Thursday, April 28, 2016

Sambal Belacan Mangga...alahai sedapnya

Balik kampung dapat banyak mangga muda tapi kali ni mangga yang berbuah tersangatlah masamnya. Even dah masak pun masih terasa kemasamannya.
 
 
Masam masam ni buat sambal belacan le sedap.


Makan pulak dengan telor goreng mata kerbau ni.......siram kicap manis dan bawang besar goreng beserta cili merah potong......fuh memang sedap...
 
 
 
 
SAMBAL BELACAN MANGGA
Source : Sweetiesaqi

Bahan
5 biji cili hidup merah
5 biji cili padi merah - nak pedas lebihkan lagi
3 cm belacan
mangga secukupnya
sedikit gula

Cara
Semua bahan digoreng dengan minyak kecuali mangga dan gula
Tumbuk semua bahan. Jangan hancur sangat.
Masukkan gula sedikit saja.
Last sekali baru letak mangga ikut suka banyak mana nak letak. Kacau dengan sudu kaup balik. Mangga tu jangan tumbuk halus sangat biarkan kasar sedikit
Sedia untuk dihidangkan


Wednesday, April 27, 2016

My Sweet CPM Yang Liat....

Hadoi liat sungguh roses saya yang satu ni nak berbunga. Dah bertahun menjaganya tapi jarang sangat nak berbunga.

Sweet CPM ni jenis climber.....Pokok memang dah tinggi tapi tak mahu berbunga.


Adalah sekuntum dua yang berbunga.


Yang heran tu dah bagi cukup makan pun tak mahu berbunga juga......tak cukup vitamin ke.



CPM ni pun jenis bergugus juga.


Sekarang saya dan cantas rendah pokoknya dengan seribu harapan dia akan bertunas banyak dan mengeluarkan bunga......apa apa pun I still love you lah Cik CPM...

Tuesday, April 26, 2016

Sambal Tumis Udang Galah...nyum...nyum...


Kebetulan ke pasar tani, terjumpa udang galaha yang comel comel ni so apa lagi rembatlah sikit.

Masak sambal tumis udang ni memang sedap....favourite semua orang kat rumah ni. Kali ni buat tak banyak sambal. Ala ala cover sikit je cukup lah.

Udang yang raw lagi...comel comel je udang galah ni.

Saya goreng berkunyit dulu udang ni..

Buat nasi lemak so makan dengan sambal udang ni memang best.

Sebungkus nasi lemak dengan 2 ekor udang galah ni memang best.

Saya paling suka menghisap kepala udang...orang tua tua kata tak  bagus tapi saya buat jugak...sedap kepala udang ni....Boleh klik SINI untuk lihat sambal tumis udang yang saya buat sebelum ni.


SAMBAL TUMIS UDANG Source : Sweetiesaqi

Bahan
Udang galah 10 ekor size kecil - goring dulu udang dengan kunyit
3 sudu besar cili kering yang telah diblend
1 biji bawang besar yang sederhana
secubit belacan dalam 1 cm
sedikit perahan air asam jawa / 2 sudu besar
garam gula secukup rasa
MAGGI cukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara
Bersihkan udang.
Bawang besar ditumbuk bersama belacan
Panaskan minyak, bila dah panas boleh tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi. Goreng hingga garing. Masukkan cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga garing. Setelah pecah minyak boleh masukkan air asam jawa. Jangan banyak nanti masam. Letakkan garam, gula dan Maggi secukup rasa. Bila mendidih boleh masukkan udang. Kaup balik udang sebati dengan cili tadi. Udang tak boleh digoreng terlalu lama nanti isinya kerasa dan tak sedap dimakan. So goreng sekejap saja

Monday, April 25, 2016

Sweet Petunia Purple

Suka sangat beli petunia.....maybe because of the colours.


Kali ni purple colour. Sepasu tak lah mahal sangat dalam RM12.00 sahaja...



Jangkahayat petunia dalam 3 ke 4 bulan je ....depends if tak diserang penyakit lamalah tahan...



Petuania sejenis tanaman gantung .



Perlu disiram pagi dan petang sebab memerlukan banyak air.

Tuesday, April 19, 2016

DFCC untuk Qilah with lots of chocolates.... ...

Buat Devil Food Chocolate Cake ( DFCC ) ni for my youngest daughter ......mama...mama.... buatkan lah Qilah kek ni siap tunjuk cara cara kat you tube lagi......so saya pun buatkanlah sebiji for her tak sampai hati rasanya......



With lots of chocolates on it.....Kit Kat dan M & M's sangat penting....beli lebih...




Tepi kek tu guna kit kat...banyak juga nak guna...kek ni 8 inci je. Terlupa nak snap photo sepotong kek yang dah dipotong...




She just love to eat the chocolates and not the cakes....cam ni baik beli chocolate and makan je....tak payah susah susah buat begini....hadoi...anak oh anak...




