Friday, December 16, 2011

Langkawi .......sampai juga akhirnya....

Pada 7-12/11/11, kami sekeluarga telah bercuti ke Langkawi. 5 hari 4 malam wow! Memamg lama tu. Habis satu pulau kami pusing. Sampai saja di airport Langkawi terus sewa kereta , sehari RM80.00 untuk Pesona. Tempat-tempat yang mesti kita lawati ialah Langkawi Cable Car, Makam Mahsuri , Dataran Helang dan shopping placeslah. Di blog lain saya akan ceritakan aktiviti yang kami buat.

Nilah Pekan Kuah. Taklah besar. Pusing-pusing kat situ juga. Bangunan yang ada bendera Malaysia tu ialah Baron Hotel ( baru lagi hotel ni ). Di sinilah banyak coklat dan pinggan mangkuk dijual. Sesiapa yang suka shopping mestilah duduk di hotel dalam Pekan Kuah ni. Saya duduk di Hotel Bayview, turun saja dah nampak kedai coklat.

                                                        

Hari pertama, tempat pertama yang wajib pergi " Langkawi Cable Car ".


Cable Car ni memang sangat tinggi, sampai menggeletar betis kaki. Kalau sampai di Langkawi, mesti naik cable car dulu. Kalau hujan lebat cable car tak bergerak. Ada hari yang cable car ditutup kerana di service. Apa-apapun, telefonlah pejabat cable car tu sebelum ke sana.


Tak berani nak jalan di sini. Sungguh meggerunkan.

Pandangan dari puncak Cable Car. Sayup kelihatan bot-bot di sini.

Di puncak cable car.

Makam Mahsuri.

Sawah hijau terbentang luas. Sungguh mendamaikan. Terletak di sebelah makam mahsuri.

Di Makam Mahsuri, kita boleh juga melukis batik. Ada juga makcik makcik yang membuat kuih goyang, kuih denderam di sini.


Dataran Helang ni terletak dekat dengan Jeti Kuah. Tempat yang mesti dikunjungi. Helang ni lambang Langkawi.
Antara coklat yang terdapat di sini. Hersheys memang banyak dan murah-murah. Lihat saja harganya.

 
Antara coklat yang dibeli. Beratus jugalah habis disebabkan coklat ni. Memang terlalu murah. Yang peliknya kat airport Langkawi pun tak murah. So sesiapa yang sampai kat Pekan Kuah, boronglah coklat sebanyak mana yang boleh.

Produk keluaran Langkawi, Gamat ni pun mesti beli. Habis RM100.00 untuk gamat. Sesuai untuk dibuat cenderahati.

Tempat yang wajib pergi untuk sesiapa yang suka shopping pinggan magkuk dan lain lain ialah "IDAMAN SURI". Kalau pergi masa bukan cuti sekolah ianya tutup pada pukul 8 malam dan hari Jumaat tutup. Lagi satu yang famous ialah Hj Ismail Group, kedai ni memang ada banyak di Pekan Kuah. Dalam banyak banyak tu saya rasa kedai Hj Ismail yang terletak di jeti Kuah tu paling cantik susunannya dan banyak pilihan pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk, sudu, kuali Tefal sangat murah harganya di Langkawi ni.. Lagi satu periuk stainless steel brand Le Gamout (kalau betullah ejaannya) yang banyak dipakai dalam siri MasterChef Malaysia pun sangat murah. Di sana boleh dapat dengan harga RM80.00 tapi bila bandingkan harga kat Jusco, ya ampun berkali banyak ganda mahalnya. Satu set 20 pieces corelle di Langkawi berharga RM419.00 tapi di Jusco/Metro RM600++. So nasihat saya, belilah di Langkawi supaya balik tak menyesal. Tapi saya tak dapat nak borong sakan sebab naik kapal terbang , tak boleh bawa banyak-banyak. Sedih juga. Next time pergi lagi hanya untuk shopping saja. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...