Lama dah tak masak sardin masak lemak daun selasih. Teringin pulak nak makan so masaklah. Lauk ni saya makan masa buat practical kat Kuantan suatu ketika dulu yang dimasak oleh Kak Wati.
Letak daun selasih banyak-banyak dan nenas.
Kalau dah nama sardin masak apa pun sedapkan. Paling best buat sambal sardin.
SARDIN MASAK LEMAK DAUN SELASIH
Bahan
1 tin kecil sardin
2 sudu besar cili yang dah diblend
1 sudu bawang merah yang dah diblend
1 mangkuk kecil santan
garam secukupnya
nenas
daun selasih
Cara
-Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga garing dan masukkan cili yang telah diblend.
-Bila cili telah garing masukkan santan. Mendidih masukkan sardin. Masukkan garam secukup rasa.
-Letak nenas dan akhir sekali letak daun selasih.
ermm..nampak sedap nih. mesti cuba! kuah tomato sardin tu dicurahkan sekali ke buangkan?
ReplyDeletewanie, masukkan semua sekali. kuah tomato sardin tu yang buat sedap.
Deletedaun selasih 2, guna selasih thai@basil lain.
ReplyDeletetq
daun selasih ni yang jenis kampung biasa tu je...kat psar or pasar tani ada jual...
Delete