Wednesday, July 27, 2016

Pengat Durian Cicah Roti......nyum...nyum...

Ada lebihan durian so teringin nak buat pengat....lama tak makan ni.........

Agak pekat sikit kuah pengat durian saya ni..


Sungguh menarik durian durian ni...


Pengat ni manis so saya boleh makan sikit saje...bahaya..


Makan dengan roti ...


Tea time...pengat durian , roti and secawan the panas....heaven...nikmatnya...


Banyak betul durian kat sini..


Ni Musang King...memang mahal harganya sebab belum musim lagi tapi tekak sibuk nak makan...




PENGAT DURIAN
Source : Sweetiesaqi_kitchen


Bahan
isi durian  5 ulas
1 kotak santan 250 g
1 kotak air - kalau pekat tambah lagi air 
daun pandan
3 sudu besar gula Melaka yang dicarikan dengan sekikit saja air- untuk warna dan bau dia yang wangi
gula pasir - letak sedikit saje sebab gula Melaka dah manis
sedikit garam 


Cara
-Masak dulu gula Melaka dengan sedikit air.
-Masukkan santan kotak dan air ke dalam periuk dan didihkan. Letak daun pandan.
-Masukkan gula Melaka yang telah dicairkan  dan isi durian. Kacau rata.
- Masukkan gula secukup rasa dan secubit garam.
- Kacau rata hingga mendidih.
-Boleh hidangkan sejuk atau panas.






Tuesday, July 26, 2016

Sambal Hijau my favourite...

Sambal hijau memang my favourite. Selalu suka buat ni sebab simple je. Kalau nak pedas boleh campur dengan cili padi.

This time guna olive oil ...tal lah rasa bersalah makan minyaj yang banyak tu..


Selalunya saya akan buat kuantiti yang banyak dan simpan dalam fridge...nak makan ambil je ....senang..


Makan begini ni pun sangat sedap.....saya boleh makan berpinggan pinggan nasi....wah...sangat bahayakan...


Super loving this sambal hijau...


SAMBAL HIJAU
Source : sweetiesaqi_kitchen

Bahan

5 biji cili hidup hijau
5 biji cili padi
2 biji bawang putih
sedikit garam
1 sudu kecil sos tiram - tak letak pun tak pe
minyak untuk menggoreng
ikan bilis goreng untuk hiasan



Caranya:

1. Goreng cili hijau, cili padi dan bawang putih dengan minyak. Layurkan je jangan sampai hitam. 
2. Angkat dan tunggu sejuk seketika. Tumbuk kesemuanya dalam lesong batu. Jangan terlalu lumat . Letak sedikit garam je.
3. Panaskan minyak dan goreng semula bahan yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan sedikit sos tiram. Tak letak pun tak pe. Goreng sekejap sahaja dan boleh diangkat. 
5. Tabur ikan bilis goreng dan sedia untuk dimakan. Makan dengan nasi panas panas ya.

Monday, July 25, 2016

The Shore Sky Tower Melaka ......cerita lama CNY...



Ni entri lama jugak....awal tahun ke The Shore Sky Tower Melaka. Saja jenjalan tetiba ternampak bangunan tinggi yang baru ni. 

Memang tinggi bangunan ni....The Shore ni is shopping complex plus hotel.


Lemah longlai lutut naik atas ni....yang ni building sebelah je...


Rasanya kena naik lif sampai tingkat 43....dah tak ingat dah...baru boleh jumpa pemandangan yang cantik ni.


Angin kuat kat atas ni...kat atas ni tak de apa pun ...ramai yang sesi berphoto je.





Pemandangan Bandar Melaka dari atas The Shore Sky Tower.


Tengok bawah memanglah gerun.


Ada satu bahagian yang berkaca dimana kita boleh mengambil photo di situ but no personal camera.....so kena belilah photo tu....mahalnya photo tu...we all tak beli pun...Nak naik tingkat atas ni kena bayar ya tapi saya dah tak ingat berapa harganya...

Kek Pandan with swiss meringue butter cream...nyum..nyum...

Kek Pandan with swiss meringue butter cream ni memang one of my favourite selepas red velvet...loving the taste...

This time round buat for my raya open house yang lepas.....bukan besar besaran cuma menjemput a few tetamu aje....


This time round not so rajin to menumbuk daun pandan so I just use pandan paste and green colouring...


Using Loyang segiempat sama size 8 ". Memang suka Loyang ni...senang ...


Rasa santan tu memang terasa walau saya menggunakan santan kotak je...




Whose the lucky one to get this....he,,he....for my cousin to bring home...



