Mana nak makan tengahari kat Johor ni ya.......office mate suggest warung wak dol atau warung siput sedut lemak cilipadi. Boleh cuba ni, lepas tanya location weekend tu pun ekspedisi mencari dan mencuba tempat baru. Senang je nak cari warung ni. Kalau dari highway Pasir Gudang menghala ke Plaza Angsana, sampai flyover simpang empat tu pusing kanan terus hingga akhir dan belok kiri, terus je nanti jumpalah warung ni belah kiri.
Kat sini lauk tak banyak tapi main item is ikan bakar + siput sedut + masak asam + sambal belacan + ulam. Kenalah RM64.00 untuk makan tengahari tu. Ikan siakap goreng kosong je ni harga dia sekor RM30.00 tau............. Nasib baik masak asam dan sambal belacan sedap. Kicap tu biasa je....kicap kosong yang diletak bawang bersama limau.
Ulam-ulaman + botok (ikan yang disteam dengan rempah)
Tu dia seput sedut yang sedai menanti untuk disedut......................Siput sedut lemak cili padi ni taklah pedas sangat......semangkuk RM5.00 tapi semangkuk sikitlah tak cukup.
Sedapnya.....makan lauk begini.....bersama ikan kering....
Ikan bakar siakap yang special sikit sebab ada bumbu.....ada juga ikan cencaru bakar....
Kali ni ambil asam pedas ikan pari....tak da ikan sembilang pulak hari ni.....
Nilah warungnya. Datanglah awal sikit, kalau kul 12 tengahari memang penuh warung ni. Warung Wak Dol ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat.
No comments:
Post a Comment