Wednesday, December 5, 2012

Ros Jingga Irisa

Ros Jingga Irisa nama diberi ni, dibeli dari wak lori yang lalu setiap hari Khamis petang depan rumah saya. Kalau dengar lagu tu mestilah wak lori yang lalu.


Masa baru beli ni , memanglah besar bunganya. Bau wangi ros ni sedikit saja.


Sebelum berkembang.


Sempat lagi Cik kupu - kupu tu bertenggek kat kudup jingga irisa ni. Cantik kupu-kupu ni warna biru.


Memang banyak lapis.




Selepas semua kelopak dah kembang , fasa yang terakhir jadilah rupanya seperti sebelah kanan tu.


Pokok ni beli memang dah besar. Harga pokok ros RM24.00 + tanah RM3.00 + pasu RM8.00 = RM35.00. Memang berbaloi beli pokok yang dah besar ni. Kalu kita beli pokok ros yang kecil memang sangat lama nak tunggu ianya membesar.


Lovely Jingga Irisa collage. Roses ni snap via LUMIX. My Nikon camera alah dengan warna merah.

Tuesday, December 4, 2012

Legoland oh Legoland Nusajaya, Johor

Akhirnya Legoland Nusajaya, Johor di buka. Ramailah yang berkunjung tak ketinggalan kami sekeluarga. Cuaca hari tu taklah panas sangat, mendung gitu memenag sesuai lah. Sampai kat Legoland pukul 11.30, fulamak kena beratur panjang tu nak buat annual pass. Barulah boleh masuk. Since duduk kat Johor so memang berbaloi buat annual pass sebab anytime boleh pergi. Annual pass ni valid selama setahun. Masuk legoland pukul 11.30 pagi , keluar dari legoland pukul 5.30 petang. Lamakan, hari tu cuaca memang sangat menyebelahi kami mendung dan nasib tak hujan. Kalu panas dah lama balik awal.


Memang ramai orang beratur nak beli ticket dan juga nak buat annual pass. Tempat beli ticket ni walaupun ada bumbung tapi bahang panas tetap ada. Kalau boleh pihak Legoland tolonglah pasang kipas kat kawasan ni. So untuk pengunjung yang akan datang ke sini tolonglah bawa kipas tangan dan topi untuk meredakan kepanasan. Kalau rajin bawa payung nanti lalau hujan senang. Kalau boleh jangan pergi masa cuti sabtu , ahad atau cuti am memang terlalu ramai orang. Sesak. Lagi satu harga makanan dan minuman dalam Legoland ni sangat mahal, satu botol coke yang sederhana besar harganya RM7.00, ice blended yang macam cool blog tu harganya RM10.00 so bawalah air mineral banyak banyak.

 
Taman mini Lego. Memang cantik. Bangunan yang tak siap di belakang tu ialah hotel. Tahun 2014 baru siap. Ada lagi satu taman tema air yang akan siap tahun depan 2013.


Ni pandangan dari atas. Naik , tak tahulah namanya apa , sama je macam Taming Sari kat Melaka tu. Pemandangan di bawah memang sangat cantik. Berwarna warni.


Ni semua dibuat daripada LEGO. Kids memang suka tempat ni sebab ada banyak games.


LEGO lagi.


Permainan yang ada di LEGOLAND. Yang warna grey tu bangunan untuk naik roller coaster dragon yang besar. Belah kanan sekali , zirafah tu dibuat daripada LEGO.


Yang atas tu permainan boat yang akan menjunam ke dalam air. Basah nanti. Que panjang sangat, kalau beratur 1 jam belum tentu dapat naik so jalan jalan cari game yang tak ramai orang. Fire rescue tu sesuai untuk satu family. Belah kanan Pharaoh revenge tempat kanak-kanak main.



Lagi binaan LEGO di taman mini.


Games yang ada kat sini. Dah bayar mahal so semua games mesti nak main. Ada banyak games kat sini tapi tak sempat naik sebab que yang terlalu panjang. Ada 4D teater, ada driving school for kids, Project X, dragon roller coaster, playground for kids dan macam macam lagilah sebab tu duduk seharian kat sini pun tak terasa.


Ni biasalah kat souvenior shop tapi item yang dijual sangat sangat mahal. Bayangkan key chain 1 blok lego yang kecil seperti sebelah kiri tu harganya RM12.00, key chain lego bentuk objek harganya RM20 ++, T-Shirt RM69++. Banyak jenis LEGO dijual kat sini.

Ros Memphis Magic ......togel

Ni satu lagi pasu roses Memphis Magic saya, memang rajin berbunga. Bunganya pun taklah besar sangat. Macam biasa roses yang tahan lama tak wangi baunya.


Warnanya merah kehitaman.



Lepas teknik pinching, pokok mengeluarkan tunas dengan banyak dan keluarlah kudup. Tu yang berbunga banyak tapi kat hujung je.


