Sunday, March 18, 2012

Fresh Blueberries Cheese Cake

Blueberries beli dah lama, tapi tak buat apa-apa. Sebelum blueberries ni berair, baiklah buat sesuatu. Dapatlah resepi si Rachel Allen ni. Senang nak buat, apa lagi start baking.

Blueberries timbul-timbul.

Rasanya memang sedap. Boleh makan dengan banyaknya. Pure cream cheese dengan telor. Tu yang jadi warna kuning.


Fresh blueberries + biskut.
Cari biskut digestive out of stock so cuba je lah pakai biskut Duchess dari Hwa Thai. 1 packet RM1.90. Blueberries ni al-maklumlah memang mahal, satu packet kecil RM10.90.


Bake menggunakan teknik water bath. Takut cheese cake ni hangus or crack di bahagian atas. Tapi tengok kat TV ramai popular chef  seperti Barefoot Contessa tak pakai teknik ni, main bake dalam oven direct je. Teknik water bath ni , loyang cheesecake ( mestilah dibalut dengan aluminium foil dulu ) di letakkan di dalam loyang yang berisi air panas. Air panas ukurannya setengah dari loyang cheesecake.

Geram tengok blueberries ni.

Yummy.....yummy....!!!!!! Simply delicious...



Fresh Blueberries Cheese Cake
Source : Rachel Allen

175g (6oz) digestive biscuits - i guna biskut duchess dalam 1 1/2 packet
75g (3oz) butter, melted
175g (6oz) blueberries, plus extra for decorating
450g (16oz) cream cheese - i guna 540g tatura
150g (5oz) caster sugar
1 tsp vanilla extract
4 eggs, lightly beaten
1 sudu besar lemon - i tambah

Loyang : 24cm (91/2in) diameter spring-form/loose-bottomed tin

Cara
1-Loyang disapukan dengan butter. Ambil biskut dan masukkan ke dalam blender kering, kisar hingga halus. Boleh juga masukkan biskut dalam plastik bag dan di hancur-hancurkan dengan menggunakan objek yang keras.
2-Campurkan biskut dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam loyang dan di ratakan dengan mampat. Letak beberapa biji blueberries di dalamnya dan masukkan loyang ke dalam peti ais.
3-Pukul cream cheese, gula, vanilla dan telor dalam mangkuk sehingga kembang sedikit. Masukkan ke dalam loyang berisi biskut tadi dan taburkan dengan fresh blueberries. Bakar selama 40 minit menggunakan teknik water bath pada suhu 140darjah. Mengikut oven masing-masing.
4-Bila telah masak , jangan keluarkan serta merta, biarkan dalam oven sambil membuka sedikit pintu oven. Selepas 15 minit bolehlah dikeluarkan. Dengan menggunaka pisau atau scrapper longgarkan sekeliling kek. Setelah itu bolehlah disimpan dalam peti ais selama 2 jam. Kalau rasa tak tahan nak makan bolehlah makan terus tapi lagi sedap makan bila cheesecake ni dalam keadaan sejuk.




Tuesday, March 13, 2012

Pink Roses si mawar kampung

Pokok bunga ros merah jambu ni sentiasa berbunga. Tu yang seronok snap photo. Setiap kali berlainan posisi. Pokok ni ada sepasu sahaja. Kena tanam lagi dalam pasu lain sebab pokok ni memang rajin berbunga. Dah nama mawar kampung memang senang nak hidup tak macam ros kacukan lain. Susah nak berbunga. Masa mula mula beli memang cantik tapi bila kali kedua berbunga tidak secantik pertama kali.

This pink roses always bloom. Thats why i love to snap a lot of these roses photo. Everytime its a different angle. Almost all the photo taken is beautifull so i have a hard time choosing which is the best one. I planted this in one pot only so i think i have to plant it in another pot. This pink roses is very easy to grow as compared to the hybrid ones.


Photo ni diambil selepas ros ni disiram air bukan selepas waktu hujan.
Photo taken after raining.

