Loyang dan masukkan satu senduk adunan yang plain diselangselikan dengan adunan koko tadi. Buat sehingga habis. Biarkan sejuk sebentar dan boleh masukkan ke dalam fridge bahagian bawah. Biar agar agar ni mengeras, selepas itu baru boleh di potong.




Thursday, October 27, 2016

Kuih bakar daging berlauk so soft and sedap...

Dah lama tak buat kuih bakar daging ni.....favourite one whole family ni.....baru baru ni sempena birthday my hubby sempat buatkan kuih bakar daging ni. Selalu kalau beli kat gerai memang tak menepati citarasa ada je yang kurang...

His birthday cake...kuih bakar daging...


Saya guna acuan yang klasik ni...


Sedap rasa kuih daging berlauk ni....tekstur tepungnya pun lembut .


Dapatlah 3 biji kuih ni ...


Memang so lembut tekstur tepung tu....


Sekali ngap je...


Cutting it...Tq to Kak Azie Kitchen for the resepi....actually saya ni tak minat sangat buat kuih melayu sebab takut tak menjadi tapi dengan resepi dari blog Kak Azie ni bila saya buat selalu je menjadi....tu yang best....he..he....



KUIH BAKAR BERDAGING

Source : Azie Kitchen


Bahan
250g dagaing kisar/cincang
1 1/2 sudu rempah daging
1 biji bawang besar - didadu
garam secukup rasa
daun bawang
cili merah dihirs halus
1 sudu besar minyak


Cara
Daging dibersihkan dan dicincang sampai halus. Boleh juga guna daging batang pinang dan dipotong kecil kecil.
Panaskan satu sudu minyak dan tumis bawang yang telah didadu. Bila bawang dah kekuningan , masukkan rempah kari dan goreng sampai Wangi.
Masukkan daging dan masaklah sampai kering kemudian sejukkan.


Bahan
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair / susu cair  / sudu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna kuning telor
Pukul telor sehingga kembang, masukkan santan dan air kacau rata.
Masukkan tepung dan kacau sebati. Kalau tak halus boleh masukkan ke dalam blender dan kisar sedikit demi sedikit sampai halus.
Letakkan sedikit sahaja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat sebab lauk daging tadi dab ada garam.


Cara
Panaskan oven pada suhu 160 C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini boleh dapat 3 biji kuih bakar.
Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur  dan bubug 1/2 sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan apir dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras 3/4 penuh ke dalam acuan.
Lepas 1 mnit, sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian di setiap lekuk acuan.
Akhir sekali , taburkan daun bawang dan cili merah. Bila Nampak dah garing pada bahagian tepi kuih, boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180 C menggunakan api atas sahaja ( jika ada) selama 15 - 20 minit. Saya guna api atas bawah.







 


 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...