Thursday, April 28, 2011

Kuih Bakar Berlauk

This is one of my favourite kuih. 1st attempt terus jadi but keras sikit coz pandai pandai adjust the resepi but memang sedap. Just follow the resepi below and you will get a nice kuih.

Inti/Filling memang banyak baru puas nak makan.


Resepi Kuih Bakar Berlauk

Bahan A
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan
1 sudu teh garam
2 biji telur
Pewarna kuning

Bahan B 
2OO g daging kisar/cincang ( i guna daging cincang Ramly burger)
1 labu bawang besar didadu
1/2 packet rempah kari
garam secukup rasa

Hiasan
Daun sup dan cili hidup merah dihiris.

Cara membuat inti
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu, masukkan rempah kari kacau rata dan daging cincang. Akhir sekali letaklah garam. Gaul sama rata dalam kuali.

Cara membancuh tepung
Pukul telur hingga kembang dengan whisk sahaja dan masukkan tepung gandum, tepung jagung sedikit demi sedikit, masukkan garam , santan dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning untuk memberi warna yang menarik. Kacau sehingga bahan bahan semua sebati.
Panaskan acuan, letak minyak dan setelah acuan panas masukkan adunan tadi. Bakar atas dapur dengan api yang perlahan. Setelah 5 minit boleh letakkan inti di tengah tengah adunan tepung. Tutup dengan tudung periuk dan masak selama 5 minit lagi. Angkat dan masukkan ke dalam oven dengan menggunakan api atas bawah selama 10 minit atau sebingga masak.
Setelah masak keluarkan dari acuan dan taburkan hirisan cili merah dan daun sup.

Note: Kalau tidak ada acuan boleh gunakan loyang. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit , keluarkan dan letak inti tadi di atas kuih yang separuh masak. Masukkan semula ke dalam oven selama 20 minit /hingga kuih masak. Keluarkan dan tabur hirisan cili merah dan daun sup.





Tuesday, April 19, 2011

Brownies Blueberry Cream Cheese

Brownies ni memang sedap. Search punya search kat internat dapatlah resepi ni so i pun trylah. Thank you for the resepi to cmg@dapurtanpasempadan. Bawak kat office habis licin semuanya. Ramai yang mintak resepi tapi tak tahulah dia orang tu semua buat ke tidak ya.


Yang belum dibakar diswirlkan dengan blueberry.

Bila tengah bakar dalam oven bau blueberry tu memang wangi.

Ni kalau makan with ice cream lagi sedap.


Resepi Brownies Blueberry Cream Cheese
sumber : CMG @ dapurtanpasempadan


BAHAN BROWNIES :
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
( sy guna tepung kek )
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
BAHAN CHEESE :-)250 g cream cheese
1 cawan gula halus  

1 biji telur gred B
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan
Resepi kat atas ni tak da blueberries but I just put the blue berries on top of cream cheese and swirl with behind spoon. Jangan letak banyak sangat blueberries nanti manis, nak elak cream cheese hangus ikut step kat atas. I malas nak ikut so I bakar semua sekali tu yang  cream cheese nampak macam burnt sikit.
Selamat Mencuba ya!!!

Friday, April 15, 2011

Kuih Bakar or "Bombai"

Kuih ni famous kat Melaka. Now i live in Johor & selalu cari kuih ni kat mana mana but still tak sama rupa & rasanya. Kuih Bakar ni favourite my hubby & my daughter. As for me so so-lah sebab manis sangat. So berhempas pulaslah mencuba resepinya dan inilah hasilnya. 2nd attempt baru berjaya but still the smell tak cukup kuat even i dah put a lot of serbuk kulit kayu manis. 

Resepi Kuih Bakar

250g tepung gandum
3 cawan santan
2 cawan gula
3 biji telor
bijan
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 sudu teh pewarna hijau, kalau rajin gunalah daun pandan yang diblend.

Caranya :
Pukul telor dan gula hingga kembang dengan munggunakan pemukul telor. Tak perlu pakai mixer. Letak tepung sedikit demi sedikit, serbuk kult kayu manis dan tuangkan santan. Masukkan pewarna hijau. Adunan mestilah tidak terlalu cair atau pekat. Panaskan acuan di atas dapur , letakkan minyak, apabila panas tuangkan adunan je dalam acuan yang panas tadi. Taburkan bijan di atasnya. Tutup dengan tudung periuk. Bakar selama 5 minit dan masukkan ke dalam oven dengan api atas bawah. Bakar selama 15 minit.
Boleh dapat 4 atau 5 biji kuih bakar dengan adunan di atas.



Sunday, April 3, 2011

Ulam Raja

Pokok ulam raja ni anaknya dapat daripada rumah my mother in law. Tumbuh segar dengan senangnya.Bila berbunga dan bila bunganya kering maka tersebarlah benih pokok ni ke tanah, so tumbuhlah merata rata anak pokok yang baru. Ada satu perkara lucu mengenai pokok ni, oleh kerana terlalu banyak anak pokok, saya telah memberikannya kepada sesiapa yang sudi menanam & minat makan ulam malangnya pokok yang mereka tanam tu kesemuanya tak berbunga langsung. Jadilah saya pembekal anak pokok ulam raja. 



Pucuk ulam ni memang best di makan bersulamkan sambal belacan.


Bunga ulam raja ni memang cantik.


Pokok memang tinggi.

Merimbun daunnya.

Kuih Abok Abok

Abok Abok
Kuih ni senang sangat nak dibuat cuma malas atau rajin saja.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Sagu mata ikan 2 cawan
Kelapa parut putih 1 cawan
Gula Melaka ( didadukan )
Sedikit garam
Daun pisang ( Tips: layurkan dulu di atas api supaya senang dibuat kelongsong)

Cara-caranya:
Rendam sagu mata ikan selama 5 minit supaya kembang. Toskan dan campur kelapa parut & garam. Gaul rata semuanya. Ambil daun pisang buatlah kelongsong tiga segi dan masukkan sedikit adunan tadi ke dalamnya. Letakkan gula melaka yang telah dipotong dadu kemudian tutupkan dengan adunan tadi. Setelah siap masukkan ke dalam kukusan dan dikukus selama 15 minit.





Sebelum dikukus.

Selepas dikukus. Aroma daun pisang memang harum baunya. cubalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...