Soon is going to Raya....today is 26 Ramadan .......sempat buat 3 jenis biskut je for this raya.....rasanya bulan puasa kali ni agak pantas berlalu.....masa suntuk. Tambahna pula makin berumur ni tahap kepenatan tu agak tinggi.....
This cookies memang sedap....
Antara bahan yang diperlukan ....Pretzels tu boleh tahan mahal juga harganya.....beli 2 pack as I need to do 2 adunan sekali...
Pretzels tu ada yang diblend dan dipatah patahkan...
Salty pretzels ni jenis drop cookies....senang nak buat tak payah nak menerap bagai...cekup dan bulat bulatkan je...
Letak atas redai untuk mempercepatkan proses penyejukan cookies ni...
Salty pretzels cookies ni memang kegemaran ramai...
Tahun ini cokies dough saya ni sangat lembut.....Thanks to Kak Rima Bisousatoi yang share this resepi. Masuk ni dah 3 tahun berturut saya membuat cookies ni, Boleh klik SINI dan SINI untuk lihat entri yang lepas.
Bila makan tergigit pretzels yang rasanya masin sedikit dan coklat Hersheys yang lemak tu ...oh..memang it blends very well..
SALTY PRETZEL COOKIES
Source :Bisousatoi
by Carey Jones n Robyn Lenzi
Bahan
125 g tepung gandum
2 sudu besar malted milk powder - boleh guna horlicks
1/2 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam - saya tak letak
185 g mini pretzels
170 g gula kastor
130 g dark brown sugar - saya guna yang biasa saja
1 biji telor medium saiz
170 g chocolate chips
Cara
- Panaskan oven 180 darjah - saya guna 120 darjah. Ikut oven masing masing ya.
- Satukan tepung, malted milk powder atau horlicks, garam dan bikarbonat soda - gaul rata.
- Mesin kering 85 g pretzels sehingga menjadi serbuk dan tambah ke dalam mangkuk tepung tadi. Kacau rata.
- Racik 100 g pretzels tadi pada kepingan yang kecil kecil.
- Dalam stand mixer, pukul butter , gula kastor dan brown sugar pada kelajuan medium. Masukkan telor dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga semua bersatu. Masukkan tepung tadi dan kaup balik dengan spatula atau senduk kayu. Letakkan chocolate chips dan pretzels yang telah diracik tadi. Kaup balik adunan. Adunan mestilah lembut dan tidak keras.
-Ambil sedikit dan letakkan dalam loyang. Sedikit saja ya sebab adunan ni akan mengembang. Bakar selama 20 minit sehingga biskut masak.

NOTA : Resepi di atas untuk satu adunan sahaja. Selalunya saya buat 2 adunan. Dapatlah bagi mak dan mertua seorang sebotol. Cookies ni boleh dapat banyak juga.