Monday, October 8, 2012

Kek Batik Biskut Marie.....sedap


Sememangnya kek batik biskut marie ni one of my favourite kek. Anak pun turut menggemarinya. Tak pernah buat so decide nak cuba.

Layered biskut marie.


Lepas makan nasi mesti nak bite satu.


Milo with susu pekat memang sedap.


Macam sarang lebah pun ada.


Cara yang sangat mudah.

KEK BATIK BISKUT MARIE
Source : Juicy Cafe

Bahan
4 biji telor
200g milo
330g susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
150g butter
250g biskut marie

Cara
- Pukul telor dengan whisk, masukkan milo dan gaul sebati.
-Tuang susu pekat manis dan esen vanilla, kacau lagi biar sebati.
- Tuang adunan dalam kuali, pasang api kecil, masukkan butter, kacau tanpa henti sehingga adunan jadi pekat.
-Sediakan loyang springfoam size 7 inci, lapik dengan kertas minyak hingga keluar dari loyang.
-Tuang 2 senduk besar adunan milo dalam loyang ratakan dan susun biskut marie sepenuh loyang.
-Tuang adunan milo sebanyak 2 senduk besar lagi, ratakan dan ikuti urutan seperti di atas sehingga selesai.
-Hentakkan sedikit loyang kek dan tutup kek dengan kertas yang berlebihan, biarkan suhu bilik baru disejukkan dalam peti sejuk semalaman.




Sunday, October 7, 2012

Johan's wedding 220912......Minang style

Dapat jemputan dari Kak Evie, untuk majlis perkahwinan anak bujangnya yang sulung pada 22/9/2012 di Pusat Komuniti Bukit Damansara jam 8 malam. Thanks to Kak Evie sebab sudi jemput saya ke wedding anaknya. Memang dah lama tak pergi wedding so pada pagi sabtu with my 2 kids naik bas KKKL ke KL sampai kat terminal Bandar Tasik Selatan yang macam airport bak kata my daughter, Sarah. Memang cantik dan bersih terminal tu mungkin sebab baru lagi. Hope maintain.


Tahniah buat Johan & Aishah dan semestinya untuk Kak Evie sekeluarga yang mendapat menantu sulung. Pengantin sama cantik sama padan.


Pengantin diarak masuk.


Tetamu memang ramai malam tu.


With Sarah Nadirah(anak Kak Evie) on the left and Kak Evie on the right. Masih seperti dulu. Sekali senyum memang manis.


Pelamin yang simple and striking colours. Wedding Minang style. Parents kedua-dua pengantin duduk bersebelahan.


So sweet and lovely couple.


 Johan & Aishah with parents. 


With Zuhra Malinda (on the left) , my dearest friend. Sister to Kak Evie. Kira ni wedding anak buah lelaki yang pertama untuk Zuhra. Seronok jumpa kawan lama Shikin, Camelia & Cynthia.


Nasi berlaukkan Minang style. Ada lebih kurang 7 jenis lauk. Banyak betul lauknya. Al -maklumlah dah lama betul tak makan lauk macam ni. Pencuci mulut pan kek and ada puding caramel juga sedap tapi manis.


Hah! Banyak betul lauk yang diambil sampai tak nampak nasi dah. Paling suka daging dendeng with sambal , sedap, very the crunchy, rendang daging minang and tak boleh lupa air teh tarik panas yang sedap tu.


Cenderamata.


Thursday, October 4, 2012

Akhirnya sampai jua ke Pantry Magic, Bangsar

Dapat jemputan kenduri kahwin anak Kak Evie, si Johan pada 22/9/12, tak lepaskan peluang untuk menghadiri majlis ni. Ke KL menaiki bas KKKL jam 8 pagi , bas double decker , bas ni ok , dalam bas tidur je tapi memang laju bas ni  bayangkan sampai Melaka dari Larkin je 2jam 20minit dan sampai KL dalam pukul 12 tengahari. 1 jam awal dari jangkaan. OK lah tu. Sampai di terminal bas Bandar Tasik Selatan. My daughter Sarah says, mama tempat ni macam airportlah. Memang superb lah terminal ni.
Sambil menyelam minum air, apa lagi, dijemput oleh adik lelaki ku so start to window shoppinglah. First place , tempat idaman PANTRY MAGIC, Bangsar later to IKEA.


Terletak di No. 49, Jalan Telawi 3, Bangsar. Opening hours from 10am to 9pm. 


The outer look memang cantik macam kedai kat overseas. English style design. Feel free to drop by ya kat sini. Sesungguhnya Bangsar ni, masa mula-mula samapi 20 tahun dulu dengan sekarang tak banyak beza. Yang paling ketara terlalu banyak kereta and no parking space.



Apa ada di sini? Mestilah kitchen utensils kan. Tengok kitchen aid mixer tu, he...he...i got one from Penang.
Di tengah ni diadakan cooking class and just last 2 days they shoot Wanita Hari Ini program here....


