Sunday, December 11, 2011

Kuih Bakar atau Bombai

Teringin pula nak makan kuih bombai atau kuih bakar ni, apalagi buatlah. Harap-harap menjadi macam pertama kali buat dulu. Outcomenya kurang sikit tapi rasanya tetap ada. Kuih tradisional ni kena banyak kali buat barulah berjaya. Tapi tetap happy sebab dapat good comments dari hubby and anak-anak.  

 


 Alamak terlebih sudah , bijannya.



Kuih Bakar atau Bombai

4 biji telor
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil garam
1 sudu pati pandan
1 packet bijan

Cara:
1- Pukul telor dan gula hingga sedikit kembang.
2-Masukkan tepung. Kacau rata.
3-Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau rata. Adunan jangan terlalu cair. Letakkan garam, serbuk kulit kayu manis dan pati pandan.
4-Panaskan oven selama 10 minit.
5-Panaskan acuan kuih di atas dapur dan letakkan sedikit minyak. Apabila panas curahkan adunan ke dalam acuan. Kecilkan api dan tutup bahagian atas dengan tudung periuk. Selepas 3 minit taburkan bijan di atasnya. Masak selama 3 minit lagi. Selepas itu masukkan ke dalam oven supaya bahagian atas kuih itu masak.
5-Setelah masak boleh keluar dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...