Kali ni saya cuba beli cendawan yang berlainan jenis pula. Nama cendawan ni pun saya tak ingat. Biasanya saya beli cendawan shitake tapi cendawan ni memang kuat baunya.
Campur campur je ......tahu jepun + kacang peas + cendawan...
Tahu Jepun ni nak sedap kena goreng dulu dengan tepung jagung.
Sungguh menyelerakan dah terasa lapar pulak ni.
TUMIS CENDAWAN DENGAN PEAS
Source : SweetiesaqiBahan
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 sudu kecil udang kering
1 sudu kecil sos tiram
cendawan
kacang peas segar yang panjang (bukan dalam tin)
1 tahu jepun yang lembut - potong dan salut dengan tepung jagung lalu digoreng dahulu.
air secukupnya
gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menggoreng
Cara
Bawang putih + bawang merah + udang kering ditumbuk.
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi. Goreng kekuningan.Letakkan sos tiram.
Masukkan sedikit air. Masukkan kacang peas dan akhir sekali boleh masukkan tahu jepun. Letak garam dan gula secukup rasa.
No comments:
Post a Comment