Thursday, September 12, 2013

Toffee Cheese Cake...nyum...nyum...

Toffee Cheese Cake ni saya buat untuk my daughter 13years old birthday. Katanya nak cheese cake so tak kanlah nak buat the same cheese cake je kan...........so dapat resepi ni dari Azlita Masam Manis. Thanks for sharing.


Kali ni kelainan cheese cake ialah toffeenya yang bahagian atas tu.


Base masih guna oreo. Kali ni base cheese cake ni sampai ke dinding loyang bagi menampung toffee tu supaya tak melimpah keluar tapi still melimpah ruah juga.....he....he...


Bila dah dipotong.....wah......base crust ni tebal sikit....Lelehan toffee tu memang tak boleh tahan....


Hmm....hmmm....nampak sedapkan but i tak berapa minat sebab guna 5 biji telor so rasa telor tu sangat kuat bagi saya......


Toffee yang meleleh......banjir.....


From the back.......the strawberry plus cadburry praline rasanya ...lupalah nama dia...


Wah......tak boleh tahan tengok ni kan.....



Lovely toffee cheese cake....


TOFFEE CHEESE CAKE
Source : Azlita Masam Manis
Main    : Epicurious

Lapisan Bawah/ Base
1 1/2 cawan biskut oreo
5 sudu besar mentega cair

Biskut dihancurkan dan letak mentega cair. Letakkan biskut tadi dalam loyang size 8". Seeloknya gula loyang yang boleh dibuka. Rata dan padatkan biskut tadi pada dasar dan juga sekeliling loyang.
Simpan dalam peti ais selama 1 jam dan kemiduan dibakar pada suhu 150 C selama 15 minit. Setelah itu biarkan dia sejuk.


Cheese Cake
250g cream cheese - suhu bilik
150g gula perang
30g mentega dicairkan
5 biji telor
1 sudu teh esen vanilla

Pukul cream cheese dan gula perang sehingga lembut.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan terus dipukul.
Tambahkan mentega cair dan esen vanilla dan pukul rata.
Boleh dituangkan ke dalam loyang yang basenya biskut oreo tadi.
Balut loyang dengan kertas aluminium foil di sekeliling sahaja. Jangan tutup bahagian atas.
Guna kaedah baine marie, di mana masukkan loyang yang ada adunan tadi ke dalam loyang yang lebih besar sedikit dan masukkan air panas. Jangan sampai loyang tu terapung.
Bakar dengan api atas bawah selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak bergantung pada suhu oven anda.


Caramel Toffee
1 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
1/4 cawan air
1/2 sudu teh jus lemon
1 cawan krim tenusu Dairy Whipping Cream/heavy cream
15 gm mentega

Masukkan gula, air dan lemon dalam periuk dan dimasak hingga keperangan.
Kemudian tambahkan krim tenusu dan kacau hingga pekat. Tambahkan mentega dan kacau hingga ia berkilat. Biarkan ia suam. Tuang atas cheese cake tadi. Bolehlah dihiaskan Simpan dalam peti ais hingga dingin.










Wednesday, September 11, 2013

My Dearie SOF......

Beli roses ni dari Lot 57, Sungai Buloh pada bulan Jan'13. Masa dapat pokok ni tak lah besar sangat tapi sekarang dah 8 bulan pokoknya dah tinggi sungguh tapi sayang tak banyak daun. SOF ni jenis climber. Tu lah pasal tinggi memanjang. Baru 2 kali berbunga....tapi sekali keluar banyak juga putiknya.


Sebenarnya kalau yang betul betul roses ni berbentuk cuppy tapi dengan saya bentuknya begini. Banyak faktor sebenarnya yang membuatkan dia jadi begini.



Tapi  memang cantik....bau pun wangi....


Di sisi yang lain. Ni kali pertama dia berbunga pada bulan Jun'13.


Bila dibasahi hujan.


Masa baru beli bulan Jan'13.



Sebulan lepas tu bulan Feb'13 daun dah banyak.


Lovely SOF roses collage.

Monday, September 9, 2013

Cakes for Amir........Aman Hakata

Masa bulan puasa yang lalu, sempat buatkan Amir ( my cousin husband) 3 biji kek untuk di bawa belayar dengan kapat Aman Hakata. Ni first time saya buat 3 kek 3 hari berturut-turut. Big project untuk saya dan alhamdulilah berjaya juga....Amir order 3 kek = red velvet + choclate cake  + white choc macademia cake....Kek ni semua nak dimakan dalam masa 2 minggu dari tarikh dibuat....oh lamanya.....saya memang tak letak bahan pengawet maka berdoalah saya supaya kek ni dapat bertahan..........kek ni semua diseal dan wrap kedap dan dilletakkan dalam peti ais chill at very low degree.....


Red Velvet



White Choc Macademia Cake.


 
Chocolate Cake
Setelah 2 minggu alhamdulilah, feed back yang diberi, kek ok dan rasa masih sama lagi rasanya. Lega......