PANDAN KEK DENGAN SWISS MERINGUE BUTTER CREAM
Source : Fuzzymazing.blogspot.com
 
Bahan
200 g tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
125 g butter unsalted
1/2 sudu garam
1/2 sudu kecil vanilla paste /esen
200 g gula kastor
2 biji telor size A pada suhu bilik
75g santan ( dalam kotak ) + 25 g air }
2 sudu besar jus pandan                      } satukan
pewarna hijau                                      }
 
Cara
-Panaskan oven sehingga 180 darjah. Ikut oven masing masing. Saya punya 150 darjah sahaja.
-Letak baking paper dan griskan loyang dengan butter.
-Satukan tepung dan baking powder. Ayak dan letak tepi.
-Masukkan butter, vanilla dan garam, pukul sehingga smooth.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang selama 3 minit.
-Letakkan telor sebiji demi sebiji.
-Masukkan bahan bahan kering dalam 3 bahagian dengan diselang selikan dengan santan tadi.
 Jangan overbeat , kaup balik sahaja.
-Setelah itu boleh lah masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan. Saya guna 2 loyang.
-Masak selama 25 ke 30 mini ikut oven masing masing.
-Setelah masak sejukkan kek atas redai.

 
Gula Melaka Caramel
50g gula Melaka
2 daun pandan, dikoyakkan dan diikat
1/8 cawan air



Cara menyediakan gula Melaka caramel
-Masukkan air, gula Melaka dan daun pandan dalam periuk pada api sederhana. Kacau sehingga gula cair. Lepas tu panaskan lagi sehingga sirap tu berkurangan sedikit dalam 3 - 4minit. Caramel ini akan pekat bila sejuk. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air sebelum digunakan.




Gula Mealaka Swiss Meringue buttercream
3 biji putih telor gred A
110g gula kastor
150g unsalted butter - saya guna salted
1 sude kecil esen vanilla
sedikit garam , kalau guna unsalted butter



Cara menyediakan swiss meringue buttercream
-Masukkan semua putih telor, gula dan garam dalam periuk secara double boiling. Kacau  selalu sehingga mencapai 70 darjah. Boleh tengok bila tidak ada ketulan gula bila kita rasa dengan tangan maknanya dah ok. (Gula tu dah cair).
-Masukkan ke dalam bowl mixer dan pukul selama 5 minit pada tahap medium ke high sehingga stiff peak terbentuk dan adunan berada pada suhu bilik.
- Turunkan speed ke medium dan masukkan butter yamg telah dipotong bersegi empat kecil. Pastikan ia bersatu sebelum ditambah lagi butter yang lain. Pukul lagi sehingga adunan bersatu dan proses ini mengambil masa 5 minit.
-Biar mixer tu berpusing sambil dimasukkan karamel gula Melaka, satu sudu kecil pada suatu masa sehingga semua bersatu. Boleh masukkan 5 sudu kecil atau lebih.

Pecal Lele Seleara Sambal sebelum puasa.... 020616

Ni sebenarnya makan makan sebelum puasa lagi....dah nak habis raya baru keluar entri ni...hadoi....Bila dah nak puasa semua orang pun berebut nak makan itu ini sebab kebanyakan kedai tutup tak buka pada bulan puasa.

Kat Restoran Selera Sambal ni memang ada banyak pilihan....ayam  atau leleh atau sotong udang dan lain lain.....sambalnya sama saje. Sambalnya walaupun 2 jenis tak cukup pedas bagi saya.
Ada juga diselitkan sambal goring kering hati dan tahu tapi tak banyak diberi. Ianya hanyalah sebagai penyeri an penambah rasa sahaja.



Masing masing punya pilihan...meriah gitu.



Set udang ni... wow...



Set ayam penyek...sambal dua tu simple tak pedas sangat..



Selalu makan leleh iaitu ikan keli ni ....sebab isinya lembut..





Air yang selalu menjadi pilihan....air limau asam boi panas...sedap...





Nasi bentuk love...



As usual my plate...



So beautifull...very the colourfull...lapar lah pulak tetiba...



Opps licin sudah...



Nilah restorannya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Restoran ni memang ramai orang waktu lunch....so kena datang awal.

Thursday, July 21, 2016

Ros Jepun yang ada....

Ros jepun yang ada di taman saya dah tak banyak. Saya dah tak rajin menanam...ada beberapa pasu je ni.


Ros jepun selapis warna pink gelap..



Kalau cukup Baja memang banyak bunganya.



Nilah yang ada pengubat hati.


Warna kuning memang banyak.



Warna oren cair...

Wednesday, July 20, 2016

My addenium lapis...berbunga lagi..

Super loving my addenium lapis yang satu ni....dah banyak kali berbunga.

Addenium ni memang senang nak jaga. Tak banyak songel macam roses.


Letak baja secukupnya dan spray ubat penghalau serangga iaitu malation. 


Hati gumbira bila semua addenium berbunga.


2 sejoli..


Addenium ni cantik cuma tak de bau saje.


Now trying to find a different colour.


My addenium lapis...berbunga lagi..

Super loving my addenium lapis yang satu ni....dah banyak kali berbunga.

Addenium ni memang senang nak jaga. Tak banyak songel macam roses.


Letak baja secukupnya dan spray ubat penghalau serangga iaitu malation. 


Hati gumbira bila semua addenium berbunga.


2 sejoli..


Addenium ni cantik cuma tak de bau saje.


Now trying to find a different colour.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...