Tuesday, December 25, 2012

Crepe Oreo

Si anak dara nampak je oreo crepe ni terus suruh saya buat. Sebenarnya malas nak buat crepe ni tapi memandangkan permintaan , buat jugalah. Bila dah buat biasalah makannya sikit je.


Biksut oreo bila dah bercampur dengan kastard cream dia jadi lembik.




Tidak menggunakan lapisan yang licin keran tidak berapa cantik. Warna cream gitu, so guna bahagian yang kuning keemasan.


Saya dapat 11 keping crepe untuk adunan ni. Ini semua bergantung kepada tahap ketebalan crepe anda.


Looks delicious. Makan setelah disejukkan lebih sedap.


Crepe ni sebenarnya boleh dipelbagaikan. Yang ni saya letak strawberi + kiwi.


Terpulang kepada kita nak buat crepe berintikan apa. Ada yang suka durian, cempedak, nangka dan macam - macam lagilah.



CREPE OREO
Source : Azlita Masam manis dari majalah Aroma Dec'12

Bahan Crepe
70g tepung kek self raising flour
10g tepung jagung
40g gula castor
250ml susu segar
15gm butter - dicairkan
2 biji kuning telor
1 sudu teh esen vanilla

Cara
-Satukan tepung kek + tepung jagung  + garam = ayakkan.
-Masukkan 1/2 daripada sudu ke dalam adunan tepung dan gaul rata licin tak berketul.
-Dalam bekas lain , satukan kuning telor + gula + baki 1/2 susu tadi. Kacau hingga rata.
-Tuangkan adunan kuning telor ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga licin.
-Masukkan butter cair + esen vanilla. Kacau rata dan kemudian tapis.
-Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 30 minit. Yang ni saya tak ikut , terlepas pandang. Siap saya terus buat.
-Ambil kuali leper yang tak melekat, panaskan kuali dengan api yang besar hingga benar benar panas. Kecilkan api dan oleskan sedikit  minyak pada kuali.
-Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu terbalikkan dan terus angkat.

Bahan  Inti Vanilla Cream Kastard
100ml krim putar bukan tenusu
Biskut oreo secukupnya
225ml susu cair
1 sudu besar tepung kastard
40g gula kastor
2 biji kuning telor
1 sudu besar butter
1/2 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara
-Satukan tepung  + gula dalam satu bekas. Masukkan kuning telor dan 1/2 daripada susu. Kacau hingga adunan sebati.
-Masukkan semua baki susu + garam +esen vanilla. Kacau rata.
-Panaskan atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak. Bila ia meletop-letop boleh lah tutup api. Letakkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biar ia sejuk.
-Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin.
-Putar krim putar bukan tenusu hingga kental. Masukkan dalam adunan kastard yang telah disejukkan, kaup balik adunan hingga gebu dan bergaul sempurna.
-Ambil sekeping crepe, letakkan vanilla cream kastard di atasnya, ambil sekeping oreo patah-patahkan dan letakkan atas cream tadi. Lipat crepe berbentuk 4 segi dan dinginkan dalam peti ais.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...