Wednesday, August 19, 2020

Pasar pagi orang asli di Permas , Johor pada 7/7/18

Pasar pagi orang asli di Permas , Johor..... saya pergi pada 7/7/2018. Lama dah terperap kat dalam draft ni. Baru sekarang free untuk di postkan kat wall ni.

Banyak ikan kat sini. Harga yang tertera tu ialah pada tahun 2018 bulan Julai. 
Sotong kalau sekarang Aug 20 , harganya dah mencecah ke RM38.00 untuk sekilo kalau beli di pasar .

Ni sepit ketam.
Banyak ikan kat sini. Harga yang tertera tu ialah pada tahun 2018 bulan Julai. 



Macam macam jenis ikan ada kat sini.

Ni pun ada...kalau tak silap ni tiram.

Kena datang awal sebab ramai orang. Parking tepi jalan. 
Photo ni saya ambil pada tahun 2018 bulan Julai. 




Ros pink yang cantik menawan

Ros pink saya yang cantik menawan.

Photo ni diambil pada tahun 2015.

Warna dia memang sweet sangat.

Love masa this ros masih buds lagi.

Bila kembang agar pudar sikit.

Loving them.

Tuesday, August 18, 2020

Sarapan pagi for birthday event 2017 march...

This birthday event berlaku dalam tahun 2017....dah 3 tahun rupanya dia duk kat dalam draft blog ni,.
Ni sempena menyambut birthday Cik Meya yang jatuh pada 23/3/2017.

Since she love red velvet so its red velvet cake for her birthday.


Simple design for this red velvet.

As usual order nasi lemak bungkus, kariap dan lain lain.

Kebetulan ada tapai yang saya bawa balik dari kampung.

Simple birthday celebration.

Si Bakawali..harum mewangi

Bunga bakawali ni first time saya beli kerana terpikat dengan bunganya. Bunga ni asal usulnya dari Amerika Selatan - Mexico...tapi boleh hidup kat negara kita.

Satu bunga pokok bakawali ni akan kembang sekali saja.


Bunga keluar dari hujung daun.


Biasanya bunga bakawali ni kembang pukul 7 malam.

Bau dia harum kalau dicium dekat.

Bunga tu keluar dari daun tu. Lihat bulatan merah tu.

Kalau banyak bunga kembang barulah bau semerbak tapi bunga ni tak tahan lama. Sekejap je dah layu.

Monday, August 3, 2020

Mee Hoon goreng cili yang simple....

Mee hoon goreng memang my favourite. Kalau makan ni satu hari pun tak pe tak perlu makan nasi. Saya suka pelbagaikan cara menggoreng supaya tak borring rasanya.

This one teringin nak makan mee hoon goreng bercilit tapi tak berapa pedaslah. Pada pengamatan saya kalau nak meehoon ni sedap kena letak lebih sedikit gula. Contoh 2 sudu kecil gula dan 1 sudu kecil garam 



Letak udang banyak memang sedap.



Sebekas for me untuk breakfast di office.


MEE HOON GORENG CILI SIMPLE
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
1 lapis meehoon
1 sudu besar cili yang dikisar
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 pokok sawi 
sedikit taugeh
sedikit kucai
udang sederhana besar 10 ekor
sedikit fish cake dan fish ball
garam dan gula secukup rasa
MAGGI sedap rasa
minyak untuk menggoreng
daun sup , cili padi untuk hiasan

Cara
Bawang merah, bawang putih dan udang kering di blend halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend halus , garing masukkan cili kisar.
Goreng sekejap sampai naik minyak dan masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. 
Masukkan sedikit air. Letakkan garam , gula dan secukup rasa ikut citarasa memasing ya.
Masukkan fish cake dan fish ball. Letakkan udang. Kacau rata.
Masukkan sayur sawi dan goreng rata sekejap terus masukkan meehoon.
Goreng sampai lembut mee hoon. Last sekali masukkan taugeh. Kaup balik sekejap je dan boleh tutup api. Keluarkan dan hias dengan daun sup dan hirisan cili hidup .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...