Thursday, October 31, 2013

Pink Summer Snow Roses

Pink Summer Snow atau median ni kalau betul menjadi, memang cantik. Pokok ni sekarang tengah rimbun dengan dedaun hijau. Tengah spray foliar pink bagi mengeluarkan bunga dengan banyak.


Beginilah warna pink summer snow ......cantik terang warnanya.

Kudup yang baru nak kembang . Yang tengah tu dah overbloom dan kena syium dengan cik thrips.


Yang ni tak banyak layer. Cair sikit warnanya.


Sweet colour dia ni.


Wah...ni lagi satu .....memang cantik.....ros ni tak de bau......

Kalau bergugus begini memang cantik.....


Lovely collage.....

Wednesday, October 30, 2013

Tart nenas.....

Hu...hu....raya yang lepas sempat buat tart nenas ni. Tahun lepas terbuat 2 adunan sampai kul 12 malam duk membakar. Tahun ni buat satu adunan je cukuplah.....Prosess nak membuat tart ni memang sangat leceh....nasib baik inti nenas tu saya beli yang ready made je senang....


Muai juga buat tart nenas ni. Satu adunan saya boleh dapat 100 biji. Yang tak laratnya nat membentuk tart ni satu persatu. Saya start buat dari pukul 7 pagi sampai pukul 11 pagi baru saya siap semuanya. 4 jam tu lamanya. Membakar tart sekejap je tapi proses nak membentuk tart  dan mengguntingnya yang sangat leceh.


Sebenarnya macam serik nak buat tart ni tapi sebab saya suka makan jenis yang macam ni ....tu  yang kuat semangat buat jugak......Tart ni tak boleh buat besar sebab nanti dia mengembang...

Kalau tart yang bisa dijual tu agak rapuh dan ada inti yang keras. Yang macam ni semua very soft and smooth tak lah sampai tahap peroi.....



Bila dah siap bake banyak banyak ni sukalah tengok tapi sayang warna tak mengancamlah.......pucat gitu...... Lupa letak pewarna kuning pada kuning telor.....


My daughter favourite too ...habis dimakan olehnya.....


TART NENAS
Source : DayangJack

Bahan - saya buat separuh adunan saja dan mendapat 100 biji.
600g tepung gandum
160g gula ising
300g marjerin
140g mentega
2 biji kuning telor gred A
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar tepung susu
jem nenas secukupnya
kuning telor dan pewarna kuning

Cara
-Pukul mentega dan marjerin besama gula hingga kembang.
-Masukkan kuning telor satu demi satu sambil dikacau. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi.
-Masukkan tepung dan tepung susu. Kacau hingga sebati. Jika adunan lembik boleh tambahkan sedikit tepung.
-Bentukkan adunan mengikut citarasa masing-masing. Letakkan inti nanas di tengah tengahnya dan gulung atua tutup kemas.
-Susunkan doh tadi atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan sedikit mentega dan sapukan kuning telor yang telah dicampurkan dengan pewarna kuning pada tart yang telah dibentuk tadi.
-Bakar selama 20 minit bergantung pada oven masing masing.











Tuesday, October 29, 2013

Udang Masak Lemak Cekur

Jumpa udang yang boleh tahan besar jugak kat pasar tani , 1 kg dalam RM34.00. Saya beli 12 ekor je murah sikit, lagi pun tak ramai yang nak makan. Tak pernah pun masak lemak letak cekur ni tapi pernah makan. Kebetulan ada sepasu pokok cekur pemberian dari mak Maria my officemate.


Yang hijau tu daun cekurlah...


Siapa tak pernah tengok pokok cekur...ni lah dia.....Pokoknya kecil je. Bau daun ni sedap.....racik racik buat ulam hmm....sedap tau.


Hah! yang kat bawah tu lah di panggil ubi cekur.....pokok ni senang je nak tanam dan cepat merebak....


Ni ubi yang dah dibersihkan untuk dimasak.....bau wangi .....sedap......tapi taklah bau sewangi roses ya....


Memang sedap bau cekur ni bila dimasak lemak.......tapi saya letak tak berapa banyak sebab cekur saya ni comel comel je so aroma dia ada kuarang sikitlah...


MASAK LEMAK UDANG DENGAN CEKUR

Bahan
12 ekor udang besar
10 biji cili padi (nak pedas lebihkan)
1/2 inci kunyit hidup
5 biji ubi cekur atau ikut suka (seeloknya yang tua sikit)
1/2 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
gula dan garam secukupnya
5 helai daun cekur
Cara
-Tumbuk cilipadi, kunyit hidup dan ubi cekur hingga lumat.
-Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dalam periuk.
-Letakkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
-Didihkan dengan cara menimbuk. Erti kata lain, selalu kacau kuah tadi jangan sampai naik minyak atau santan tersebut pecah.
-Masukkan udang , garam dan gula secukup rasa.
-Last sekali baru masukkan daun cekur




Wednesday, October 23, 2013

Roses kembang berpasang pasangan...........

