Monday, February 29, 2016

Scallop sedap tapi...

Jalan jalan di Pasar Besar Melaka teman mak tetiba ternampak scallop ni. Memang tak pernah jumpa yang fresh kat pasar.... tu yang jadi jakun sekejap. First time Nampak.

Masak tumis air je....with lots of ginger and garlic....scallop ni tak boleh digoreng lama nanti liat. Sama juga kalau kita masak udang pun tak boleh terlalu lama. sekali panang macam udang kan ...cik scallop ni...



Ni rupanya dari luar...kulit dia cantik dan nipis...so saya beli 1 kg RM9.00.



Ini rupa isi di dalamnya....taukeh tu kata yang tepi tepi tu mesti buang sebab berpasir ...oh gitu ya...nasib dia ajar cara nak bersihkan scallop ni...



Hasil berdiri selama 1/2 jam membersihkan scallop ni dapatlah semangkuk kecil je....Nampak macam buah rambutan yang dah dibersihkan pulak...he..he.....walau kecil isinya tebal juga....



Dah siap tumis air with lots of ginger and garlic....terletak banyak air pulak....rasa scallop ni sedap tapi tak boleh makan banyak sebab muak .....rasa macam kepah sikit....aritu kelam kabut masak so dapat makan 2 ke 3 ketul je....so next time kalau jumpa kena beli lagi lah...



SCALLOP TUMIS AIR
Source : Sweetiesaqi-kitchen

Bahan
1kg scallop - bila dah dibersihkan tinggal sedikit je
2 ulas bawang putih - hiris /tumbuk
1 1/2 cam halia dihiris halus
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram
daun bawang & daun sup

Cara
-Panaskan kuali dan masukkan bawang putih dan halia. Kacau jangan sampai hangus ya.
-Masukkan sedikit air , gula , garam secukup rasa dan sos tiram.
-Bila mendidih masukkan scallop. Goreng kaup balik je. Jangan lama sangat.
-Angkat dan hidangkan . Boleh tabor dengan daun bawang dan sup.






Sunday, February 28, 2016

Dragon fly or Pepatung in my garden....


Pada suatu ketika tak tau kenapa in my garden banyak betul pepatung or dragon fly. Ada macam macam jenis pepatung yang singgah.


Si pepatung warna gold...



Kali ni si belang yang singgah...



Cantik bila sayap berkembang....



Nasib si pepatung ni cool...



Si biru pulak...



Saya pun tak tahu si pepatung ni makan apa....elok je dia bergayut kat batang pokok..



Lama dia bertenggek..



Memang suka dia ni bertenggek kat dahan pokok.....sekarang ni dah lama tak nampal sang pepatung ni...


Nasi Arab Wadi Hana El Arabi...

Teringin nak makan nasi arab ....so kali ni kita cuba nasi arab di Wadi Hana El Arabi yang terletak di Taman Desa Rahmat, Johor. Berdekatan dengan Menara Jati dan Plaza Angsana. 
 
 
 Boleh tahan juga nasi mandy ni...


Yang ni nasi arab kambing rasanya khabsah...



My daughter choose shawarma ni mcam kebab....



Si kecil pilih burger..


 Orde the Arab je...senang....minum panas panas sedap...


Yang ni memang sangat sangat sedap....bread pudding....panas panas lagi...hati hati boleh melecur dibuatnya...
 
 
Interior dalaman...






Luar restoran...Alamat restoran ni seperti di bawah :

1, Jalan Pembangunan (off Jalan Tampoi), Taman Desa Rahmat

Hari Selasa tutup ya. Dibuka dari 12 noon ke 12 midnight.


Wednesday, February 24, 2016

Yellow vanda orkid...



Orkid yellow vanda ni dah lama saya beli....kali ni berbunga kali kedua.

Warna dia agak cair sedikit sebab tak berapa sihat...walau sakit tetap mengeluarkan bunga...




Daun agak layu sebab kurang air.



Orkid vanda ni pun tahan lama bunganya tapi tak setahan butterfly orkid.



Sedih tengok akar orkid ni......sekarang dalam proses pemulihan....akar macam reput  dan berwarna coklat.....mengikut kata pakar orkid saya ni kurang air. Kena letak moss sabut lebih sikit supaya akarnya lembap.

Sunday, February 21, 2016

Blue Lili.....yang sangat cantik....

Kali pertama terpandang pokok ni saya dah jatuh cinta...memang cantik tak terkata. First time saya tengok pokok ni.

