Tuesday, March 12, 2013

Ros Gold Medal namanya....

Seperti biasa ros ni saya beli di pasar tani. Rambang mata bila tengok banyak roses kat situ. Nampak yang warna kuning ni memang cantik. Dapat tahu nama  ros ni ialah Gold Medal dari Kak Marr Ghzz di FB.


Kelopaknya keras dan tentunya tak wangi.


Kudup yang baru nak mengembang.


Memang cantik , ada banyak layer.


Masa ni pokok masih segar lagi. Sekarang dah togel.




Bila dah hujung hujung cam ni lah warnanya.

Monday, March 11, 2013

Atikah and Amin wedding.......

Seorang lagi anak buah hubby ke jinjang pelamin. Lepas ni turn sapa pulak ya. Wedding berlangsung pada 8/3/13 (nikah di rumah) dan 9/3/13 (majlis di pusat komuniti Bandar Dato Onn,Johor). Boleh sesat nak ke dewan ni sebab tak pernah sampai.


Selamat Pengaantin Baru semoga berbahagia ke akhir hayat.


Ceria pasangan pengantin.


Majlis di Pusat Komuniti Bandar Dato Onn, dewan kecil tapi just nice. Sweet pink and white decoration.


Menu biasalah nasi beriani plus kuih muih and candies , chocolates for the kids. Senang tak payah nak pek dalam plastik, siapa nak mai ambik. Self service.


Bertemakan Emglish style. Eh...eh si kecik ni buat apa dengan camera mama ni........


Kedatangan pengantin diiringi konvoi motor besar. Ada persembahan tarian tradisional juga.


Smile you on candid camera....... senyum dik awat susah nak senyum sampai abang Tazah kena tolong......


 Rebecca Nur Islam pun ada sekali yang hadir masa majlis nikah. Pengantin lelaki merupakan pak cik kepada Rebecca. Hubby Rebecca pun sporting dan selalu tersenyum. Rebecca ni pandai melayan kanak-kanak. 


Once again Selamat Pengantin Baru to Atikah and Amin from Pak Lang sekeluarga.

Sunday, March 10, 2013

Sedap Corner, Johor.....sedap ke.....?

Nama pun Sedap Corner, sedap ke....he...he...Biasalah ada yang sedap ada yang tak kan. Tepuk dada tanya selera. Tekak lain lain kan. But for sure kueh teow beef dia memang sedap.
 


Nilah beef kueh teow yang sedap tu. So far ni the best yang saya pernah makan.
 
 
Mee goreng biasa ni sedap juga. A simple dish. Memang saya ni hantu mee. Price RM8.90 sepinggan.


Pandan chicken dia ni sedap tapi tu me rasa rempahnya kuat sikit. Seketul RM4.50 tu.


Cendol , pekat betul santanya. Drinks biasalah. Dulu teh tarik dalam cawan kecil minum pun tak puas, now barulah letak dalam mug besar sikit baru puas minum tapi ni bukan teh tarik cam kedai mamak yang ditarik panjang-panjang. Rasanya teh tarik packet lah.


Sorrylah, photo ni terlebih cahaya pulak tu tak berapa cantik sangat. Ni kueh teow goreng Penang.


Ni my daughter favourite, ayam masak paprik.


Sedap Corner Restaurant ni ada di Johor sahaja. Ada 7 branch kat sini. Paling saya suka , ada banyak kuih tradisional. Yang di atas tu my favourite yam cake dan bawah tu yang bulat bulat ialah kuih mochi with peanut filling. First time makan kuih mochi, peanut dia sedap.

Saturday, March 9, 2013

Red Roses from Cameron with love....

Sampai kat office nampak sepasu kecil roses merah , rupanya pemberian dari Cik Hasmahwati, my officemate. TQ dear for the lovely roses. Roses ni dibeli dari Cameron Highlands. Selalunya memang susah nak jaga roses dari Cameron Highlands ni. Salah satu faktor ialah cuaca tapi tak pa saya akan cuba menjaganya sebaik mungkin, kalau pokok ni dapat berbunga buat kali kedua pun dah cukup baik.


Warna merah menyala. Nasib Cik Nikon saya baik kali ni, dapatlah ambil photo red roses ni dengan shot yang menarik.


Kudup yang cantik. TQ tu cik thrips tak hinggap kat kudup ni.


Pasu ni comel je tapi ada 4 batang pokok ros dalam ni. Batang halus dan banyak juga kudup. Daun segar bugar ni yang best.