Anyway its fun doing this cake and decorating it with my daughter....guna resepi azlita masam manis untuk buat DFCC ni....yang topping toping tu saya tak buat lah......nak resepi topping boleh klik SINI. Untuk lekatkan kitkat tu saya sapu dengan choc ganache je nak bagi dia lekat.




DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Source: Azlita masam manis

Bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan koko
1 1/2 sudu kecil bikarbonat soda(saya letak 1 sudu je)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan brown sugar
125g butter
2 biji telor gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan buttermilk
1 cawan air suam
Untuk deco...kit kat saya lupa berapa pek rasanya banyak juga and lots lots of chocolates M & M's. Yang lain tu chocolatenya boleh tambah tambah lah

Cara
-Sediakan loyang 9" segiempat. Saya guna 8" Loyang bulat. Panaskan oven ikut kepanasan oven masing -masing.
-Pukul butter + gula sehingga kembang dan ringan. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Letak esen vanilla.
-Ayakkan tepung + koko + bikarbonat soda. Masukkan adunan tepung tadi di selang selikan dengan buttermilk + air suam dalam 3 bahagian. Kaup balik adunan dan tuangkan dalam loyang.
-Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak


Wednesday, April 13, 2016

Si Ketchup Mustard roses....

Kali ni rembat roses ni kat pasar tani juga . Terpikat tengok 2 ton warna roses ni. Depan merah belakang kuning.
  
Super loving the colour...




Merah menyala.



So cute.



Bila kembang merah menyala..



 Di belakang dia warna kuning..


So sweet when together ...the pink and red..
 

Tuesday, April 12, 2016

Restoran Lot 85 , Melaka

Lepas gi pasar kat Melaka , terus pergi lunch kat Restoran Lot 85. Lama tak makan situ.






Tengok lauk semua nak makan. Ni asam pedas daging...













Masak lemak nangka.







Ulam ulaman dan sambal belacan...







My favourite .....paru goreng bercili...







Ayam goring berempah nampak sedap..





 
Semua pun nak makan...


 



As usual my plate....

 


The taste to me is ok ok je...ada juga dijual nasi beriani dan rojak.







Di luar restoran...


Monday, April 11, 2016

Guacamole namanya...

Susah betul nak menyebut namanya....Guacamole.....ni makanan orang putih sebenarnya. Selalu tengok chef  kat AFC channel Astro buat tapi tal terliur pun nak mencuba. Tetiba tengok rancangan masakan Diari Mangkuk Tingkat yang dihoskan oleh si chubby Ili Sulaiman terus terliur nak membuatnya .....


Saya beli potato chips biasa je...tak de nachos....so chips ni ada rasa masin pedas sikit...he...he... seeloknya nachos lah kan sebab dia tak de rasa sangat...




This is how my Guacamole looks like....bahan utama mestilah ada buah avocado....perahan air limau dari 2 jenis limau memang sangat masam tapi memang sedap.....my mouth is drooling already...



GUACAMOLE suka hati
Source : Sweetiesaqi_kitchen

Bahan
1 biji buah avocado diracik 4 segi jangan hancur sangat
1 biji bawang besar di racik
1 biji cili padi merah - saya letak
Air perahan limau dari 2 biji limau sambal
Air perahan limau dari 1/2 biji lemon 
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit crush lada hitam yang dalam botol
sedikit daun ketumbar dihiris
1 paket nachos atau potato chips

Cara
-Masukkan avocado ke dalam mangkuk.
-Campur semua bahan diatas kacau dan gaul rata.
-Last sekali baru masukkan hirisan daun ketumbar.





Thursday, April 7, 2016

My sweet creamy roses....cik pros..

Roses nan sepokok ni memang rajin berbunga. Kalau cukup makan lagi dia suka.


Jenis bergugus.
 
 
 
Bunga tak Wangi so tahan lama sikit.



Setiap kali kembang tak serentak....tu yang tak best....




Roses ni kecil je tak besar sangat...



Super loving when they almost open all..



Arent they lovely.....so in love with them...



Annual Dinner 2015....Blue famous nite katenya...

Ini cerita lama ..he.he....dah setahun terperap baru nak keluar entri ni......tahun ni 2016 fr 15-17 /4/16 nak ke Pulau Tioman  for company trip and team building....dah lah musim panas ni habis lah sun burn semuanya...


Annual dinner ni is at Renaissance Hotel, Permas Jaya.....event on 24/4/2015...tema malam tu is Blue Famous Nite.....so everybody must wear blue lah...



Very nice inside the hall...




Something different...ada persembahan.....kalau tak silap 3 jenis tarian.....yang ni tarian zapin..




Food kat sini biasa biasa je...



As usual my plate...bukan nak makan sangat pun cuma nak rasa rasa je...tu yang sampai penuh..



Sup ni sedap cicah roti ....terlambat rasa...if I know earlier sure I ate this only......




The ladies table next to mine....dapat lucky draw...jam tangan katanya...




Nilah table yang paling bertuah.....1st prize.......handphone lah....semua big boss and manager kat sini...beruntunglah depa kan....




Posing posing jangan tak posing.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...