So sampai masa pada 9/5/13 Khamis, semua staff berkumpul kat office sebelum berangkat ke Sibu Island Resort, Johor. Ambil bekalan masing masing apa yang patut. Roti dan air je.
Sebelum bertolak, biasalah sesi bergambar sana sini. Sampai kat Tanjung Leman jeti perut dah berbunyi, pekena karipap sikit. 1st group yang dapat naik feri dulu. Lega. Feri tak besar so kena buat 2 trip.
Sampai kat jeti Sibu Island Resort. Cantik air laut kat sini. Kalau dah nama pulau mestilah cantik perairannya kan.
Signboard dan reception Sibu Island Resort.
Yes, here we are. Tu Uncle Vergel sibuk nak menyelit juga.
Banyak binatang , boleh panggil mini zoo tapi semuanya dibiar bersepah jalan sendiri. Burung merak kat sebelah atas kiri tu susah betul nak ambil photonya.....snap kali ketiga baru dapat snap yang cantik. Dahlah menjelma pada wak Maghrib......lepas tu depan bilik saya pulak tu. Terkejut sekejap.....
Lunch memang banyak varieites nampak menarik. There goes my diet..........first sekali nampak daging salai masak lemak tu........
Dessert yang sangat menggoda.
Lepas makan check in bilik. Bilik pulak tu letak kat atas bukit fuh jauhnya. Bilik ni kecil je tak besar mana pun. Sinki pun letak kat luar.
Team building kali ni is the best dalam masa 13 tahun ni. Tajuk training ialah High Performance Team - Raise The Bar dan trainernya ialah dari EFR Management , Cik Edli. Tak de can nak buat tahi mata sebab semua aktiviti luar. Petang tu ada volleyball and futsal. Malam dibawa melawat sekitar pulau sambil menjawab soalan quiz. Dapat tengok blue sand. Blue sand ni sejenis binatang sebenarnya yang mengeluarkan cahaya tapi tak boleh diambil gambar tak nampak apa apa. Halus je blue sand ni. So tamatlah day 1 aktiviti.
No comments:
Post a Comment