Sunday, March 25, 2012

Jelajah Anugerah Bintang Popular 2011 di Pasir Gudang

Jelajah Anugerah Bintang Popular singgah di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang, Johor hari ini pada 25/03/2012 (Ahad). Dapat tahu pun semasa menonton rancangan Melodi yang diwar -warkan oleh Zizan dan Dira. Kalau tak memang tak tahu pun sebab banner pun tak nampak. Lepas pergi majlis kenduri kahwin di lorong rumah ku terus ke kompleks , masa tu dalam pukul 2.15 petang. Sesampai di sana, fullamak al-maklumlah memang tak da parking punya, fully book. Terpaksalah keluar dan parking di pusat perdagangan, bunyi cam canggih tapi parking kat sini memang kosong sebab jauh dan kena jalan kaki. Tujuan asal ke sini bukanlah nak melihat jelajah ni cuma nak membeli alat tulis anak ku tapi tersangkutlah pulak dengan acara ni.





Macam biasa selautan manusia yang samggup berhimpit-himpit. 


Pengacara Leya, Along , Didie Alias & sorang lagi pengacara radio hot fm , tak taulah namanya.




Adam & the gang pembuka tirai. Memang best.


Tasha Shila + Ariel

 Stacy memang meletop. Power gila.



 Shila suara dia memang best. Tengah nyanyi lagu patah seribu tetiba minus one rosak, terus nyanyi lagu lain. Salutelah dia ni. Memang standby banyak lagu.


Nabil + Lisa Surihani yang comel.



Neelofa ni memang cantik.Terpesona melihat dia. 


 Memang ayu Neelofa ni, suara pun lemak. Sesuai sangat jadi pengacara NONA.



 Yana + Shahizy Sam

Sam + Yana 

Eh...eh...siapa ni. Nilah peneman setia. Dari pukul 2.45pm - 5.45pm. Ni muka ceria sebab awal lagi. Dah lama berasap. 

 Poster-poster sepanjang 25 tahun ABP.


Aksi-aksi Shila. Sorry lah, dapat tempat di tingkat 2, bahagian sisi. Tu yang gambar semua banyak dari arah sisi saja tapi salutelah to my NIKON Coolpix S8100 boleh zoom. Maka terhasillah photo-photo di atas.

 Aksi-aksi Lisa Surihani si pengantin baru yang baru pulang dari long honeymoon.


Neelofa........oh neelofa.......you are so beautifull. The only one yang dress up cantik begini. Tersangatlah sesuainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...