Sunday, September 23, 2012

Mee goreng

Kita break sekejap ya, asyik cerita pasal Cameron Highlands, pening semua orang nanti. Kita layan mee goreng saimple saya ni. Kalau asyik dah melihat AFC 706 kat Astro, memang tak boleh tahan tengok warna warni sayurannya. So masak mee goreng simple dengan sayuran. Bagi varieties colur sikit kat mee tu.


Kalau masak mee goreng saya memang suka letak side item banyak-banyak kat dalam tu. Meriah sikit.



Ada Udang  + fish ball + cendawan shitake + tomato cherry + kacang peas panjang.


Taugeh mesti cari yang pendek dan gemuk. Bila makan sangat crunchy.


Sepinggan ni tak cukup. Mee kuning sememangnya my favourite.


MEE GORENG SIMPLE

Bahan
1/2 bungkus mee kuning dari packet 1/2kg
1/2 biji bawang besar}
3biji bawang putih  } ditumbuk/blend
sedikit udang kering}
1sudu besar sos tiram
1 sudu sos ikan
7 ekor udang
sedikit fish ball dan fish kek
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk/ boleh beli yang ready made
Sayur = taugeh + kacang peas + cendawan shitake
Garam + gula secukupnya

Cara:
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga garing.
-Masukkan udang + fish ball + fish kek +cendawan shitake + sos tiram + sos ikan + lada hitam = kacau rata.
-Masukkan garam + gula secukup rasa. Kalau kering sangat boleh tambah sedikit air.
-Letakkan kacang peas dan kaup balik sekejap je dan terus masukkan mee , goreng hingga mee lembut sedikit.
-Last sekali baru masukkan taugeh, kaup balik dan terus tutup api supaya taugeh crunchy.
-Selepas tu boleh hias dan hidangkan.



Cameron Highland Part 4 - Ladang Teh

Satu lagi tempat yang mesti singgah ialah ladang teh ni. Masa sampai ingatkan nak singgah, tak boleh juga sebab no parking. Kereta berderet - deret, lastly on the way balik baru boleh singgah jap.




Ladang teh yang luas terbentang.


 Masa jalan kat tepi-tepi pokok teh ternampak bunga ni, so saya rasa ni mesti bunga pokok teh. Tak pernah tengok pun sebelum ni.


Air terjun di tengah ladang. Jauh ke bawah nak sampai ke sini. So shoot photo dari cafe sambil menikmati juadah. 


Tu Cafe yang ada kat ladang teh ni. Shoot dari bawah ladang.
 
 
 
Sebelah cafe ada dijual banyak teh dan cenderamata. Rembat jugalah beberapa kotak teh sebagai souvenior. Sempat bersantai minum teh di Cafe sambil menikmati kek dan karipap dengan diiringi angin sepoi sepoi bahasa. Nyaman cuaca kat sini.



 Luasnya ladang teh ni.


Lepas turun ke bawah sikit, ternampak orang menjual petai dan durian apa lagi terus berhenti untuk makan durian pulak. Sebiji durian ni harga RM7.00 tapi memang puas hati, sedap. Tanya kat pak cik tu , petai ni dapat dari mana, panjat ke......pakcik tu jawab tak, dia beli dengan orang....alahai ingat cari kat hutan. Petai tu setangkai RM6.00 taklah murah. Ingatkan murah.















Thursday, September 20, 2012

Cameron Highlands Part 3 - Strawberries

Di Cameron Highlands ni memang banyak ladang strawberries. The one yang we all singgah is Kok Lim Strawberries. Kat sini kita boleh petik buah strawberries sebanyak 700g for free. Lebih kena bayarlah. Entrance fee RM10.00 per person. Fuh! Ladang ni memang sangat besar. Tempat yang boleh dipetik buahnya sangat jauh ke dalam. Lepas tu mendaki tangga lagi. Penat jugalah nak berjalan sambil meniti anak longkang yang kecil. Apa pun a good experience.

Geram tengok buah strawberries yang melayut-layut ni. Sempat juga petik dan makan tapi kena marahlah dengan Cik Bangla kat situ.


Pokok strawberri yang segar bugar.


Deretan strawberries.


Hah! Tinggi tak. Panjat tangga sampai ke atas ni. Nak naik senang tapi nak turun pengsan.


Bergugus. Sedapnya.


Hasil tangkapan di ladang strawberries. Sedap makan fresh kat sini.


Hah ! The vey juicy kan. Memang sedap.


Lovely strawberries collage.

