Wednesday, December 19, 2012

Macarons.....3rd attempt...berjaya akhirnya

Seronoknya tak terkata, bila kali ni macaroons menjadi. Setelah 3 kali mencuba baru menjadi. Banyak faktor yang menentukan macarons ni jadi atau pun tidak. Nak buat tak susah, bahan pun simple cuma teknik pembuatan dan pembakaran macarons ni perlu dijaga. Boleh lihat kat sini, hasil 1st trial saya yang tak berapa menjadi  http://sweetiesaqi.blogspot.com/2011/12/macarons-oh-macarons.html  


Kalau berkaki atau dipanggil feet nya ada dan permukaannya rata, maknanya jadilah macarons tu.


Berinti kan coklat ganache tapi tak boleh letak banyak cair. Lebih sedap dengan nutella.


Ni terlebih pulak fillingnya. Lebihan filling coklat ganache.


Warna merah kat atas tu , 1st tray tak menjadi sebab bakar pada suhu yang panas. Hanya beberapa keping je yang elok.



Suka lihat photo ni. Warna macarons ni asalnya sky blue tapi bila dah bake burnt sikit jadilah warna kehijauan sikit.


So crunchy, a bite of it. Manisnya I still can take it.


Masa buat macarons ni pantang larang utama ialah mesti buat pada cuaca panas tapi saya buat masa tu cuaca mendung. Menjadi juga. Warna sebelum dibakar cantikkan. Bila dah siap bake burnt sikit tu yang jadi warna hijau sikit.

Tips:

a) kenali oven anda. Tidak boleh panas sangat jika tidak macarons akan crack dan tidak mendapat warna yang kita kehendaki di awal sebelum dibakar. Oven saya brand Butterfly , suhu 100 darjah je.

b) jangan overbeat putih telor, cukup sampai soft peak.

c) pastikan selepas masukkan badam kisar , kaup balik jangan terlalu lama.

d) adunan mesti pekat sedikit. Jika adunan yang keluar dari piping bag cair , boleh buang tak payah bakar confirm tak jadi.

e) bila hentakkan loyang di atas meja jangan terlalu kuat. Kalau kuat sangat macarons yang ada di atas dulang itu akan merebak, jadi bila siap bentuk tak cantik.


Simply awesome !!!


MACARONS
Source : Azlita masam manis

Bahan
80g almond kisar
140g icing sugar
2 biji telor putih size A (80g)
65g gula kastor
1/2 sudu kecil vanilla


Cara
- Ayak almond + gula ising.
- Pukul putih telor sehingga menjadi soft peak.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan almond + gula aising dan dikaup balik. Jangan terlalu lama sangat asal sebati sudah.
- Bahagikan pada 2 bahagian dan letak pewarna.
-Paipkan ke atas dulang dan biar macaron tu rehat selama 30 - 45 minit. Jika ada gelombang udara yang     bulat -bulat tu, ambil pencungkil gigi dan tutupkan. Bila kita pegang pemukaan atasnya kering.
- Bakar selama 15 minit pada suhu 100 darjah. Ikut oven masing - masing.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...