Sunday, September 8, 2013

Masak Lemak Daging Salai

Masak lemak daging salai ni memang my favourite. Kalau balik rumah mertua mesti beli daging salai ni kat pasar Ampangan. Kat Johor ni susah nak dapat. Kalua nak buat sendiri daging salai ni kirim salam je lah. Tak kan dibuat.


Kali ni masak lemak saya kurang kunyit hidup sebab tu warna agak kehijauan sikit. Letak belimbing buluh ni memang sedap.


Tu dia harganya .....kalau tengok begitu memang cam murah kan tapi kalau beli sekilo harganya RM40.00 ya........daging basah je sekilo dah RM28.00.


Close up dekat sikit daging salai ni......Aroma dia memang best.......beli sikit pun dah RM24.00 tapi bila dah dihiris banyak juga dapat.


Memang best.....ditambah pula bila menggigit belimbing buluh yang masam tu....fuh dah kecur air liur ni.......


MASAK LEMAK DAGING SALAI

Bahan

Semangkuk daging salai yang telah dihiris
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 mangkuk santan pekat
1/2 mangkuk santan cair
gula dan garam secukupnya
10 biji belimbing buluh - kalau tak de boleh gantikan dengan 2 keping asam keping.
2 helai daun limau purut

Cara
-Tumbuk cilipadi dan kunyit hidup hingga lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan daging salai dan didihkan sehingga sedikit empuk lagi. Boleh masukkan garam dan gula secukup rasa.
-Last sekali baru masukkan belimbing buloh dan daun limau purut untuk aroma.


Thursday, September 5, 2013

Damask ku dicium cik thrips.....

Damask memang my favourite roses.....walau ros kampung tapi sangat rajin berbunga dan berbau wangi. Kali ni damask mekar tak berapa cantik sebab dicium cik thrips.

Baru nak mekar tapi tepi tu dah kena cium dengan cik thrips.


Semuanya cik thrips nak usik.


Bila kembang jadi tak berapa cantik sangat.


Yang best sekal berputik memang suka banyak-banyak. Masa ni paling sesua spray Fumakilla H20 untuk menghalang trips dari menyerang tapi yang ni saya lambat spray so jadinya dia dah cium dulu, 



Ni kudup di bahagian lain pokok. Tapi tak sihat juga sebab cik thrips cium. Geram sungguh.


Sedih tengok bila semua mekar banyaklah pulak warna coklat tu kan.....geramnya saya....
Kudup memang banyak tapi tak sihat.

Tuesday, September 3, 2013

Dulu Pantry Magic now COOK Kitchenware di Bangsar......

Pada 8/6/13, saya ke KL nak melawat mak cik yang sakit di Kepong. Selesai tujuan utama adik ajak singgah minum kat Bangsar. Wah....Bangsar apa lagi teringatkan Pantry Magic......ada can singgah ni. Sampai depan kedai terperanjat jugak sebab Pantry Magic dah bertukar kepada Cook...Kitchenware....change owner rupanya....Last sekali saya ke Pantry Magic pada tahun lepas. Boleh klik SINI untuk lihat Pantry Magic.



 Semuanya bertukar...
  

Nilah dulu Pantry Magic now COOK....



Kalau nak dibandingkan masa Pantry Magic, lebih banyak item ......di COOK ni kurang sikit mungkin masih baru lagi.


Di bahagian luar.



Kalau dah masuk kedai ni memang gila dibuatnya. Cuci mate je......too expensive....


The purple kitchen aid mixer tu memang cantik....mine is green...




Lepas cuci mata kat COOK Kitchenware.......singgah menggeteh di Restoran Chawan yang letaknya sebaris je dengan COOK.

Batu bata ni adalah dinding dalam restoran Chawan ni......sangat kreatif.....

 Antara menu petang yang diorder......


 Hero pada petang tu......mee rebus ni sedap sebab tak manis sangat.....

Sunday, September 1, 2013

Akhirnya merasa juga Cream Puff ni.........

Akhirnya merasa jugak cream puff hasil air tangan Azlita Masam Manis. Thanks to officemate, Cik Suhaida yang sudi tolong orderkan, we both share. Kami order cream puff durian dan cream kastard. Cream puff ni memang my favourite tapi sampai sekarang tak sempat nak mencuba membuatnya. Should try one day....


Suka dengan texture cream puff ni sangat lembut. 


Tengok banyak banyak ni memang tak sabar nak makan. Walaupun saya simpan lama dalam fridge masih boleh di makan. Sedap je....

Ni cream puff with durian kastard memang sedap. Kalau makan panas panas lagi sedap rasanya. Siapa yang tak gemar kan durian memang tak boleh makanlah yang ni. Kalau nak order boleh melalui adik beliau, Auliah rasa namanya. Azlita ni tinggal di Johor ya.....More info can visit her blog=masammanis.


Cream puff tu sendiri memang sangat lembut.


Siap ikat ribbon dan ada name card lagi. Simple and sweet colour combination. Sesungguhnya Azlita masam manis ni memang sangat kreatif orangnya. Met her once kat Giant, bertentang mata tapi tak terucap kata kata....terkedu jap.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...