Monday, March 12, 2012

Popiah Goreng.....

Hem...nak makan apa ya petang ni. Ha...ha.. sengkuang ada, lobak ada so apalagi jom buat popiahlah. Inti popiah ni boleh dipelbagaikan ikut cita rasa masing-masing ya. Yang penting mesti ada udang kering barulah aroma tu naik bila kita menumis. Untuk anak-anakku, biasalah terpaksa ubah sikit intinya = telor + cendawan shitake + ketam ( isi ketam yang dipack panjang-panjang tu, tak tahulah apa namanya).


Isinya healthy tapi kulitnya taklah sebab kena deep fried.





Popiah goreng di petang hari sambil ditemani secawan teh o panas. Oh! Segarnya.




Popiah kalau tak da kuah cili memang tak sedap.


Lovely popiah collage.


Popiah Goreng

1 biji sengkuang yang kecil - disagat
1 batang lobak - disagat
4 sudu besar kacang peas hijau
6 keping cendawan shitake - dipotong panjang panjang/ dadu
3 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
garam  & gula secukupnya
kulit popiah secukupnya

Cara:
1-Tumis bawang merah + bawang putih + udang kering yang telah di tumbuk hingga naik aroma.
2-Masukkan lobak, agak agak dah lecur sikit baru masukkan sengkuang + cendawan + kacang peas hijau.
3-Gaul rata sebati, masukkan sos tiram , garam & gula secukupnya.
4-Ambil kulit popiah dan letakkan inti yang telah siap dimasak. Balut inti dan lekatkan dengan air di hujungnya.
5-Panaskan minyak dan goreng secara deep fried.(minyak penuh).
6-Mesti dimakan panas-panas.

Kuah cili

3 sudu besar cili kering kisar
2 biji bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar air asam jawa ( saya guna apple cider)
air secukupnya
gula secukupnya

Cara
1-Letakkan cili + bawang putih + air asam jawa + air secukupnya.
2-Biar mendidih baru masukkan gula.
3-Ikutlah citarasa masing-masing, nak masam , pedas atau manis.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...