Sunday, June 12, 2016

Sambal Belacan Mangga Yang Pedas Tapi Sedap...



Sambal belacan memang my favourite....especially kalau dimakan dengan lauk kari atau masak lemak. Tak sah kalau tak de sambal belacan.


Kebetulan   ada sebiji mangga muda...hiris hiris gaul sedikit dengan sambal belacan memang meletup.
Tumbuk jangan tak tumbuk....kalau guna blender tak sedap sebab akan berair ....boleh try guna blender yang kering tu but I still prefer lesung batu ni....traditional way....kelentang kelentung...



Makan ni dengan nasi panas dan telor mata kerbau sekeping...mak mertua lalu tepi pun tak nampak...


SAMBAL BELACAN MANGGA
Source : Sweetiesaqi , follow at IG # sweetiesaqi_kitchen


Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
3 cm belacan
mangga secukupnya
sedikit gula



Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali mangga dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak mangga ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik. Mangga tu jangan tumbuk halus sangat biarkan kasar sedikit
Sedia untuk dihidangkan



Thursday, June 9, 2016

Warung Siput Sedul Wak Dol .....nyum ..nyum...

Pada bulan Februari '16 , kami lunch kat Warung siput sedut wak dol bersama my cousins, introducing them to new tempat makan as they are new in JB. Warung siput sedut ni saya pun jarang jarang pergi.....


Nilah herinya ...si siput sedut...nak masak sendiri alahai malasnya nak membersihkan segala Tanah liat tu dan nak membuang buntutnya...tak sanggup rasanya......sebenarnya siput sedut ni tak de rasa pun...yang jadi best tu ialah proses menyedut dia tu...he..he...


Ikan siakap bakar dengan bumbunya.....sedap...


Ada juga ikan siakap goreng kunyit....cicahlah dengan air asam ke kicap ke pun best gak...


Ulam ulaman pun banyak....ada botok botok juga...tu yang dalam daun pisang bungkus macam lepat tu lah botok botok..


Menariknya ikan keli sambal ni..


Antara lauk yang dijual. Lauk kat sini tak banyak sebenarnya.


Ikan kering dan tahu goreng...


As usual my plate..



Asam pedas tu makan dengan sambal bealacan dia memang sedap...Ini aje lauk yang biasanya kami ambil kalau makan kat sini...


Warung ni memang menjadi tumpuan orang ramai.....Orang dari Singapura pun pandai cari warung ni...so silalah datang awal ke sini ya....selalunya pukul 11.30 saya dah sampai sini....lagi satu parking kat sini pun susah sikit....kena parking tepi jalan...tepi rumah orang. Boleh klik SINI untuk lihat entri kat warung ni lagi...Sila maklum hari Jumaat warung ni tutup ya...


Cik AD yang sweet sangat...

This is one of my favourite roses...Cik AD.....



Masa opening ni memang sangat cantik...



See the curl kat tengah tu memang cantik...



Cik AD ni memang banyak lapis...



Kelopak dia not to soft....smell pun very mild..



Awesome curl. My forever favourite roses......

Wednesday, June 8, 2016

Rendang Daging Cili Padi Pedas...Pedas...

Hu...hu...lama tol rendang ni duk dalam  draft....nak setahun dah....apa nak buat tak punya masa yang cukup untuk keluarkan entri ni......nak mengarang ayat memanglah tak pandai...so my blog semuanya ayat ayat pendek....not good in penulisan actually....just love to share the photo...
..



Rendang cili padi yang senang nak buat ...saya kurang gemar rendang yang banyak rempah sebab cepat muak...rendang ni pun tak pakai minyak....semua main lebur je dalam kuali.....senang...
   
Masak rending ni senang je sebab labor or masukkan je semua bahan dalam kuali...





Dah siap rendangnya ...bolehlah tabor hirisan daun limau purut..






Lepas masukkan daun limau purut dan serai yang banyak tu membuatkan bau rending ni sangat harum....