Ni baru lepas repot terus shoot photo. Belum stable lagi tapi bunga tetap maintain cantik. Perkembangan terbaru setelah dispray ros care hari-hari , tunas mula keluar suka cuma sedih blackspot (BS) mengacau pulak.


Lovely angle.


Lovely red roses collage.

Wednesday, March 6, 2013

Masak Lemak Kobis + Sambal Belacan.....

Tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan masak lemak kobis. Kebetulan ada sebiji mangga muda kalau dibuat sambal belacan ni memang sedap. Memang ngam sangatlah dengan masak lemak kobis ni. Dah terliur dah ni kan. Masa cuti je boleh masak memasak ni. Hari biasa dapur tutup.


Letak udang fuh...memang sedap...


Ni sambal belacan yang marvellous....sedap....mangga muda tu buat kecur air liur je.


Dua ni memang perfect combination ditambah dengan nasi panas.


MASAK LEMAK KOBIS

1/4 biji kobis putih
1 sudu besar bawang yang telah dikisar
1 magkuk kecil santan
1 packet keci1 su hoon direndam
sedikit lobak merah
10 ekor udang
sedikit garam

Cara
- Masukkan santan + bawang merah .Timbuk/kacau kuahnya supaya tak pecah minyak.
- Letak lobak merah bagi dia empuk sikit baru masukkan udang, lepas tu baru masukkan kobis dan last sekali su hoon. Boleh letak garam secukup rasa.


SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA

5 biji cili merah
3 biji cili padi 
2 sudu besar belacan
1 biji mangga muda

Cara
- Semua bahan di atas di goreng dengan minyak kecuali mangga muda.
- Lepas tu boleh tumbuk cili merah + cili padi + belacan. Tumbuk jangan terlalu lumat.
-Potong sedikit mangga muda dan tumbuk sekali tapi jangan sampai hancur.
-Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, March 5, 2013

My Lovely Queen of Sweeden Roses...

Ni salah satu roses yang sangat saya suka. Namanya Queen of Sweden. Beli dari Mami Yawinscha juga di FB. Dari Seremban diposlaju via Skynet ke Pasir Gudang. Satu hari je dah sampai.
This is one of  the roses which i like called the Queen of Sweden. Bought this as usual from Mami Yawinscha at FB. From Seremban via Skynet to Pasir Gudang, one day reach my place.


Kembang mekar tapi kena cium sikit dengan cik thrips.
Starting to blooms but being kiss a bit by Mr thrips.


Melihat proses pengembangan QOS ni memang sangat cantik dan teruja.
Looking at the process when this QOS blooms is so beautifull.


Dari pandangan sisi yang lain. Baunya lembut tak kuat sangat.
From the other side look. Have mild smells.


Bila mekar kembang beginilah bentuknya. Memang cantik roses ni tapi tahan 3 hari je. Kelopak yang lembut dan nipis. Baru dapat tahu yang Queen of Sweden ni salah satu dari jenis David Austin roses yang sangat sangat cantik tu.
This is how it looks when it blooms. This roses is really beautifull but can last only for 3 days. It has soft and thin petals. Just got to know that this Queen of Sweden is one of David Austins roses.


Dari pandangan depan. Cantik bulu hidungnya kan.(yang warna orange tu dipanggil buku hidung)
From the front look.



Lovely Queen Of Sweden collage.

Monday, March 4, 2013

Semburan Air Tembakau

Baru dapat tau yang tembakau juga sangat berguna pada pokok rose kita. Bau busuk dari tembakau ni yang membuatkan serangga tidak berapa suka hinggap di daun dan bunga roses kita. Dapat tahu ni pun dari rakan rakan roses di FB. Setelah menyembur , saya dapati pak belalang dah tek berani nak hinggap di dedaun hijau saya. Sangat suka. Kalau tidak sebleum ni asyik membunuh belalang je kerjanya.



Ni rupanya tembakau tu. Bau busuk yang kuat. Bau rokok....


Saya beli yang dalam paket kecil ni harga RM0.60 sepaket. Cukup sekali masak. Sekali sembur.


Nilah air tembakau tu. Jangan minum pulak ya.


SEMBURAN AIR TEMBAKAU

1 paket tembakau
Air secukupnya

Cara
Rebus tembakau selama 15-20 minit. Kalau tak nak nak rebus boleh juga rendam dengan air panas tapi lamalah kan nak tunggu. 
Sejukkan air rebusan. Lepas tu boleh semburkan pada pokok ros. Sembur/spray semuanya sekali batang + daun.
Kalau rajin sembur 3 hari sekali kalau tak rajin seminggu sekali je lah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...