Baking item multi colour ada di sini.

Bila lihat periuk-periuk ni tak boleh tahanlah. Dahlah multi colur and memang my favourite. Kalau ke sini sediakanlah duit berkepul-kepul or dalam zaman modedn ni gesek je. Charge to the card senang jekan.....Al-maklumlah price kat sini memang expensive but we can get things which not sold at other places.


Meriah gitu peralatannya. Berpinar-pinar kepala ni sekejap.


Lagi dan lagi....


With Tania Pawanteh , the owner of Pantry Magic.


Because i came all the way from Pasir Gudang, Tania have given me this fridge magnet which is very usefull "measure equivalents". There is also a loyalty card program given whereby for RM100.00 spend will get a stamp , collect all and exchange for RM100.00 voucher. Don't know when to finish the card and when will i be back here.


Bought these items...he...he...Love the colours.

Wednesday, October 3, 2012

Green Apple Roses

Bunga ros ni namanya Green Apple. Warna cream + ada warna kehijauan sikit tu yang dipanggil Green Apple. Pokok ni dah beli lama tapi tak mengeluarkan bunga sangat. Selepas dialihkan pasunya ke tengah panas dan disembur dengan ross care barulah rajin nak berbunga.

This ros is in cream + greenish a bit in colour. Thats why it being called the Green Apple Roses. I bought this quite some  time, after i transfer the pot to a hot place & sprayed it with Ros Care, it blooms very well.


Banyak layer. Nasib Cik thrips tak kacau.
Many layers. Luckily no fungus attack it.


Kudup nak berkembang.
Buds to open.


Selepas disiram air.
After spraying water.


Cantik mekar.
Nice bloom.



Warna kehijauan tu cantik. Suka tengok ni
See the nice green apple colours.


Hai! Cik adik belalang comel ni memnag suka duduk kat ros ni. Nanti habis lubang - lubang dikerjakan.
This small grasshopper loves this ros so much. It will make my ros have a lots of holes.


Tanam dalam pasu kecil je. Rasanya kena alihkan dalam pasu besar sikit sebab dia rajin berbunga.
Planted in small pot. I think i will have to transfer it since it always bloom.


Lovely Green Apple Ros. This is taken by my LUMIX camera.


Tuesday, October 2, 2012

Avocado dari Cameron Highlands

Nak cerita lagi pasal Avocado dari Cameron Highlands ni. Buah ni sekilo RM7.00 murah je maybe sebab local yang tanam. Kalau kat supermarket kan sebiji RM4.99 mahal tu sebab imported lah kata kan.

Nak tahu beza senang je antara local dan import, kulit yang dari Cameron Highlands ni licin. Seeloknya beli yang hijau dan keras lagi. Nanti sampai kat bawah sedang elok masaknya tapi jangan letak dalam bonet lama sangat.


Bila dah masak bertukar warna kepada merah coklat. Ni cepat tukar warna sebab duduk lama dalam bonet kereta. Panas sebab tu cepat masak.


Lihat isinya. Cantikkan. Rasa memang tawar. Kalau mat salleh biasa suka buat salad nanti dia perahkan lemon/limau supaya avocado ni tak bertukar lebam.


Saya suka makan dengan susu pekat dan syrup coklat Hersheys. Buat juice pun sedap.


Yang ni pulak Apple Cameron Highlands. Tak berapa minat yang ni. Harga RM7.00 sekilo.


Nilah rupanya. Rasa cam honye dew tapi tawar lah. Tak sedap.


Brownies Blueberries Cream Cheese for Hasmah

Thanks pada Hasmah yang order Brownies Blueberries Cream Cheese ni untuk dibawa pulang ke kampung.






Monday, October 1, 2012

Impiana Hotel, KL

Lepas turun dari Cameron Highlands, singgah KL semalam sebab hubby ada kerja so stay kat Hotel Impiana, KL ni. Hotel ni dekat dengan KLCC , walking distance dalam 10 minit je.Tu yang best. Kalau jalan laju 5 minit je. Nak lagi dekat Mandarin Hotel sebelah je KLCC, tak tahulah kan bila nak merasa duduk kat situ. 



Welcome gift kat bilik, fresh fruits.


Items in the room. Untouchable sebab mahal kan. See no touch.


Bilik besar dan selesa.


Deco kat lobby. Cantik.


Breakfast cam biasa. Banyak varieties juga. Sambal sotong sedap. Dumpling sedap tapi yang spoilt, sos kurang sikit rasanya.


Malam sempat menikmati alunan gesekan biola, petikan gitar dan piano. Meamang menggasyikkan.



Swimming pool besar tapi for kids area tak da so boleh main kat tepi tepi je. Dikelilingi oleh bangunan pencakar langit/


Shoot photo from our room. Yang depan banyak pokok tu ialah Hyatt Hotel.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...