Thursday, February 23, 2012

Nutty Caramel Cake......sweet but yummy !!!!

Lagi satu hot selling cake in market now is this Nutty Caramel Cake. Cari punya cari, tak jumpa juga resepi sampai dapat this recipe from Paula Deen. Cuba jelah. Cuma texture kek ni kasar tak selembut nutty caramel cake yang ada di pasaran. Ada 3 step for this cake = cake + filling + frosting

Swiss Meringue Buttercream ni memang sedap ditambah pula dengan peanut butter. Tak muak. Its finger licking good.

Just come out from the fridge, texture nampak keras.

Roasted kacang tu menaikkan kesedapan kek ni dengan limpahan caramel. 

Sebelum dan selepas simbahan caramelnya. Caramel filling ni memang sedap macam rasa gula-gula toffee. Meleleh-leleh terliur.


Nutty Caramel Cake
Source : Paula Deen

Cake
1 cawan butter
2 cawan gula ( saya guna 1 1/2 cawan )
4 biji telor saiz besar
1 sudu kecil vanilla
3 cawang tepung naik sendiri ( saya guna 3 cawan tepung gandum + 4 sudu kecil baking powder )
1 cawan susu segar

Cara
- Pukul butter sampai kembang sedikit dan tambahkan gula. Pukul lagi selama 6 - 8 minit.
- Masukkan telor sebiji demi sebiji , dipukul selepas setiap kali meletakkan telor. Letakkan vanilla.
- Tepong dimasukkan berselang seli dengan susu. Dimulakan dengan tepung dan diakhiri dengan susu.
- Tuangkan ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 20 - 25 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah masak , sejukkan dan boleh mula membuat filling.

Filling
1 cawan butter
2 cawan brown sugar
1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil vanilla

Cara
- Dalam periuk satukan butter + brown sugar + susu. Kacau selama 3 - 5 minit, sehingga gula larut. Setelah masak, alihkan dari dapur dan masukkan vanilla, kacau rata. 
- Ambil sebiji kek dan sapu filling di atasnya. Ulang step ini sehingga ke empat empat kek itu bercantum.

Frosting
1/2 cawan butter
1 cawan brown sugar
1/3 cup heavy cream
1 box or 16 ounce confectioners sugar
1 sudu kecil vanilla
1 cawan kacang - optional

Cara
- Cairkan butter di dalm periuk dengan api sederhana, masukkan brown sugar & heavy cream. Setelah mendidih sedikit tuangkan ke dalam mangkuk.
- Masukkan confectioners sugar & vanilla. Pukul dengan mixer sampai rata. Boleh tambahkan heavy cream sedikit jika adunan terlalu pekat.

Saya tidak menggunakan resepi frosting di atas. Saya tukar kepada swiss meringue butter cream.

Swiss Meringue Buttercream
4 biji putih telor saiz besar
200g brown sugar
340g butter ( jangan cair )
2 sudu besar peanut butter (boleh lebihkan jika suka)

Cara
- Letak periuk secara double boil, masukkan putih telor + brown sugar , whisk sehingga gula larut. Apabila disentuh dengan jari tidak berbiji lagi. Api mesti kecil sahaja.
- Turunkan dari double boil , guna mixer pukul adunan tadi, setelah kembang masukkan butter sedikit demi sedikit. Pukul selama 5 minit sehingga adunan kental sedikit. Campurkan 2 sudu peanut butter. Kacau rata.



Friday, February 17, 2012

Butter Bread Pudding

Lama dah nak buat butter bread pudding ni, baru sekarang berjaya. Tak ramai yang suka makan pudding ni termasuklah anak-anak ku. Tapi sebab nak mencuba buat maka terjadilah butter bread pudding ni.

Pisang tu menaikkan kesedapan pudding ni di samping peanut butter.

 
Sebelum di letakkan adunan susu dan selepas dicurahkan adunan susu.

 
Tak susah nak membuatnya. Very simple.


Butter Bread Pudding
Source : Dayang Jack @ dapurku sayang

Bahan
8 keping roti ( saya guna roti peranchis)
2-3biji pisang ranum hiris
mentega secukupnya
peanut butter + chocolate chips + kismis = secukupnya

Bahan A
2 cawan susu segar
1 sudu besar gula kastor ( saya letak 2 1/2 sudu besar)
3 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
2-3 sudu besar gula perang

Cara
- Bahan A - Pukol telor + gula hingga hancur dengan whisk. Masukkan susu segar + esen vanilla. Kacau sebati dan ketepikan.
- Sapukan roti dengan mentega & peanut buttter.
- Sapukan loyang dengan mentega dan susunkan roti di dalamnya. Letakkan pisang di atas roti.
-Tuangkan bahan A sehingga rata, taburkan kismis , chocolate chips dan juga bahan B.
-Biarkan sebentar sehingga roti menyerap bahan A. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan loyang roti tadi di tengah-tengahnya.
- Bakar selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 150 c.