Lovelu Memphis Magic. Saya ada 2 pasu roses ni.


Tapi sayang sekejapan sang thrips menyerang pokok ni so saya terpaksa mentogelkannya. Buang semua daun yang berpenyakit tu kalau tidak susah nanti. Jangan takut nak togelkan pokok ni sebab selepas disembur dengan Ros Care, batang akan mengeluarkan tunas baru lalu membentuk daun yang sihat semula



Walaupun togel,  bunganya tak terkena penyakit thrips ni so masih cantik lagilah.

Monday, December 3, 2012

20 Years SW(M'sia) 10/11/12

Horay dah 20 tahun rupanya company saya. Dulunya dikenali sebagai Intelchem Industries Sdn Bhd dan sekarang bertukar nama kepada Sherwin Williams (Malaysia) Sdn Bhd. Pagi -pagi dah sampai, register and ambil Tshirt sempena 20 yrs untuk photo session. Budget tak besar so sambut kat kawasan office saja. Main agenda = photo session + telematch + karaoke + makan makan.


Nilah the group of people in SW(Malaysia). Kecilkan tak nampak pulak muka sorang sorang ya. Ni pun ramai juga yang tak datang.


Posing posing before snap photo. Semasa photo session tu siap suruh pak guard snap photo sebab camera tak boleh nak kira timer. Tak tahu kenapa. Something wrong some where agaknya....


Barisan AJK untuk 20yrs celebration + Andy + Flemming + Tang Rin Fong = berucap


Telematch yang diadakan. Macam - macam style.


Acara memasukkan benang dalam jarum. Hai Cik Husin dan Cik Jamal ni lambat betul masukkan benang tu. Menggigil - gigil, at last masuk juga tapi tersangatlah lambat.


Berbagai ragam.


My team won. The red team.


Macam-macam ekspresi wajah. Al maklumlah tengah panas ni.


Menu hari tu fully sponsore dari pagi sampai tengahari = sandwich + meehoon +nasi hujan panas + barbeque



Bergambar bersepah tak ikut protocol.


The girls in SW (Malaysia) Sdn Bhd. Still tak cukup ni sebab ramai yang tak datang.

Sweet Peachy Creamy Roses

Roses ni pun saya tak tahu namanya so saya panggil sweet peachy creamy roses je. Roses ni tak da bau tapi kelopak sangat cantik. Masa saya beli ni ada 18 putik yang belum berkembang. Fuh memang banyak. Seronok tak tekata.


Photo ni diambil pada waktu petang dah nak gelap masa tu. Tu sebab nampak gelap sikit.


Nasib Cik thrips tak menyinggah. Sebelum kudup berkembang saya semburkan dengan H20.


Kudup-kudup yang mula nak berkembang mekar.


Ni memang shot yang cantik. Suka sangat lihat photo ni.


Roses ni tak da aroma.


Apa yang paling bahagia ialah bila banyak kudup kembang sekali.




Beli roses ni kat wak lori je. Pokok ros yang besar RM24.00 + tanah RM3.00 + pasu RM8.00 = RM35.00, tapi berbaloi baloi sebab ada 18 kudup. Puas hati tak payah nak tunggu pokok membesar. Bila kudup tu berkembang semunya menjadi.


So sweet.


Dari pokok yang sama tapi warna lebih terang sikit.


Lovely sweet peachy creamy roses.

Thursday, November 29, 2012

My Little Petunia

Terjumpa petunia kecil ni di nurseri kat Melaka. Sepasu RM10.00. First time jumpa ni. Biasanya size petunia yang standard je. Ada lagi satu idaman petunia yang berlapis , saya masih belum jumpa lagi kat mana - mana nurseri yang saya pergi.

Bentuk macam teropong dan di dalamnya ada warna kuning. Sizenya kecil macam size syiling 20sen.


Petunia ni memerlukan banyak air. So mesti nak siram pagi dan petang. Daun kecil comel je.


Mengeluarkan bunga dengan sangat banyak. Cantik digantung.


Lovely Petunia collage. Petunia ni tahan 2 - 3 bulan saja dengan saya. Lepas tu boleh cari yang baru sebagai gantian.

Tuesday, November 27, 2012

Memphis Magic or Black Roses

Masa beli roses ni mula-mula tak tahu namanya. So saya panggil velvet roses, rupanya nama betul adalah Memphis Magic atau Black Roses. Sedap nama tu. Senang dijaga dan kerap berbunga. Bagi makan cukup-cukup berbungalah dia.




Mempunyai kelopak yang keras.


Nice.




Warna magenta pekat.

Masa baru beli sebelum repot.


Seronok melihat roses ni meriah berbunga. Maka berbunga-bungalah hati ni.


Ros Memphis Magic ni memang tahan lama tapi bau tak dalah ya. Kelopak pun keras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...