Thursday, December 22, 2011

Wantan Goreng Berinti .....sedap !!!!!

Dah lama beli kulit wantan ni tapi tak terbuat-buat. Apa lagi pada hari Sabtu selepas membuat macarons terus buat filling untuk wantan ni. Boleh tahan penat jugalah hari tu tapi sebab teringin nak makan buatlah. Ada 2 jenis filling yang dibuat, biasalah budak-budak ni tak makan sayurlah, udanglah, tak boleh pedaslah, so terpaksa buat 2 jenis. Wantan ni boleh digoreng ataupun direbus. Lepas tu makan sambil cicah cili sos. Makan panas-panas memang sedap. Saya prefer wantan yang direbus. Lebih sihat begini sebab tak berminyak. . Sedap...yummy...yummy...

Yang warna putih tu intinya ayam bersama kulit wantan + yang dibawah tu intinya isi ketam segera, udang dibalut dengan fucuk (tahu kering yang warna kuning nipis) yang telah direndam.

Yang bawah tu meriah sikit. Macam-macam ada.

Yummy! Yummy!

Yang ni special for me. Wantan yang direbus. Aromanya memang sangat wangi. 

Hidangan yang sihat.
Wantan Goreng Berinti
Bahan

2 senduk Udang dibuang kulit dan diblend halus
6 batang isi ketam (yang jual dalam packet = crab stick)  diblend halus
3 biji bawang merah kecil diracik halus
1 senduk lobak merah cincang halus/ nak senang pakai blender kering tapi jangan hancur
5 keping cendawan shitake didadu halus
3 biji cilipadi dihiris (nak pedas tambah lagi)
sedikit daun bawang
secubit serbuk lada hitam
secubit serbuk lada sulah
sedikit tepung jagung(untuk menyatukann semua adunan supaya padat)
garam secukup rasa
kulit wantan

Cara
Masukkan semua bahan dalam magkuk. Gaul rata. Ambil kulit wantan dan masukkan sesudu inti ke dalamnya. Letak sedikit air ditepi kulit wantan untuk menutupnya.
Panaskan minyak dan goreng wantan. Bila menggoreng jangan masukkan terlalu banyak wantan kerana ia akan menurunkan suhu minyak. 
Kalau nak rebus, setelah air mendidih masukkan dalam periuk dan tunggu sehingga ia timbul baru diangkat.
Note: Bahan-bahan di atas boleh diganti dengan ayam atau apa sahaja yang anda suka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...