Thursday, April 28, 2011

Kuih Bakar Berlauk

This is one of my favourite kuih. 1st attempt terus jadi but keras sikit coz pandai pandai adjust the resepi but memang sedap. Just follow the resepi below and you will get a nice kuih.

Inti/Filling memang banyak baru puas nak makan.


Resepi Kuih Bakar Berlauk

Bahan A
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan
1 sudu teh garam
2 biji telur
Pewarna kuning

Bahan B 
2OO g daging kisar/cincang ( i guna daging cincang Ramly burger)
1 labu bawang besar didadu
1/2 packet rempah kari
garam secukup rasa

Hiasan
Daun sup dan cili hidup merah dihiris.

Cara membuat inti
Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu, masukkan rempah kari kacau rata dan daging cincang. Akhir sekali letaklah garam. Gaul sama rata dalam kuali.

Cara membancuh tepung
Pukul telur hingga kembang dengan whisk sahaja dan masukkan tepung gandum, tepung jagung sedikit demi sedikit, masukkan garam , santan dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning untuk memberi warna yang menarik. Kacau sehingga bahan bahan semua sebati.
Panaskan acuan, letak minyak dan setelah acuan panas masukkan adunan tadi. Bakar atas dapur dengan api yang perlahan. Setelah 5 minit boleh letakkan inti di tengah tengah adunan tepung. Tutup dengan tudung periuk dan masak selama 5 minit lagi. Angkat dan masukkan ke dalam oven dengan menggunakan api atas bawah selama 10 minit atau sebingga masak.
Setelah masak keluarkan dari acuan dan taburkan hirisan cili merah dan daun sup.

Note: Kalau tidak ada acuan boleh gunakan loyang. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10 minit , keluarkan dan letak inti tadi di atas kuih yang separuh masak. Masukkan semula ke dalam oven selama 20 minit /hingga kuih masak. Keluarkan dan tabur hirisan cili merah dan daun sup.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...