Wednesday, September 28, 2011

Sambal Tumis Sotong Kering

Sotong kering ni dibuat sambal tumis memang sedap. Kalau masak cara lain memang tak kena. Buat nasi lemak berlaukkan sambal tumis ni memang tak terkata. Aroma sotong kering ni yang buat kita tak tahan. Ni kesukaan aruah abah ku and now is my favourite.


Nilah rupanya sotong kering tu sebelum direndam. Rendam selama beberapa jam. Biasanya rendam pagi pukul 7 nanti pulang dari kerja terus masak.

Resepi

Cili kisar
Bawang merah & belacan dikisar
Air asam jawa
Garam & gula
Sotong kering yang telah kembang

Cara
Tumis bawang merah & belacan kisar hingga naik bau dan masukkan cili kisar.
Goreng sehingga naik minyak & garing. 
Masukkan air asam jawa. 
Mendidih letakkan sotong kering, garam & gula secukup rasa.
Biarkan selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...