Thursday, December 29, 2011

Ros Kuning

Rasanya dah lama tak masukkan entri mengenai roses ni. Cuaca tak menentu, hujan lebat menyebabkan banyak pokok ros saya diserang fungus. Nasib baik ros kuning ni menjadi. Ada a few pot yang perlu di replanting. Dahan dah jadi hitam so kenalah buang kesemuanya. Masa untuk ke nurseri cari roses yang baru.



Cantik. Love to see this.

Kembang.


Dalam pasu sahaja.


Stage by stage.

Wednesday, December 28, 2011

Colmar Tropical, Bukit Tinggi

Turun dari Bukit Frasers, ikut arah ke Raub untuk balik ke Johor. Rasanya lebih jauh ikut jalan ni tapi tak pa sebab nak singgah Colmar Tropical, Bukit Tinggi, jauh pun jauhlah. Janji sampai. Susur sebelah kiri sampailah, lerengnya luas, tapi tak berapa sejuklah dan tak setinggi Bukit Frasers. Sebelum masuk kena beli tiket dulu. Dewasa RM12.00 dan kanak-kanak RM8.00. Di sini ada bangunan ala ala Perancis , Taman Jepun dan Arnab. Tapi kami sempat singgah di Colmar saja. Hari ahad tu kebetulan ada family day so ramai sangat orang. One day trip should be fine untuk sesiapa yang nak ke sini.

Pintu masuk.


Terasa macam berada di Perancis lah pulak.



Tembus castle ni untuk ke pintu gerbang Colmar.

Pandangan dari car park di sebelah Berjaya Hotels.


Daya tarikan di sini, apa lagi games. Budak-budak memanglah suka. Tokennya mahal kat sini.


Our lunch- Vietnames noddle. Sedap. Harga RM19.00 semangkuk.

One more Vietnamese noddle. Tapi kurang sedap. Harga RM19.00 semangkuk.

Lovely Lantana Camara. Di Colmar ni, pokok ni paling banyak di tanam. Bunganya berkembang sangat cantik. Mungkin sebab cuaca di sini sejuk.

Tuesday, December 27, 2011

Bukit Frasers

Perjaalanan dari Johor singgah semalam di One World Hotel, Damasara. Sempatlah berjalan-jalan di Bandar One Utama. Hotel ni memang sangat stategik sebab Bandar One Utama memang terletak di sebelah sahaja tak payah susah-susah nak bawa kereta, senang kata bangunan ni bersambung. Keesokan hari jam 10.30pagi berpandukan Cik GPS bergeraklah ke Bukit Frasers melalui Rawang - Kuala Kubu Baru. Tak perlu duduk terlalu lama di Frasrs Hill. Sehari semalam pun cukup sebab tak banyak aktiviti yang nak dibuat.


Lambang pertama yang kita nampak setelah sampai di Bukit Frasers.

Bangunan yang sangat lama ala-ala English style.


Puncak Inn tempat kami menginap.

Bilik di Puncak Inn ala-ala English style. Bilik tak da aircond sebab sejuk sangat. Heater pun tak function sebab terlalu sejuk sangat.


Aktiviti memanah di The Paddocks.

Berkuda juga di The Paddocks.

Nak sampai ke Air Terjun Jeriau ni memanglah sangat jauh. Nak ikutkan hati tak sampai.


Waktu malam sejuk dan sedikit berkabus. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat cuma seronok dapat menghirup udara segar.

 
Suka sangat tengok bunga ni. Pokoknya besar.

Roses yang sangat cantik.

Jumpa landmark ni bila nak turun dari Bukit Frasers. Ke kiri ikut arah Raub dan ke kanan arah Kuala Kubu Baru. So datang dari Kuala Kubu Baru balik ikut Raub bolehlah singgah Colmar Bukit Tinggi (ikut susur Berjaya Hotel Bukit Tinggi).

Laksa Asam

Rasa nak makan benda yang masam-masamlah. Em! Apa kata buat laksa Kedah. Biasalah kalau dibuat tu makannya dari tengahari bawa ke malam. Aduh! Penuh.

Ada sesuatu yang hilang. Oh! Tak letak daun salad rupanya.

Laksa Asam

3 ekor ikan kembong
2sudu besar bawang merah yang sudah diblend
4cm belacan
1 senduk cili yang telah dikisar
7 asam keping
garam
air secukupnya
bunga kantan
8 tangkai daun kesum (banyak pun boleh)
cili hidup merah, cili padi
telor rebus
limau sambal
daun salad
timun
1/2 packet laksa kering direndam

Cara
1-Ikan Kembong direbus dan diblend isinya.
2-Isi ikan yang telah diblend + 1 senduk cili yang telah dikisar bersama belacan + bawang + asam keping =masukkan ke dalam periuk.  Tuangkan air tapi jangan banyak sangat.
3-Rebus hingga kuah mendidih. Masukkan bunga kantan + daun kesum. Letakkan sedikit garam.
4-Rebus laksa yang telah direndam. Setelah masak boleh dihidangkan besama cili, daun salad ,timun, dan telor.


