Sunday, December 18, 2011

Macarons oh! macarons

Terasa nak buat macaronslah. Ni is my 2nd time doing it. First time hancur tak jadi but my small daughter boleh makan but later buang juga. Actually tak berapa suka sangat macarons sebab rasanya yang sangat manis but after putting nutella, sedap jugalah rasanya but I just love to see warna-warna pada macarons. Nak cerita sikit, tersangat sedih masa nak buat macaroons ni, tengah guna mixer untuk pukul putih telor tiba-tiba hand mixer tu tak function, slow aje bunyinya. Aduh! Pening kepala dalam sekejapan. Terpaksalah guna manual, pukul dengan tangan. Berpeluh jugalah nak whisk sampai puith telor tu jadi kental. Tabik spring jugalah kat peserta Masterchef masa saringan, semua kena whisk cara manual putih telor tu. Nasib baiklah menjadi walaupun tak perfect sangat. Lagi satu pantang larang nak buat macarons ni mestilah pada waktu tengahari tetapi masa saya buat ni hujan dan mendung. 

Kalau dibake dan keluar kakinya tu tandanya menjadilah.

Piping adunan  + macarons yang mesti dikeringkan. 

Macarons yang kering dan apabila disentuh tak melekat + macarons yang dalam oven. Suspen! Masa ni. Jadi ke tak.


Ta da nilah hasilnya. Ok lah walaupun tak seperfect mana.





Bahan-bahan nak buat macaroons ni tak banyak. Sesiapa yang nak mencuba bolehlah intai masam manis.blog. Kat situ Kak Azlita ada tunjukkan step by step macam mana nak buat macarons ni.

Macarons
Sumber :  Azlita-masam manis

80g putih telor ( anggaran 2biji gred A )
65g gula castor
140g gula icing
80g serbuk almond
serbuk pewarna

Cara
1-Alaskan dulang pembakar dengan baking paper yang telah dilukiskan bentuk bulat dengan duit syiling 20 sen. Terbalikkan kertas apabila letak di tas tray.
2-Ayak serbuk almod dan gula icing.
3-Pukul putih telor menggunakan mixer hingga kembang dengan kelajuan max. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan sehingga adunan bertanduk dan kental. Anggaran dalam 10 minit. Aduanan menjadi ringan, gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk adunan itu tidak jatuh.
4-Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur dengan gula icing ke dalam adunan tadi. Kacau rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula. Setelah rata barulah masukkan baki serbuk tadi sedikit demi sedikit dan dikacau rata dengan cara yang sebelumnya.
5-Masukkan serbuk pewarna mengikut citarasa anda. Kacau rata.
6-Masukkan ke dalam piping bag dan siap untuk dipicitkan ke atas dulang pembakar. Jika terdapat gelembong, ambil toothpick dan pecahkan gelembong tersebut supaya bila dibakar permukaan macarons tidak berlubang.
7-Rehatkan macarons selama 30-45 minit. Pastikan macarons benar-benar kering dan tidak melekat bila disentuh dengan jari. Buatlah pada hari panas supaya macarons cepat kering.
8-Panaskan oven 150c dan selepas memasukkan loyang turunkan suhu pada 130c. Ikut suhu oven masing-masing. Jika panas sangat nanti macaron pecah.
9-Bakar selama 15-20minit.
10-Apabila sudah masak sejukkan dan bolehlah disapukan nutella atau apa-apa ganache yang anda suka.

2 comments:

  1. yeehaaaa!!!!!!macaroon dah jadiiii!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Hu...hu...Jadi tapi burnt sikit. Colour pun tak kuning but the kids suka. Maniskan. Letak nutella sedap juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...