Wednesday, February 15, 2012

Namanya Orlando ke?

Orlando ke? Sebenarnya tak tahu pun apa nama bunga ni yang sebenarnya. Semasa beli di pasar tani, penjual tu kata bunga Orlando so saya pun ikut saja. Pokok ni boleh tumbuh tinggi tetapi batangnya tidak gemuk. Paling suka sekali pandang, bunganya seperti orkid. Lagi satu bunga ni tahan lama juga.


Ditanam di atas tanah.

Warna maroon striking. 



Seperti orkid.

Lovely

Tuesday, February 14, 2012

Mersing Team Building 5/2/12 - Aktiviti

Sampai di Mersing Beach Resort, sarapan dan terus start class for team building. First time seramai 75 orang join sekali. Nasib baik dewan ni aircond kalau tak tahulah cam na. Tumpang dewan di Air Papan Beach Resort.

Warm up dengan the chicken dance. First time buat ni.
Telematch. Ni memang kelakar semua orang sanggup berkorban apa saja demi membuat satu barisan yang terpanjang.


Telematch = baling belon berair + jalan atas batu bata + bentuk barisan yang panjang.

 
Aktiviti berkumpulan. Sayang seribu kali sayang, garuda melanda our tower setelah dipertahankan begitu lama. Dah tak da rezeki, structure tak kukuh tapi kan......kalau garuda tu jalan perlahan rasanya boleh menang. Selautan manusaia ketika membuat jigsaw puzzle. Habis dipijak orang kakiku. Aduh!
Explorace mencabar, lama betul nak selesaikan jawapannya but at last we won.


Senaman pagi seawal jam 7.00. Memang sangat fresh udara segar ni. Tak seperti di Pasir Gudang. Saya ada rumah, rumah saya besar........it was fun. Mengajar kita alert dengan arahan yang diberi.


Posing lagi lepas senaman pagi.

 
Nice post.

 
Sesi photografi members of the day. Alamak kecilnya tak nampaklah.

 
Malam acara yang sangat dinanti-nantikan. Annual dinner dan tentulah lucky draw yang ditunggu. First prize milik Samari. Dinner dibuat di D'Rimba Resort, Mersing concept barbeque. Dari Mersing Beach Resort ke sini memakan masa 1/2 jam. Kelakar sungguh naik bas sekolah. Hai dah lama tak naik bas sekolah kan janji selamat sampai.


Hey Ladies.....bak senikata lagu Rossa. Ladies of the night. Senyum sokmo gitu. Meja VIP milik kita.

 
Hey guys....opps takdalah senikatanya. Rossa belum ada lirik lagi. Melantak sakan. Makanan sedap but cepat full so tak boleh nak makan banyak.

 
Nilah calon Sherwin idol dan pemenangnya Nurul(bertudung biru). High pitch sampai tokeh D'Rimba Resort request one more song. Second song, Jerat Perciataan by Siti Nurhaliza, best gila. Relax je dia nyanyi.

Monday, February 13, 2012

Mersing Team Building 4/2/12 - Day 1

Dah 4 tahun tidak ada company trip, last ialah di Glory Beach Resort, Port Dickson je. Tup! Tup tahun ni ada tapi dekat je lah Sri Mersing nama di beri. Company trip ni main event is Team Building di Mersing Beach Resort. Seramai 75 orang telah bergerak ke Mersing menaiki 2 bas persiaran. Seawal jam 6.30 pagi hari Sabtu 5/2/12 semua sudah berkumpul. Dibekalkan air mineral 2 botol besar , ya ampun beratnya dan sekeping roti hot dog untuk alas perut. Perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam dari Pasir Gudang. 


Landmark pertama untuk ke Mersing Beach Resort, sawah padi menghijau yang sangat cantik. Ditambah dengan kepulan awan biru yang sangat mendamaikan.


Sesampai je ramai yang berlegar-legar sambil menunggu sarapan siap.

Bersebelahan Mersing Beach Resort ialah Air Papan Beach Resort. Actually dua-dua resort ni ada pertalian. Team building berlangsung di dewan yang dimiliki oleh Air Papan Beach Resort.

Bilik-bilik hotel yang ada di sini.

Hotel yang mengadap laut - Seaview.

Bilik + toilet yang luas. Swimming pool boleh tahan besar juga.

Pemandangan di tepi laut.

Pantai yang berombak besar. Masa ni angin kuat dan ombak tinggi. Tidak sesuai untuk mandi laut.