RENDANG DAGING CILI PADI PEDAS
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
1 kg daging
cili padi segenggam....nak pedas lebih kan lagi - blend
1 biji bawang besar  }
5 biji bawang putih  }
2 batang serai           }  semua ni blend dengan air 
2 cm lengkuas          }
2 cm halia                 }
2 cm kunyit              }
1 sudu kecil kerisik 
2 batang serai diketuk
daun limau purt 3 helai
daun limau purut 2 helai - dihiris halus
1 keping asam keping
1 kotak kecil santan  + 1 kotak air (guna kotak santan tadi)
garam dan gula secukup rasa

Cara

Masukkan semua bahan yang telah diblend ke dalam kuali.
Masukkan daging, serai yang diketuk dan asam keping.
Masak hingga mendidih dan daging agak kecut sedikit.
Masukkan santan kotak dan air. Letak kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Didihkan sehingga daging empuk dan sehingga menjadi kering sedikit.
Last sekali masukkan daun limau purut.
Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun limau purut.





Pavlova Cik Maria...

Pavlova order dari Cik Maria my officemate. Thank your for ordering.


Buat base saja tak perlu nak assemble.


Got the right texture rasanya....he..he..


Siap for delivery ....nanti Cik Maria make up kan dia...the fruits also given to her to decorate.
Kalau deco awal taku cair tak cantik.


So ni lah dia pavlova after di make over by Cik Maria....Tq again for ordering.


Monday, June 6, 2016

Ikan Kembong Sumbat yang simple...

Lama tak makan ikan sumbat goreng....selalu beli aje. Tetiba mood nak menyumbat datang ...he...he..


Guna ikan kembong je...biasanya kat kedai orang guna ikan jaket atau cencaru.


Sebelum digoreng....Nampak cantik ....dah goreng....gelap sikit warnanya....masa dah siap macam kat atas tu....sapu telor kat bahagian kelapa tu supaya kelapa dan isi yang lain tu tak terkeluar bila kita menggoreng.


IKAN KEMBONG SUMBAT GORENG
Source : Sweetiesaqi-kitchen at IG :#sweetiesaqi_kitchen


Bahan
2 ekor ikan kembong / cencaru - dilumur dengan kunyit dan garam
1 biji bawang besar didadu
2 biji bawang putih didadu
1 sudu besar cili kering yang dah dikisar
1 batang serai dihiris
1 helai daun limau purut hiris halus
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 biji limau sambal ( limau yang kecil tu.boleh guna sebiji jika suka masam)
garam dan gula secukup rasa
sedikit lada sulah
1/2 sudu sos tiram
telor 1 biji
minyak untuk menggoreng

Cara
- Bersihkan ikan dan dilumur dengan kunyit serbuk dan garam. Belah bahagin atas untuk menyumbat isinya.
-Dalam mangkuk masukkan kelapa + bawang besar + bawang putih + serai + daun limau purut + cili yang dikisar + garam gula + lada sulah + sos tiram + perahan limau sambal 1/2 atau sebjij = gaul rata semuanya.
-Ambil inti yang dah dibuat tu sumbat pada bahagian atas ikan sepenuhnya.
-Pecahkan sebiji telor dan kocok sedikit. Sapukan di bahagin inti yang disumbat.
-Lepas tu boleh goreng dalam minyak yang banyak. Api jangan besar sangat.
-Bila dah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.


Birthday Kek Qilah 8thn....DFCC...

Kek chocolate nan satu ni saya buat sempena birthday my 2nd daughter Qilah....yang ke 8 tahun. Wah that was last year....lamanya nak keluarkan entri ni....

Selalu tengok famous bakers buat kek yang deconya ala ala begini so saya pun teringin nak buat....maka bermulalah imaginasi itu...


Menggunakan biskut Rocky saja.....banyak juga yang diperlukan untuk membuat susunan keliling kek ni....more than 3 kotak...


Kek ni bersize 6" so senang sikit nak susun biskut Rocky ni....


Kat atas tu letaklah segala jenis macam chocolate...kids tengok memanglah dia suka....


Love to take photo...tu yang berlambak photo sampai tak tahu yang mana satu nak pilih..


One piece of the cake...actually yang tengah tu ada cerita....kek tu mendap ....so bila potong ada macam lubang kat tengah so saya sumbat dengan strawberry tu...Nampak macam art sikit..he..he..


Rasa tak nak makan kek ni pun ada...nak buat perhiasan...


Dah cut sepotong baru nak ambil photo guna handphone yang lagi satu.....my handphone tak berapa cantik....


Hmm....look so sedap....chocolate tu lah yang habis dulu kena ngap.....resepi can klik SINI. Saya guna Devils Food Chocolate Cake resepi...cuma yang ni no cream cheese topping lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...