Hu...hu...so lovely .....berpasang -pasanan gitu.......Kebetulan roses roses ni kembang serentak sebelah menyebelah tu yang cantik sangat...


Cik QOS dan Cik GT.......duk sebelah menyebelah...paling suka photo ni...

Ni Angel face yang wangi.....kembang berdua serentak....



Hmm....nampak manja gitu......si WSK ni dengan Cik AD yang belum nak kembang....


Ros kuning cameron dan ros kuning kampung.....

 Cik CM......kris malop ni.....kembang berdua....wangi.....


 
Ni pun Cik CM yang dah overbloom jugak.....


 
Ni ros PP, ungu kesabaran ku .....wangi jugak.....Kalau semua roses kembang serentak memang sangat cantik dan garden pun berbau harum....

RV, CC & BBCC For Hasmah & Maizatul

Thanks to both Hasmah and Maizatul yang order these cakes.


Red Velvet ni untuk Hasmah.



Brownies Blueberries  Cream Cheese kek untuk Hasmah.



Cheese cake ni untuk Maizatul.

Tuesday, October 22, 2013

Makan makan at Port Dickson

Kali ni kat Port Dickson tak tau nak makan apa.........asyik makan tempat yang sama borring pulak. Ternampak Pak Hailam Kopitiam......cuba trylah kat sini , best ke tak kan....


Hu...hu....ni  saya punya........nampak je dah rasa macam sedap.......Masakan yang berkuah memang my favoutie.....Tapi yang ni memang sedap....Ikan bilis tu garing....Nama dish ni , saya tak ingatlah...



Yang ni my daughter punya......boleh tahan rasanya......wanton mee....

Ni kuih wholemeal pau...lain dri yang lain...not bad juga rasa dia....sedap and very soft...

Pak Hailam Kopitiam ni dutanya ialah Dato' Misbun Sidik. Ada bnayak menu kat sini......rasa macam semua nak try...



Next morning sebelum balik breakfast at PappaRich.......


Asam laksa hubby punya.......


Ni biasalah kalau berkuah tu memang saya punya....

Monday, October 21, 2013

Avillion Admiral Cove, Port Dickson....

Baru baru ni sempatlah bercuti sekejap ke Port Dickson. Masa tu time raya rasanya. Kali ni menginap di Avillion Admiral Cove, Batu 5 1/2, Port Dickson. Jangan confuse tau ada lagi satu nama pun lebih kurang iaitu Avillion Port Dickson di Batu 3, PD.


Warna bangunan tu cantik....biru cair......

Siap ada katil lagi kat reception dia. Boleh baring baring kat situ.....tapi reception area dia kecil sangat....

Suka tengok all these combinations.....

Biliknya besar dan ada satu day bed kat tepi tingkap....tak nampak lak dalam photo ni.


Love the toilet.....design....

Ada 2 swimming pool kat sini......but  ramainya orang masa ni....

 Ada banyak kapal layar kat sini tapi tak boleh pergi dekatlah ya....tengok dari jauh je...


Nampak ikan ni berdekatan kapal layar......Cantik...rasa macam kat pulau pulak....

  
Bertentangan ada lot banglo....


Laut kat sini hijau gitu memang cantik...


Ikan ni betul betul kat depan hotel ....ada satu aunty  tu baling roti .....banyak betul ikan yang datang....


This fish memang lovely......ni kat luar avillion.....my favourite...


The Avillion Collage










Sunday, October 20, 2013

Brownies Blueberries Cream Cheese kek

This time round buat Brownies Blueberries Cream Cheese kek dengan menggunakan resepi dari buku masakan Azlita Masam Manis. Ada banyak resepi kek kat dalam buku ni tapi saya baru cuba resepi yang ni je.

A piece of brownies blueberries cream cheese.



Resepi ni menggunakan lemon paste tapi saya lebih suka menggunakan pure lemon. Bau lemon paste tu sangat kuat.


This one untuk my cousin, Farah. kebetulan dia datang rumah so dapat lah sepotong.



Ada lebih so buat fast sale kat office.........kalau kat rumah tak de yang berminat nak makan.


Nilah buku masakan dari air tangan Azlita masam manis......Congrats Ita.......ada tiga buah buku yang dikeluarkan iaitu kek, manisan dan biskut. Tak mahal harganya.....dalam RM9.90 rasanya(dah lama beli tu yang tak ingat)  dan boleh dapatkan di MPH bookstore. Dalam buku ni ada resepi yang tak di masukkan ke dalam blog masammanis.....so kena dapatkan buku ni ya......my next project kek durian juga dari buku ni......bilalah nak buat.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...