Sunday, September 23, 2012

Mee goreng

Kita break sekejap ya, asyik cerita pasal Cameron Highlands, pening semua orang nanti. Kita layan mee goreng saimple saya ni. Kalau asyik dah melihat AFC 706 kat Astro, memang tak boleh tahan tengok warna warni sayurannya. So masak mee goreng simple dengan sayuran. Bagi varieties colur sikit kat mee tu.


Kalau masak mee goreng saya memang suka letak side item banyak-banyak kat dalam tu. Meriah sikit.



Ada Udang  + fish ball + cendawan shitake + tomato cherry + kacang peas panjang.


Taugeh mesti cari yang pendek dan gemuk. Bila makan sangat crunchy.


Sepinggan ni tak cukup. Mee kuning sememangnya my favourite.


MEE GORENG SIMPLE

Bahan
1/2 bungkus mee kuning dari packet 1/2kg
1/2 biji bawang besar}
3biji bawang putih  } ditumbuk/blend
sedikit udang kering}
1sudu besar sos tiram
1 sudu sos ikan
7 ekor udang
sedikit fish ball dan fish kek
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk/ boleh beli yang ready made
Sayur = taugeh + kacang peas + cendawan shitake
Garam + gula secukupnya

Cara:
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk/blend sehingga garing.
-Masukkan udang + fish ball + fish kek +cendawan shitake + sos tiram + sos ikan + lada hitam = kacau rata.
-Masukkan garam + gula secukup rasa. Kalau kering sangat boleh tambah sedikit air.
-Letakkan kacang peas dan kaup balik sekejap je dan terus masukkan mee , goreng hingga mee lembut sedikit.
-Last sekali baru masukkan taugeh, kaup balik dan terus tutup api supaya taugeh crunchy.
-Selepas tu boleh hias dan hidangkan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...