Kebetulan ke pasar tani, terjumpa udang galaha yang comel comel ni so apa lagi rembatlah sikit.
Masak sambal tumis udang ni memang sedap....favourite semua orang kat rumah ni. Kali ni buat tak banyak sambal. Ala ala cover sikit je cukup lah.
Udang yang raw lagi...comel comel je udang galah ni.
Saya goreng berkunyit dulu udang ni..
Buat nasi lemak so makan dengan sambal udang ni memang best.
Sebungkus nasi lemak dengan 2 ekor udang galah ni memang best.
Saya paling suka menghisap kepala udang...orang tua tua kata tak bagus tapi saya buat jugak...sedap kepala udang ni....Boleh klik SINI untuk lihat sambal tumis udang yang saya buat sebelum ni.
SAMBAL TUMIS UDANG Source : Sweetiesaqi
Bahan
Udang galah 10 ekor size kecil - goring dulu udang dengan kunyit
3 sudu besar cili kering yang telah diblend
1 biji bawang besar yang sederhana
secubit belacan dalam 1 cm
sedikit perahan air asam jawa / 2 sudu besar
garam gula secukup rasa
MAGGI cukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara
Bersihkan udang.
Bawang besar ditumbuk bersama belacan
Panaskan minyak, bila dah panas boleh tumiskan bawang yang telah ditumbuk tadi. Goreng hingga garing. Masukkan cili yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga garing. Setelah pecah minyak boleh masukkan air asam jawa. Jangan banyak nanti masam. Letakkan garam, gula dan Maggi secukup rasa. Bila mendidih boleh masukkan udang. Kaup balik udang sebati dengan cili tadi. Udang tak boleh digoreng terlalu lama nanti isinya kerasa dan tak sedap dimakan. So goreng sekejap saja

No comments:
Post a Comment