Tuesday, December 20, 2011

Langkawi..... aktiviti....

Seperti yang dijanjikan, semasa sampai di airport Langkawi teruslah tempah aktiviti yang nak dibuat. Saya ambil trip ke Pulau Payar dan Island Hoping ( Pulau Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting). Harga ke Pulau Payar ialah RM100.00 seorang. Untuk Island Hoping pula ialah RM35.00 seorang.Trip ke Pulau Payar memakan masa selam 1 jam menaiki feri di jeti Kuah. Aircond dalam feri tu teramatlah sejuknya. Pergi pada pukul 10 pagi dan balik sampai ke jeti dalam pukul 5.30 petang. 2 aktiviti ni mesti dilakukan bila berada di Langkawi ya.

Air lautnya yang sangat cantik.

Sangat jernih.

 
Awas! Ada anak shark berlegar-legar.

Beratus ikan. Memang cantik.

Dikelilingi oleh banyak ikan. Air laut kat sini tak berapa masin. Tu yang best sebab tak melekit.

Set lunch yang diberi. Janji kenyang.

Hari seterusnya Island Hoping ke 3 tempat yang memakan masa 1/2 hari. Tempat pertama ialah Pulau Beras Basah. Dibenarkan mandi disini. Lautnya memnag cantik.


Ikan memang banyak. Jangan lupa bawa roti. Bagi ikan makan , beratus yang datang.

Laut yang kebiruan.

Ikan ni sebenarnya berebutkan roti yang kami campakkan ke laut.

Yang ni , berhenti di sangkar yang membela ikan besar. Nak masuk kena bayar RM7.00 seorang.

 
Nilah box fish. Masih hidup tapi tak lah melompat. Duduk diam je dia.

Ni pulak ilah gamat yang hidup. Kenyal kenyal gitu macam dodol.

Eagle Feeding. Bot diberhentikan dan melihat helang-helang makan ikan.


Banyak juga helang kat sini sebab tu lambang Langkawi Si Helang.

Tasik Dayang Bunting dari pandangan luar. Perhatikan betul-betul macam bentuk perempuan bunting.

Pandangan dari dalam Tasik Dayang Bunting. Nak sampai ke sini naik dan turun bukit. Penat.

Paling best dikelilingi si ikan keli ni. Bagi makan roti banyaklah yang datang. 

Masa ni dah nak balik. Pemandangan memang cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...