Sunday, August 23, 2015

Harum Sundal Malam namanya....menakutkan

Bila mendengarkan namanya memang sangat menakutkan....Pokok ni namanya Harum Sundal Malam.....as usual beli kat pasar tani....
 

 
Bunga ni cantik dan berbau sangat harum.
 
 
 

 Bila bunga jenis yang berbau harum.....bunganya tak tahan lama.
 
 
Bunga jenis bergugus kelompok...
 

 Masa ni baru beli belum sempat salin dalam pasu besar atau nak ditanam di tanah


Thursday, August 20, 2015

Brownies blueberries cream cheese...

Terima Kasih to Diana for ordering this Brownies Blueberries cream cheese.
 
Size 10 " x 10".
 
 


Blueberriesnya tak berapa nak nampak sebab dah termasuk ke dalam.



Bila makan brownies ni ada rasa masam dari blueberies, pahit dari koko dan manis masam dari cream cheesenya.......memang best......glad that Diana and the gang like this brownies...
 


Monday, August 10, 2015

Loving my Damask....

 Damask ni memang setia dengan saya.Saya ada 2 pokok yang ditanam dalam pasu. Sangat subur.
 
 
 Damask ni adalah jenis kampung.
 
 
Sangat rajin berbunga.


Bau pun sangat harum.


Bila kembang bergugus sangat cantik.
 
 
 

Pernah satu ketika berputik sebayak 20 kuntum. Masa tu memang sangat seronok.
 
 

Bila bau wangi , bunganya tak berapa tahan lama.
 



Will always be my favourite.
 
 

Damask ni jenis shrub tapi pokok ni meninggi juga.
 
 
 

Damask ni pandang tak jemu.


Wednesday, August 5, 2015

Congo bars for Diana raya gathering...

Thanks for ordering congo bars ni ya Diana. Its for her raya gathering at office.


This time letak banyak choc chips...
 
 
 

This congo bars taste good. Ramai yang sukakan rasanya.
 
 
 

Size 10" x 10"
 


Durian oh durian....

Yesza....musim durian datang lagi.....makan time.....saya dan hubby memang kemaruk durian....kalau jumpa tepi jalan mesti nak berhenti dan cuba. Baru baru ni balik kampung Seremban, sempat singgah gerai durian ni...
 
 
Ni musang king . Harga RM18.00 sekilo...Rasanya memang sedap...
 
 

Yang ni fisrt time rasa...durian teka namanya...pun sekilo RM18.00....rasanya pun sedap...
 
 

Beli 2 biji makan 2 orang je.....the kids tak minat sangat...makan kat situ jugak...
 
 

Tengok ni memang menarik tertarik....petai tu RM5.00 untuk 4 papan. Crunchy petainya. Tempoyak naik harga....rasanya dulu beli kat sini RM12.00 sekarang sudah jadi RM15.00.

Tuesday, August 4, 2015

Congo bars for Diana friend...

 Done Congo bars for Diana friend. Thank your for ordering.


Dibuat menggunakan brown sugar and lots of choc chips in it....
 

 
Ramai yang suka congo bars ni sebab ianya simple tuk di munch munch....dan pasti rasanya sangat sedap....

Thursday, July 23, 2015

Lemon Poppy Seeds Cookies

Masih ada ke lagi mood raya. Dah 8 syawal hari ni . Sekejap je kan. Tahun ni memang tak banyak buat biskut raya tapi dalam tak banyak tu adalah juga 6 jenis. 
 
 
Ni biskut Lemon Poppy Seed namanya. Thanks to Kak Rima dari blog bisousatoi yang sudi share resepi.
 
 

Biskut ni menggunakan perahan jus lemon dan juga parutan kulit lemon. So aroma lemon tu memang sangat sedap baunya.
 
 

Tak perlu menggunakan acuan, ambil doh dan bulat bulatkan terus dileperkan dengan tangan je. Senang sesangat.
 
 

Poppy seed tu sebenarnya tak de rasa.......cuma nampak cantik je berbintik bintik bila dicampur pada adunan tepung.
 
 
 

Minum petang bersama a cup of coffee memang sedap....ditambah demgan aroma lemon dari biskut ni memang sangat sedap...
 
 
 

As a trial saya buat satu adunan je......tak berapa muai sangat so next year kena buat 2 adunan and you must use pure butter baru sedap aromanya.
 

 
LEMON POPPY SEEDS COOKIES
Source : Bisousatoi
Main    : Janessweet
 
Bahan
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cream of tartar
1/8 sudu kecil garam
1/2 cawan butter - unsalted and softened                 } saya guna 250 g butter - salted
1/2 cawan vegetable shortening - saya guna butter. }
1 cawan gula kastor
1 biji telor size A
1 sudu kecil vanilla
1 sudu teh lemon extract - tak letak
2 sudu besar fresh lemon juice
1  1/2 sudu teh parutan kulit lemon yang fresh
2  1/2 sudu besar poppy seeds

Cara
-Masukkan tepung gandum, baking soda, cream of tartar dan garam jika menggunakan unsalted butter ke dalam mangkuk. Ketepikan.
-Dalam mixing bowl yang lain, masukkan butter , shortening dan gula , pukul pada kadar sederhana dalam 2 minit.
-Masukkan vanilla dan lemon extracts, lemon juice dan parutan kulit lemon, satukan semuanya dalam adunan butter tadi.
-Pada kadar speed yang slow, masukkan 1/3 bahan kering yang telah diasingkan tadi kecuali poppy seeds.
-Selepas satukan baru masukkan poppy seeds dan boleh masukkan baki adunan tepung tadi. Jangan terlebih mix.
-Balut adunan dengan plastic wrap dan masukkan ke dalam fridge selama 20 minit.
-Keluarkan , bentuk bulat bulat dan leperkan dengan tangan. Jangan besar sangat sebab biskut ni akan kembang sedikit.
-Bakar sehingga masak ikut oven masing masing. Kalau nak garing boleh lebihkan masa untuk membakarnya
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...