Cameron Highlands Part 2 - Ros Centre


Cameron Highlands memang terkenal dengan roses yang banyak dan cantik. So ros lover jangan lepaskan peluang ke sini. Signboard Ros Centre ni sangat kecil, kalau tak perasan memang terlepaslah. Sebenarnya Ros Centre ni letaknya di Kea Farm, Brinchang sebelum Hotel Equatorial. Kalau dari bawah masuk simpang belah kanan kat Kea Farm (di luar ada jual roses , sayur dan macam-macam lagi) hingga ke dalam hujung hujung dunia jugalah baru jumpa. Masalah besar kat Ros Centre ni tak da parking space. Jalan pun kecil masuk ke dalam.

Belah kanan tu pandangan dari bawah. Sebenarnya nak kena memanjat tangga untuk naik ke atas. Macam di lereng lereng bukit. Penat juga mendaki tapi hilang penat bila melihat roses yang sangat cantik dan harum baunya.


Berbagai jenis roses ditanam. Sihat dan gebu-gebu semuanya.


Hah! Mana tak geram tengok roses ni. Bergugus, melayut.


Lagi roses.


Hai! geramnya.......jangan tak geram pulak. 


Ni part yang paling best, selepas mendaki sampai ke puncak akan jumpa ni. Nak kena naik tangga lagi sampai ke atas. Oh! Tidak saya sampai sini je. Tak larat.


Pandangan dari atas puncak Ros Centre.


Pandangan dari lereng.


Kat atas tu adalah patung-patung snow white ni so berebutlah nak bergambar. 


Mak oi! Kembang setaman besarkan bunganya.


Antara pokok-pokok lain yang terdapat di sini.


 Roses lagi. Sebenarnya snap banyak photo tapi tak boleh nak uploadkan banyak-banyak kat blog ni. Again this place is for all Roses Lover. Ada entrance fee tapi tak mahal. Dah lupa, rasaya dewasa RM5.00 & kanak-kanak RM3.00.


Tuesday, September 18, 2012

Cameron Highlands - Part 1

Raya hari tu kan cuti lama so, sempatlah berjalan sekejap ke Cameron Highlands. Pada hari raya ke 3, bertolak dari Seremban, perjalanan memakan masa selam 3 jam untuk sampai di atas lebih kurang cam balik Johor jugalah. Pagi - pagi kul 8.30 dah bertolak dengan harapan tak jem jalan maklumlah cuti raya ni. Dalam perjalanan memang nasib baik tak jem cuma ada accident kecil je. Sampai Tapah nak naik ke atas kat bawah tu nampak lengang, tapi bila dah naik atas banyak juga kereta yang turun ke bawah. Bila sampai ke air terjun Lata Iskandar ingatkan nak singgah turun, huh! Tak boleh sebab no parking, kereta berderet-deret tepi jalan. Tengok ajelah dari dalam kereta. Ingatkan waktu balik nanti bolehlah singgah pun tak da harapan juga. Kereta masih berderet - deret. Dari Tapah naik ke atas kita akan jumpa denga Air terjun Lata Iskandar  - Ringlet -  Tanah Rata  - Brinchang (yang paling atas).

First place we all pergi ialah The Bees Farm, tempat ni atas lagi dari Hote Equatorial yang kat Brinchang. Yang bestnya no entrance fee. Kawasan ni taklah besar sangat tapi penat juga. Bees pun tak banyak sangat, mungkin ada di tempat lain. Kat sini ada kedai menjual souveniors + sayuran + honey.


Bunga-bungaan yang terdapat di sini.


Lepas tu singgah kat satu kedai jual bunga and cactus ni dekat dengan Butterfly Farm. Kali ni tak masuk Butterfly Farm. Si cilik kecil ni umurnya baru 7 tahun, dia seorang je yang jaga nurseri cactus ni. Teruja sekejap tengok budak ni. Siap nasihat saya cam mana nak tanam pokok cactus lagi. Memang bijak budak ni.


Nilah pokok apple Cameron Highland. Warna purple. Warna hijau kat atas tu ialah avocado. Sekilo harga RM7.00. Tapi apple ni rasanya macam honey dew tak berapa sedap sebenarnya tapi saya recommend beli buah avocado. Isinya sama seperti kat bawah tempat kita. Kulit licin tak mengerutu. Kalau kat Johor sebab imported harga sebiji avocado RM4.99 mahal tu.


Nilah apple Cameron Highlands, warna purple isi dalam pelik warnanya, rasa macam honey dew tapi tak sedap sebab tak manis.


Antara tempat yang boleh singgah di Cameron Highlands. Butterfly Farm, Ros Centre, Kok Lim Strawbery, ladang teh dan nurseri bunga semestinya. Ada satu tempat lagi yang saya tak sempat nak pergi iaitu MARDI,  letaknya di Tanah Rata dekat dengan Century Pines Resort. Terkilan rasanya tak ke situ.
  

2 nd place yang saya singgah S'Corner. Apa ada kat sini ya??? Kat sini ada ditanam strawberry tapi tak dibuka untuk umum cuma boleh lihat dari luar je, tempat membiak cendawan, menjual hasil produk seperti dried stawberry, teh, jajan, sayur , strawberry dan cenderamata. Kalau lapar kat sini ada Cafe boleh menjamu selera. Harga barangan kat sini mahal sedikit.