Thursday, December 22, 2011

Wantan Goreng Berinti .....sedap !!!!!

Dah lama beli kulit wantan ni tapi tak terbuat-buat. Apa lagi pada hari Sabtu selepas membuat macarons terus buat filling untuk wantan ni. Boleh tahan penat jugalah hari tu tapi sebab teringin nak makan buatlah. Ada 2 jenis filling yang dibuat, biasalah budak-budak ni tak makan sayurlah, udanglah, tak boleh pedaslah, so terpaksa buat 2 jenis. Wantan ni boleh digoreng ataupun direbus. Lepas tu makan sambil cicah cili sos. Makan panas-panas memang sedap. Saya prefer wantan yang direbus. Lebih sihat begini sebab tak berminyak. . Sedap...yummy...yummy...

Yang warna putih tu intinya ayam bersama kulit wantan + yang dibawah tu intinya isi ketam segera, udang dibalut dengan fucuk (tahu kering yang warna kuning nipis) yang telah direndam.

Yang bawah tu meriah sikit. Macam-macam ada.

Yummy! Yummy!

Yang ni special for me. Wantan yang direbus. Aromanya memang sangat wangi. 

Hidangan yang sihat.
Wantan Goreng Berinti
Bahan

2 senduk Udang dibuang kulit dan diblend halus
6 batang isi ketam (yang jual dalam packet = crab stick)  diblend halus
3 biji bawang merah kecil diracik halus
1 senduk lobak merah cincang halus/ nak senang pakai blender kering tapi jangan hancur
5 keping cendawan shitake didadu halus
3 biji cilipadi dihiris (nak pedas tambah lagi)
sedikit daun bawang
secubit serbuk lada hitam
secubit serbuk lada sulah
sedikit tepung jagung(untuk menyatukann semua adunan supaya padat)
garam secukup rasa
kulit wantan

Cara
Masukkan semua bahan dalam magkuk. Gaul rata. Ambil kulit wantan dan masukkan sesudu inti ke dalamnya. Letak sedikit air ditepi kulit wantan untuk menutupnya.
Panaskan minyak dan goreng wantan. Bila menggoreng jangan masukkan terlalu banyak wantan kerana ia akan menurunkan suhu minyak. 
Kalau nak rebus, setelah air mendidih masukkan dalam periuk dan tunggu sehingga ia timbul baru diangkat.
Note: Bahan-bahan di atas boleh diganti dengan ayam atau apa sahaja yang anda suka.

Tuesday, December 20, 2011

Langkawi..... aktiviti....

Seperti yang dijanjikan, semasa sampai di airport Langkawi teruslah tempah aktiviti yang nak dibuat. Saya ambil trip ke Pulau Payar dan Island Hoping ( Pulau Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting). Harga ke Pulau Payar ialah RM100.00 seorang. Untuk Island Hoping pula ialah RM35.00 seorang.Trip ke Pulau Payar memakan masa selam 1 jam menaiki feri di jeti Kuah. Aircond dalam feri tu teramatlah sejuknya. Pergi pada pukul 10 pagi dan balik sampai ke jeti dalam pukul 5.30 petang. 2 aktiviti ni mesti dilakukan bila berada di Langkawi ya.

Air lautnya yang sangat cantik.

Sangat jernih.

 
Awas! Ada anak shark berlegar-legar.

Beratus ikan. Memang cantik.

Dikelilingi oleh banyak ikan. Air laut kat sini tak berapa masin. Tu yang best sebab tak melekit.

Set lunch yang diberi. Janji kenyang.

Hari seterusnya Island Hoping ke 3 tempat yang memakan masa 1/2 hari. Tempat pertama ialah Pulau Beras Basah. Dibenarkan mandi disini. Lautnya memnag cantik.


Ikan memang banyak. Jangan lupa bawa roti. Bagi ikan makan , beratus yang datang.

Laut yang kebiruan.

Ikan ni sebenarnya berebutkan roti yang kami campakkan ke laut.

Yang ni , berhenti di sangkar yang membela ikan besar. Nak masuk kena bayar RM7.00 seorang.

 
Nilah box fish. Masih hidup tapi tak lah melompat. Duduk diam je dia.

Ni pulak ilah gamat yang hidup. Kenyal kenyal gitu macam dodol.

Eagle Feeding. Bot diberhentikan dan melihat helang-helang makan ikan.


Banyak juga helang kat sini sebab tu lambang Langkawi Si Helang.

Tasik Dayang Bunting dari pandangan luar. Perhatikan betul-betul macam bentuk perempuan bunting.

Pandangan dari dalam Tasik Dayang Bunting. Nak sampai ke sini naik dan turun bukit. Penat.

Paling best dikelilingi si ikan keli ni. Bagi makan roti banyaklah yang datang. 

Masa ni dah nak balik. Pemandangan memang cantik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...