Thursday, June 13, 2013

Sibu Island Resort....Johor

Pejam celik pejam celik dah sampai masanya nak ke Sibu Island Resort sebab ada team building dari 9- 11/5/13. Dah lama tak ada trip jauh jauh ni. Lagi satu break record buat pertama kalinya team building dibuat pada waktu hari bekerja. Dapatlah rehat pada hujung minggu. Perjalanan ke Sibu Island dari Pasir Gudang lebih kurang 2 1/2 jam. Nak sampai ke feri terminal di Tanjung Leman tu dah 2 jam. Naik feri dalam 1/2 jam je. Nasib dekat.

 
Dah sampai Sibu Island Resort.

Lautnya kat jeti ni memang cantik. Ada banyak ikan kat bawah tu.


Cantik pemandangan ni kan.


Pulau Sibu ni tak didiami oleh manusia maknanya tak da perkampungan. Yang ada pekerja dan pengunjung pulau saja. Rumput menghijau.


Pantai di bahagian lain pulau.


Chalet yang terdapat di sini. Sayangnya saya dapat chalet di atas bukit, jenuh nak memanjat. Pulau ni memang sangat sunyi.


Bilik kami. Taklah besar sangat . Chalet ni dah lama so memang ada sikit baulah. Bilik ni kecil sampai sinki pun letak di luar. 


Swimming pool memang besar.


Rusa ni main attraction. Seronok tengok rusa jinak ni makan. Rusa ni memang berkeliaran di sekeliling pulau. Besepah sepah.


Ala ala mini zoo pun ada. Banyak burung merak , ayam , ayam belanda dan lain lain lagi.


Aktiviti yang ada Sibu Island ni flying fox dan time hour glass. Ngeri tengok time hour glass ni, tinggi.


Nilah the Royal Suit kepunyaan Sultan Johor.


Cantik pemandangan kat sini.


Laut di bahagian belakang pulau mengadap Royal Suite. Ada ikan jugalah tapi tak banyak sangat. 


Beraneka dessert/pemanis mulut. Nampaka cantik kan.....rasa......biasa biasa je lah....


Tahu tak apa ni? Nilah jelly fish atau obor obor. Memamg macam jelly lembik. Tapi sengatnya berbisa gila. So check out musim jelly fish ya......masa kami sampai masih banyak lagi jelly fish berkeliaran so nak pergi snorkling pun terpaksa batalkan. Yang atas belah kanan tu ialah dead coral.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...