Cendawan berbagai warna di S'Corner. Ni untuk hiasa je ya.


Gebu tak strawberry ni. Sepacket RM15.00.


TIPS: Kalau nak bercuti ke Cameron Highlands janganlah pergi masa cuti perayaan. Lihatlah betape teruknya jem ni. Dahlah takda jalan lain. Udara kat persekitaran atas ni pun dah tak sejuk sangat kerana terlalu ramai manusia. Kalau dalam hotel tu memang sejuk tak terkata.


Monday, September 17, 2012

Tart Blueberrie Cream Cheese untuk raya 2012


Sempat lagi buat tart masa raya hari tu. Buat casingnya dulu the next day baru buat filling. Kalau sekali satu kali buat pengsan dibuatnya. Nak layan casing tu dah lah berejam. Memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Kali ni buat casing yang besar dan juga kecil. Terima kasih to Cik Maria pinjamkan acuan tart.




Tart yang besar sikit.




Kali ni buat 2 perisa , yang warna orange tu fillingnya ialah coklat cadbury yang bulat dan yang bunga ungu tu ialah blueberries. Kids sukalah isi coklat. As for me still suka yang ada blueberries fillingnya.


Big and small.


Memang yummy. Aromanya wangi.


Lovely tart collage.


TART BLUEBERRIES CREAM CHEESE

Bahan
170g butter
50g gula aising
1biji telor gred C
290g tepung gandum
Cara
-Kacau butter + gula sebati.
-Masuk telor + esen vanilla, kacau lagi.
-Masuk tepung uli hingga menjadi doh. Masa ni kena pandai agak - agak, tak terlalu lembik dan tak terlalu keras ya.
-Masuk dalam acuan tart dan bentukkan. Jangan terlau tebal. Kalau nipis sangat nanti senang pecah. Cucuk dengan garfu sebelum bakar.
- Bakar pada suhu 150 darjah selam 20 minit atau sehingga kekuningan.
Inti Tart
250 g cream cheese
30g butter
50g gula kastor
1 biji telor size B
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
Cara
-Putar cream cheese + butter + gula hingga berkrim.
-Masuk telor, putar lagi dan masuk bahan lain , pukul hingga sebati.
- Boleh letakkan filling blueberries dalam base tart
- Paipkan cream cheese di atasnya. Bakar selama  8 - 10 minit pada suhu 150 darjah ikut oven masing-msing atau sehingga masak.



Wednesday, September 12, 2012

My Zinnia SPP

Bunga Zinnia SPP ni adalah salah satu bunga yang popular di dunia. Sangat senang untuk menjaganya sebab tu kita boleh lihat banyak pokok ni dijadikan sebahagian dari landskap taman. Terdapat berbagai jenis warna seperti merah, kuning,oren dan lain -lain lagi. Ada yang selapis dan ada yang banyak lapis. Bunga ini ialah dari keluarga Asteraceae yang berasal dari belukar dan padan rumput kering di kawasan yang menjangkau dari Barat Daya Amerika hingga ke Amerika Selatan yang meliputi Mexico. Nama asal Zinnia SPP adalah sempena nama Johann Gottfried Zinn(1727-1759) seorang ahli botani Jerman. Sumber dipetik dari Majalah Laman Edisi37, Mac/Apr'12.

Zinnia SPP sangat memerlukan cahaya matahari untuk mengekalkan warna dan pertumbuhan pokoknya.
Kebiasannya Zinnia ni ditanam dari biji benih, tapi saya memang tak pandai guna biji benih. Yang ni saya beli ready made kat TESCO, Sri Alam dengan harga RM8.00. Terpikat dengan warna shocking pink dan lapisan yang tebal. Zinnia boleh hidup subur pada tanah yang berasid dan beralkali sederhana sahaja.


Buds dan baru mula nak berkembang sedikit.


Pepijat dan lain serangga sangat suka kepada Zinnia SPP ni. Selepas serangga ni hinggap , Zinnia akan cepat mendapat penyakit seperti powdery mildew terutamanya kalau musim hujan. Langkah pencegahan mesti tanam di kawasan yang banyak cahaya matahari dan sembur dengan racun anti kulat.


Kebetulan pokok ni memang berbunga dengan banyaknya.




Terus tanam di atas tanah. Bila bunga kering dan jatuh ke tanah boleh mengeluarkan anak pokok.


Warna shocking pink ni hasil dari camera Nikon cool pix.
Yang ni , bunga yang sama seperti di atas tapi menggunakan camera Lumix agak dull/kusam sikit warnanya tapi lapis - lapisnya kelihatan dengan jelas.


Lovely Zinnia SPP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...