Apa rasanya Nutella cheese cake ya. Di pasaran ada yang jual sampai RM120.00 untuk sekilo beratnya. Fuyo, memang mahalkan. So cubalah buat sendiri just to have the feel of it.
Kali ni guna Philadelphia cream cheese. Biasanya saya guna Tatura cream cheese. Kalau diperhatikan betul-betul memang ada sedikit perbezaan di antara kedua-duanya. Perbezaan dari segi tekstur, warna dan rasa. Philadelphia cheese ni kalau beli sebuku 250g harganya RM11.90 tapi kalau beli 2kg harganya RM59.00 , bila dibahagi memang murah sebab beli banyakkan.
Tekstur atas yang cantik walaupun nutella kat bawah tu berlubang-lubang. He!he!he..........
Banyak jugalah saya letak nutella ni tapi rasa cheese tu menutupi rasa nutella. Basenya saya guna oreo.
Pandangan dari atas memang cantik.
Yummy simply delicious. 3 kombinasi yang bila dimakan sekali memang sedap tak tekata. Its always my dessert every day, a small piece of it.
Simply delicious.
NUTELLA CHEESE CAKE
Source : dapurcomelku.blogspot.com - teratak impian
Olahan : Sweetiesaqi
Bahan Dasar/base
- 300gm biskut oreo (di buang krimnya)
- 75gm mentega cair
- loyang bulat khas untuk cheese cake size 8"
Cara Dasar /base :
Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam loyang 8 inci. Bakar selama 8 minit pada suhu 150C. Angkat dan ketepikan.
Bahan Filing:-
- 500 gm keju krim
- 110 gm gula kaster
- 1/2 tbsp esen vanila
- 2 biji telur
- 150ml whipping krim
- 1 sudu kecil lemon juice - tak letak pun tak pa
- 3 sudud besar Nutella - lebih pun tak pa. resepi asal tidak menggunakan nutella. Saya tambah.
Cara-cara:-
- Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asas dan satu lagi masukkan nutella dan kacau rata.
- Tuangkan bahagian nutella dulu ke atas dasar biskut oreo tadi dan ratakan kemudain baru letakkan bahagian yang tidak berwarna.
- Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
- Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dalam artikel ini.
ReplyDeleteResepi tidak akan diambil. Namun, kredit dan link kepada puan telah diberikan.
Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-pilihan-kek-keju-nutella-mini-paling-padu.html
Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.
Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)