Tuesday, December 4, 2012

Ros Memphis Magic ......togel

Ni satu lagi pasu roses Memphis Magic saya, memang rajin berbunga. Bunganya pun taklah besar sangat. Macam biasa roses yang tahan lama tak wangi baunya.


Warnanya merah kehitaman.



Lepas teknik pinching, pokok mengeluarkan tunas dengan banyak dan keluarlah kudup. Tu yang berbunga banyak tapi kat hujung je.


Lovelu Memphis Magic. Saya ada 2 pasu roses ni.


Tapi sayang sekejapan sang thrips menyerang pokok ni so saya terpaksa mentogelkannya. Buang semua daun yang berpenyakit tu kalau tidak susah nanti. Jangan takut nak togelkan pokok ni sebab selepas disembur dengan Ros Care, batang akan mengeluarkan tunas baru lalu membentuk daun yang sihat semula



Walaupun togel,  bunganya tak terkena penyakit thrips ni so masih cantik lagilah.

2 comments:

  1. eee cantik nye, kagum saya tengok rose warna ni.Ini beli kat mane puan.

    ReplyDelete
  2. ros ni memang cantik. beli kat pasar tani kompleks pasir gudang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...