Warnanya biru tapi bila snap photo seakan akan purple....



Bunga bergugus...



Sebatang je tapi kat hujung tu banyak bunga..



Memang sangat cantik..



Bunganya lembut tapi tak de bau.




Terpesona melihatnya...




Panjang batangnya.....now waiting for it to bloom lagi.....lambat betul....macam macam dah bagi makan tapi tak mahu berbunga juga....

Monday, February 15, 2016

Kek pisang ......so sedap

Kek pisang memang kegemaran saya. Asal ada lebih pisang je mesti nak buat kek atau pun cikodok pisang.
 
Selalunya saya gunakan loyang yang saiz empat segi tepat ni ....senang sikit. 
 
 
Susun pisang yang dah dihiris atas tu. Pisang mesti dihiris nipis jika tidak lepas dibakar ia akan mendap ke dalam kek sebab berat.
 
 

As usual ada 3 ke 4 cupcakes yang saya bakar sekali dengan loyang di atas.


Bila dah siap bakar kek ni....semua pisang yang diletak kat atas tu dah tenggelam...sebab saya terhiris tebal pisang tu..he,,he...
 

Ni hasil keratan dari cupcake yang dah siap.
 

Kek pisang ni bila makan dengan segelas teh o panas memang sedap.



I dont know why, memang saya sangat sukakan kek pisang...maybe the aroma and the taste...


KEK PISANG
Source : Azie Kitchen

Bahan
4 biji pisang emas yang dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telor gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar airl limau nipis
1 sudu teh esen pisang - tak letak. saya ganti dengan esen vanilla

Cara
-Panaskan oven pada suhu 185 darjah. Ikut oven masing masing...saya punya 150 darjah saja.
-Sediakan loyang yang sesuai dan sapu dengan minyak atau butter dan alsa kertas minyak/baking paper.
-Masukkan gula, telor, minyak ke dalam mixer dan putar sehingga putih selama 3 - 5 minit.
-Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
-Masukkan pisang , esen pisamg dan air limau. Saya letak esen vanilla. Gaul sebati.
-Tuang adunan dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau sehingga kek masak.
-Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek sudah masak atau belum. Jika melekat maka belum masak tambahkan sedikit masa lagi supaya kek masak.
-Setelah masak, biarkan sejuk dalam loyang dan kemudian keluarkan dan letak atas redai.


 
   

 

 

 






Air rebusan kunyit , halia, serai dan cengkih...

 Air rebusan ni seeloknya diambil sebelum atau selepas haid. Cukup diminum sekali sebulan sahaja. Ini untuk mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan. Tidak disyorkan untuk mengambilnya setiap hari. Ini amalan untuk penjagaan kesihatan teruatama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf, membuang toksik dan lemak.
 
 
 

Duk dalam Cik Port ni .....menarik tul tuk diminum...walau rasanya tak sesedap mana kan...
 

Bahan bahan yang diperlukan....
 

Kita rebus semuanya ya....
 

Yang ni manis sikit sebab saya letak gula batu.....memang sedap.
 
 
 
AIR REBUSAN KUNYIT, HALIA, SERAI DAN CENGKIH
 
2/3 batang serai diketuk
3 cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
sedikit kulit kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang
daun pandan sehelai
sedikit gula batu - boleh guna madu
 
Masukkan semua dan rebus.
 
PERHATIAN : Jangan minum setiap hari tau.

Thursday, February 11, 2016

Sweet sweet roses......

Roses nan satu ni saya pernaha tanam dulu , now beli kali kedua sebab cantik. Pokok yang mula mula tu mati sebab merajuk dengan saya ...he...he.....Asalnya tanah roses tu diserang fungus so saya oun cabut dan bersihkan dia lalu saya tanam dalam pasu yang baru....tu yang dia merajuk...mungkin tak serasi kot so selamatlah dia ke syurga...

 
Sweetnya roses ni...warna pun very the pastel.
 
 

Sakit mata tengok photo ni kan.....tengok yang buds tu je.
 
 

Roses yang ni lembut betul.....


Roses ni baunya mild saja...


Bila roses ni lembut kelopaknya ....maka tak tahanlah dia di tangkai...paling lama 3 hari...lepas tu layu ke tanah...
 

Roses ni baru dapat tu yang cantik dia maintain je kan...


Terus cut bila dia dah kembang so that dia tak sempat layu di pokok.....put in the vase can last for another 2 to 3 days...
 

Melihat roses berkembang buat hati saya tenang.....the smells is like theraphy to me....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...