Menanam bunga ros beraneka warna memang menjadi kegemaran. Warna bunga & bau harum bunga ros sungguh memikat hati TETAPI ada satu jenis penyakit yang sering melanda pokok bunga ros ku. Akhirnya bertemu juga jawapan apakah bintik bintik hitam ni, melalui forum di Facebook katanya ini ialah tahi belalang , tapi sejauh mana kebenarannya, tak tahulah.
Bintik - bintik hitam di belakang daun.
Tidak ada pilihan lain, terpaksa memetik daun yang rosak. Oleh sebab itu pokok bunga ros selalu togel daunnya.
Perosak ni suka hinggap di sebalik daun bunga ros.
Daun yang berwarna hitam tu tak sihat sebab ada perosak di belakangnya.
Ada juga terbaca, boleh menggunakan racun kulat seperti chlorothalonil. Tapi tak pernah cuba lagi.
Lagi satu bila dah kena serang kenalah memetik semua daun dan memangkas batang yang bermasalah.
pokok rose sy pon kena macam ni... lama2 pokok tu mati... n skrg ada satu lagi pokok yg kena... sedih sgt... huhu..... solution nyer petik daun bermasalah tu ker??? alamatnyer tinggal batang jer ler...
ReplyDeleteYes wanniey kena petik semua daun tu...tinggalkan 2 ke 3 helai yg tak de problem...spray 3S dan lepas tu selang sehari spray ros care....nanti pokok akan tumbuh tunas dan daun baru.. dont worry kalau pokok togel dengan syarat spray ros care dan letak baja mikrob....nanti cepat keluar tunas daun baru
Delete