Rasa nak makan kueh tiaw gorenglah. Kebanyakan sarapan pagi ( kuehtiaw goreng ) yang dijual di kedai tak berapa sedap. Kalau kita goreng sendiri ikut rasa lidah kita lah kan. Boleh letak macam-macam item dalam kuehtieaw ni. Meriah sikit.
Kuehtiaw goreng putih namanya, tak da kicap.
Kacang peas ni sedap , crunchy. Kalau buat yang bergoreng mesti ada fish kek atau fish ball baru best.
Taugeh pun satu kemestian.
Baru nampak cik kuehtiaw ni kan. Biasanya kuehtiaw ni saya tidak simpan dalam peti ais. Saya letak di luar saja dan ianya boleh tahan selama 2 hari. Kalau kita masuk dalam peti ais ianya akan mengeras dan teksturnya tidak cantik.
Kuehtiaw 1/2 packet
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sudu besar udang kering
4 cili padi warna merah yang pedas tu
1sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
garam dan gula secukup rasa
udang 10 ekor
fish kek dan fish ball ikut suka
kacang peas yang gemuk
taugeh dan kucai
Cara
-Tumbuk bawang putih + bawang besar + udang kering + cili padi.
-Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.
-Lepas tu masukkan sos tiram + minyak bijan +udang kacau + fish kek + fish ball + garam + gula secukup rasa.
-Boleh tambah sedikit air jika terlalu pekat. Masukkan kacang peas dan gaul rata sekejap saja.
-Terus masukkan kuehtiaw. Kaup balik perlahan supaya ia tidak pecah.
-Last sekali masukkan kucai dan taugeh. Kaup balik sekejap saja dan boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment