Tuesday, September 11, 2012

Pandan Chicken


Teringin nak makan pandan chicken kebetulan memang banyak stok ayam dalam fridge. Nak buat ni taklah susah sangat. Senang je. Lepas dah lipat - lipat perap semalaman memang sedap. Dah tu makan panas-panas memang best.

Ayam yang dah dilipat masuk dalam daun pandan.


Ayam tu potong kecil sikit supaya senang dibalut dengan daun pandan yang kecil ni.


Ni lepas dah digoreng cara deep fried.


Rupa pandan chicken yang telah digoreng.


Tinggal daun pandan je lah. Isi dah habis.


The best pandan chicken. Ratah pun sedap.


 
PANDAN CHICKEN
 
semangkuk ayam yang dipotong kecil
daun pandan
pencungkil gigi
3 ulas bawang putih - diblend
5 ulas bawang kecil - diblend
1/4 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
sedikit garam

Cara

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Selepas sebati , bolehlah balut ayam dengan daun pandan dan dicucuk dengan pencungkil gigi supaya tak terbuka. Perap semalaman atau lebih barulah digoreng secara deep fried. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...