 
Warna yang sangat lembut.
Love the soft colour.




Pokok ni ditanam dalam pasu sederhana besar.
Planted in a medium size pot.




Berputik banyak tapi tak berapa menjadi. Kalau dah keluar warna coklat tepi putik tu maknanya ros tu tak boleh nak kembang sangat dan mungkin tidak akan mengembang.
The buds is a lot but it doesn't open very well. If the colour turn choclatish a bit means either the roses will open up or it wont.


Lovely



Beautifull.

Monday, March 12, 2012

Popiah Goreng.....

Hem...nak makan apa ya petang ni. Ha...ha.. sengkuang ada, lobak ada so apalagi jom buat popiahlah. Inti popiah ni boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing ya. Yang penting mesti ada udang kering barulah aroma tu naik bila kita menumis. Untuk anak-anakku, biasalah terpaksa ubah sikit intinya = telor + cendawan shitake + ketam ( isi ketam yang dipack panjang-panjang tu, tak tahulah apa namanya).


Isinya healthy tapi kulitnya taklah sebab kena deep fried.





Popiah goreng di petang hari sambil ditemani secawan teh o panas. Oh! Segarnya.




Popiah kalau tak da kuah cili memang tak sedap.


Lovely popiah collage.


Popiah Goreng

1 biji sengkuang yang kecil - disagat
1 batang lobak - disagat
4 sudu besar kacang peas hijau
6 keping cendawan shitake - dipotong panjang panjang/ dadu
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam  & gula secukupnya
kulit popiah secukupnya

Cara:
1-Tumis bawang merah + bawang putih + udang kering yang telah di tumbuk hingga naik aroma.
2-Masukkan lobak, agak agak dah lecur sikit baru masukkan sengkuang + cendawan + kacang peas hijau.
3-Gaul rata sebati, masukkan sos tiram , garam & gula secukupnya.
4-Ambil kulit popiah dan letakkan inti yang telah siap dimasak. Balut inti dan lekatkan dengan air di hujungnya.
5-Panaskan minyak dan goreng secara deep fried.(minyak penuh).
6-Mesti dimakan panas-panas.

Kuah cili

3 sudu besar cili kering kisar
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar air asam jawa ( saya guna apple cider)
air secukupnya
gula secukupnya

Cara
1-Letakkan cili + bawang putih + air asam jawa + air secukupnya.
2-Biar mendidih baru masukkan gula.
3-Ikutlah citarasa masing-masing, nak masam , pedas atau manis.

Sunday, March 11, 2012

Portulaca Grandiflora kelopak besar ( big petals )

Sampailah kepada jenis portulaca grandiflora yang ketiga ni yang berkelopak besar di tamanku. Ada 3 warna semuanya iaitu merah jambu gelap, putih dan campuran merah jambu dan putih. Nak tanam pun sangat senang, hanya patahkan batang dan cucuk ke dalam tanah sahaja.

Now this is the third type of portulaca grandiflora in my garden. It has 3 colours = dark pink, white & pink + white. Very simple to plant them, just cut the stem and put inside the soil. Let it grow.

Merah jambu pekat.
Dark pink



Kombinasi merah jambu + putih. Cantik.
Nice combination = white + pink


Putih menawan.






Nampak seperti cawan dari atas.
Looks like cup from above.









Tumpang kat pasu pokok lain.
Just plant in pots which have other trees. They really can grow. Very easy.










Biasalah lebah-lebah ni memang suka menghisap madu pokok ni.
The bees really love these flowers.


Portulaca Grandiflora collage.

Wednesday, March 7, 2012

One layer Portulaca or Japanese Ros or Ros Jepun

Bunga ros jepun satu lapis ni memang senang nak tanam berbanding dengan yang banyak lapis. Tumbuh dengan segar. Geram tengok bunga dan batangnya yang subur. Setiap hari cuti, saya mesti mengambil photo pokok ni , banyak sangat photo yang diambil memeningkan kepala untuk buat pilihan pula. Hampir kesemua posisi menarik.

