Tuesday, June 11, 2013

Baja dari Sungai Petani.......

Tu dia baja dah sampai ......nun jauh dari utara asalnya.......demi ros apa pun sanggup dilakukan.....Try to get the best baja yang suites the roses. Dalam banyak banyak baja yang digunakan so far, ni lah baja yang paling memuaskan hati saya di samping Ros Care dari Honey Bee World Trade. Thanks to Kak Anita Abdul yang sudi berkongsi rahsia pokok rosnya segar bugar dan mengeluarkan bunga yang sangat cantik....


Dipack dalam botol ubat saja.....Ada 2 jenis... satu  untuk daun dan satu lagi untuk bunga. Yang tak tahan harganya saja......memang mahal tapi berbaloi baloi hasilnya. Baja ni perlu disiram pada waktu malam so setiap hari jam 8 malam saya akan spray baja ni to all my roses selama 7 malam berturut-turut. Nasib baik 1 liter bancuhan baja ni dengan air cukup untuk semua roses saya.


90 ml je setiap satu  botol......bayangkan kalau kita ada banyak pokok roses.....2 botol ni tak cukup. Boleh juga guna baja foliar yang warna hijau dibancuh dengan air. Senang didapati di mana mana pasaraya TESCO dan Giant. Tapi saya belum cuba lagi guna foliar ni.....beli dah cuba belum....he...he...


Ta....da.....nilah hasil penat lelah saya menyembur selama 7 malam berturut-turut....memang sangat berbaloi-baloi......hasil sungguh mengagumkan...keluar daun dengan banyak dan segar bugar.....boleh buat teknik pinching sebanyak 3 cycle untuk mengeluarkan lebih banyak pucuk.....


Ni lagi roses saya yang tengah mabuk daun.....pinch ....pinch jangan tak pinch kasi pucuk muda keluar dengan banyaknya. Setakat ni saya masih belum guna baja yang untuk bunga lagi. Nak kasi roses saya ni mabuk daun dulu dah segar baru boleh spray yang untuk bunga punya...

2 comments:

  1. salam.. akak blh bagi details kat mana akak beli baja ni? saya berminat :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...