Pemandangan di sekitar pantai.

Posing sebelum bermulanya team building.

Makanan catering. Buffet style. Yang best sambal belacan + ikan kering + ulam sentiasa ada. Nasib baik sedap tapi airnya terlalu manislah.

Alamak cam kenduri kahwin je , al maklumlah makan bawah khemah. Open air diiringi angin sepoi sepoi bahasa.

Belalang ni hot spot. Ramai photographer yang sibuk aim kat depa ni. Buat apa tu? Yang bestnya pak belalang ni so sporting, tak gerak-gerak.

Sesi berposing bermula sementara menunggu acara seterusnya. Sekali sekala mak mak orang ni terlepas, berposing sakan lah apa lagi.

Petang ada break sekejap ramai yang berendam. Ni aksi terhebat Cik Su, kita ni. Betul-betul terror. Nasib tak tergeliat. Photo ni dishoot oleh my boss, KC. Swimming pool ni letaknya di Air Papan Beach Resort.

Saturday, February 11, 2012

Lala daun selasih

Ternampak lala ni kat kedai depan, fresh lagi sebab ada yang hidup. Sekilo hargnya RM6.00. Belilah sedikit untuk dimasak. Terserempak dengan jiran katanya ni adalah lokan tapi pekedai kata lala. So jumpa lagi benda ni kat pasar tani dan kata penjual ialah lala so confirmlah selamat sikit. Bukan apa, ada sekali tu makan lokan masak rendang sedap sangat sampai tak ingat dunia , apalagi 1/2 jam lepas tu sakit kepala. Waduh tak tahannya. Tulah terpaksa berhati-hait. Tak nak pisang berbuah 2 kali. Nasib baik bawah ni lala.




Lala daun selasih

Semangkuk Lala
2 ulas bawang putih - dadu
1 biji bawang besar bersaiz kecil - dadu
1 biji cili merah - dadu
5 biji cili padi
1 inci halia - dadu
1 batang serai
1 sudu kecil sos tiram
garam secukup rasa
daun selasih secukupnya

Cara
1-Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah didadu halus.
2-Masukkan sos tiram + garam secukupnya.
3-Letak serai + cili padi + daun selasih.
4-Masukkan lala. Kaup balik sehingga lala masak. Apabila lala terbuka bermakna dah cukup masak. Kalau rasa kering sangat bolehlah letakkan sedikit air sahaja.
5-Siap untuk dihidangkan.

Thursday, February 9, 2012

Ros Kuning.......surprise

Ha ! Ha ! Ros kuning, cantiknya. Sekuntum saja yang menjadi. Hampir-hampir nak buang pokok bunga ros ni. Tiba-tiba keluar sekuntum bunga yang sangat cantik.







Hah! Nilah dia pokok yang dah togel tapi tiba-tiba mengeluarkan sekuntum bunga yang sangat cantik.

Memang togelkan pokok ni. Gara-gara si fungus. Semua daun terpaksa dibuang.

Tak jadi nak buang pokok ni. Walau berbunga sekuntum .

Tuesday, February 7, 2012

Makan-makan di Lereh, Melaka


Cuti Chinese New Year, lepas ke KL, singgah Seremban dan yang terakhir Melaka. Lepas penat berjalan, singgah makan tengahari di warung yang terletak di Lereh. Kalau dari bandar Melaka, warung ni terletak di sebelah kanan selepas Sekolah Kebangsaan Lereh. Nampak banner yang besar di bawah ni, tulah warungnya. Makanan kat sini is very simple takdalah nasi campur.


Banner yang sangat besar, sure semua orang boleh nampak.

Nilah warungnya.

Antara menu yang ada di sini.

Coconut milk shake ni ok je tapi kat Caltex, Klebang Besar still the best.

 ABC ni menggoda.

Mee gorengnya sedap.

Kueh teow goreng simple. Satu benda yang banyak terdapat dalam hidangan ni ialah kerang.

Nasi lemak sedap tapi sambal tak mengancam.

Sate secucuk RM0.60, bolehlah tapi keras sikit untuk dagingnya.

Anyway enjoy eating. Mencuba untuk mencari kepuasan.

Lepas makan, acara seterusnya ke muzium kapal selam yang terletak di Pantaai Klebang. Nak masuk kena bayar RM1.00 seorang tapi boleh lihat bahagian luar sahaja. Belum siap sepenuhnya.


Memang besar dan panjang kapal selam ni.

Dulunya lautan pasir ni adalah laut tapi telah ditambak. Akhirnya sudah tidak ada pantai di Klebang Besar ni. Nak pergi ke hujung baru jumpa laut. Di sini memang sangat sesuai bermain layang-layang sebab kawasan lapang yang banyak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...