These Japanese Roses (JP) or Portulaca grandiflora easy to plant as compared to the layered one. It grow very healthy. Every Saturday & Sunday, i will take photo on this JR, a lot of photo taken until i have a hard time to choose since all the angle taken is beautifull.


Merah + Kuning Ros Jepun
Red + Yellow Japanese Roses




Merah Jambu yang gelap.
Dark pink.


Kuning bercampur jingga. Yang ni banyak lapis tapi daunnya sama dengan ros jepun satu layer. Susah nak dapat yang ni.
Yellow + orangy layered. This one the leaves is like one layered JR. A bit difficult to get this type.


Ros Jepun Putih. Sangat senang hidup.
White Japanes Roses. Very easy to grow.


Cara nak tanam senang je. Patahkan saja batangnya dan cucuk ke dalam tanah. Mudahkan.
To plant Japanese ros, just cut the stem and plant in the soil. Very simple.



Segar bugar.


Kembang setaman. Seawal jam 9 pagi pokok ni dah berbunga. Jam 2 ke 3 petang dah mula menguncup.
As early 9am it will open up and blooms and at 2-3pm it will close back.


Dari dekat merah jambu + putih

Kudup yang belum terbuka.
Buds yet to open.

Kudup dalam proses untuk mengembang. Suka sangat lihat yang warna merah jambu ni.
The buds in process to open up. I love to see the pink.

Collage Ros Jepun

Dah kembang mekar setaman, apalagi memang menjadi idaman sang lebahlah untuk menghisap madunya. Berpuluh-puluh ekor akan kelihatan sebaik sahaja bunga ni berkembang tapi taklah menakutkan.
When the flower opens up, a lot of bees will come around. Its just the small bees and lucky thing its not the type of bee that will attack people.


Betapa seronoknya lebah-lebah ni menghisap madu. Lepas satu-satu kuntuman. Puaslah tertonggek-tonggek nak apatkan posisi yang menarik. Lagi satu lebah ni bukannya tahu duduk diam, sekejap sana sekejap sini dah lah kamera ku tak canggih. Shutternya slow gila.
How lovely these bees flying from one japanese roses to the other. Not easy to take these phots. My camera is not that fantastic but at least i could snap some nice angle.







Sunday, March 4, 2012

Portulaca Grandiflora or Ros Jepun

Senyum sokmo, tahun ni ros jepun ku menjadi lagi. Sungguh segar daun dan bunganya. Rahsianya, siraman air ikan. Lepas siang ikan tu, air cucian ikan dan darahnya sekali disimpan. Nak lebih berkesan keesokan hari barulah disiram tapi baunya tak tahan jiran nanti. Cik Meow, meow pun suka datang dekat nanti. Kali ni ros jepun yang berlapis-lapis.  

My favourite portulaca is back. This year very tremendous, all planted and grow nicely. This time is the layered portulaca.


Ros jepun merah jambu berlapis.
Layered Sweet pinkish portulaca.


Warna kuning ni memang susah nak dapat.
This yellow colours difficult to get.

Ros Jepun warna putih.
White portulaca.

Ros jepun warna peach.
Peach portulaca.


Ni memang cantik. 2 warna pada satu bunga. Merah jambu + putih.
2 colours in one portulaca, pinkish + white.


Ros Jepun jingga. Yang ni pun susah nak dapat.
Orange portulaca, difficult to get.



Warna ni memang senang nak dapat dan boleh merebak dengan cepat.
This colour, dark pink easy to find and can grow very fast.


Lovely.


Bila bunga ni mengembang, banyaklah lebah yang akan datang menghisap madunya.
The bees will come when the flower opens up.

Tersangat subur.
Grow very healthy.




Kudup-kudup ros jepun.
The buds of portulaca.




Lovely collage.

Lovely collage to share.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...